Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (tiga, kiri) hadir menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Borneo Flora Festival (BFF) Labuan 2025 di Taman Rekreasi, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 11 April (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan di Labuan pada 26 hingga 30 Julai, dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan dengan ketara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata festival itu dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung, sekali gus memberi manfaat kepada pelbagai sektor tempatan termasuk hospitaliti, pengangkutan, tempat...