Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700.
Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata dari sudut teknikal, paras 1,760 adalah rintangan teknikal jangka pendek, dengan aktiviti pengambilan untung dalam jangka pendek dijangka berlaku.
“Selain itu, paras 1,780 pula merupakan paras rintangan utama yang lebih signifikan dari segi struktur, yang memerlukan momentum berterusan dan pembelian susulan bagi menembusi paras rintangan ini.
“FBM KLCI memulakan minggu hadapan dengan kecenderungan teknikal yang positif, disokong oleh kedudukannya yang melebihi purata pergerakan...