BTC USD 83,661.2 Gold USD 4,162.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

JS-SEZ : Kerajaan Persekutuan, Johor Bincang Inisiatif Sandbox Tangani Kegusaran Pelabur
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor telah membincangkan inisiatif-inisiatif sandbox dalam usaha menangani kebimbangan pelabur serta industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata merujuk aspek penyeragaman dan piawaian kawal selia, rangka kerja berkaitan seharusnya diselaras bagi memastikan syarikat tidak terbeban apabila perlu mematuhi dua set peraturan dan piawaian berbeza. “Kita mahu memperkemas rangka kerja kawal selia supaya operasi perniagaan dapat berjalan lancar. (Sehubungan itu) kita telah meneliti semua halangan...
Pelaburan Domestik, MoU Dengan China Pacu Industri Baharu - Amir Hamzah
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua,kanan) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H Peringkat Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan. Turut kelihatan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua,kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri). --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus menumpukan usaha mempelbagaikan asas eksport dan meningkatkan kualiti pelaburan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri...
Usahawan Belia Harus Berani Dan Berdaya Tahan Demi Kejayaan NIMP 2030 - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Usahawan belia negara harus berani dan berdaya tahan demi memastikan kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang beraspirasi tinggi itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Tengku Zafrul berkata NIMP 2030 menyasarkan Malaysia sebagai peneraju global dalam pembuatan termaju, teknologi hijau, inovasi digital dan perkhidmatan bernilai tinggi, kejayaannya bukan sahaja bergantung pada dasar kerajaan tetapi juga tindakan berani usahawan. “Ia bergantung pada anda...pencetus perubahan bersemangat tinggi, penyelesai masalah dan berwawasan yang sanggup mengambil langkah berani untuk mengubah idea menjadi realiti. “Usahawan seperti anda...
ASEAN Tolak Sebarang Bentuk Tarif Dikenakan Secara Unilateral - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan sidang akhbar sempena lawatan kerja dua hari ke Bangkok, Thailand. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin (kiri) dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Bangkok, Bong Yik Jui (kanan). -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Oleh Kenny Teng Khoon Hock BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian...
Malaysia  Airlines Sambung Semula Penerbangan Terus Ke Brisbane Bermula November 2025
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane, ibu negeri Queensland, Australia mulai 29 Nov ini. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata harga tiket bagi laluan Brisbane dengan tambang promosi termasuk semua pergi dan balik bermula RM1,999 untuk kelas ekonomi, dan RM8,999 untuk kelas perniagaan. Ia berkata laluan itu akan menggunakan kumpulan pesawat A330neo serba baharu, serta laluan Australia dan New Zealand (ANZ) terpilih, menawarkan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan, kecekapan bahan api dan ciri kabin yang canggih. "Langkah strategik ini mengesahkan komitmen kami kepada pasaran Australia dan melengkapkan kekerapan permintaan...
MSPO Akan Lancar Platform Perikatan Impak Menjelang Suku Ketiga, Lonjak Nilai Pensijilan
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (M) Bhd Juan Aranols (tiga, kanan) pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan Nestle Malaysia di KLGCC hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Mohamed Hafizin Mohamed Tajudin, Pengerusi Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) Mohd Haris Mohd Arshad, Pengarah Eksekutif, Rantaian Bekalan Nestle Malaysia-Singapore Anurag Dwivedi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Hal Ehwal Korporat, Raja Nurmaria Murni. KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan...
Tarif: Malaysia Sedia Laras Strategi Eksport Minyak Sawit - Johari
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (M) Bhd Juan Aranols (tiga, kanan) pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan Nestle Malaysia di KLGCC hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Mohamed Hafizin Mohamed Tajudin, Pengerusi Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) Mohd Haris Mohd Arshad, Pengarah Eksekutif, Rantaian Bekalan Nestle Malaysia-Singapore Anurag Dwivedi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Hal Ehwal Korporat, Raja Nurmaria Murni. KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimis dan bersedia...
Altel Digital Akan Sediakan Infrastruktur Bagi Perkhidmatan Satelit, Komunikasi
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Altel Digital Integrated Sdn Bhd, Khoo Yuen Hing pada Majlis Pelancaran Altel Digital Intergrated Sdn. Bhd (ALTEL Digital) hari ini. KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Altel Digital Integrated Sdn Bhd akan menyediakan infrastruktur perkhidmatan satelit dan komunikasi dalam tempoh 24 bulan akan datang. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Khoo Yuen Hing berkata pihaknya akan mewujudkan dua stesen bumi, dua pusat telemetri pengesanan dan perintah (TT&C), pusat data penggunaan dan sebuah rangkaian penentu kedudukan PPP-RTK yang komprehensif. “Kami akan menyediakan beberapa infrastruktur ini secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Altel Digital di sini, hari ini. Menteri...
Perdagangan Malaysia Pada Mac Meningkat 2.2 Peratus Kepada RM249.89 Bilion - MITI
Kredit: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI). MITI menjelaskan angka itu juga adalah nilai tertinggi yang pernah dicatatkan bagi Mac. “Prestasi ini didorong oleh kenaikan eksport sebanyak 6.8 peratus % kepada RM137.31 bilion, yang juga merupakan rekod tertinggi bagi bulan Mac, manakala import menyusut 2.8 peratus kepada RM112.59 bilion. “Lebihan dagangan mengembang sebanyak 94.4 peratus berbanding Mac tahun...
KDNK Suku Pertama Malaysia Dijangka Tumbuh 4.4 Peratus, Disokong Aktiviti Domestik, Permintaan Kukuh
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.4 peratus pada suku pertama 2025, mereda daripada pengembangan sebelum itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu kekal kukuh dalam situasi cabaran global yang berlarutan, disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan. Beliau berkata sektor pembuatan merekodkan peningkatan output 4.8 peratus pada Februari, dipacu terutamanya oleh industri berorientasikan eksport. Perayaan bermusim seperti sambutan Tahun Baru Cina, persediaan Ramadan dan pembukaan semula tahun persekolahan telah membantu memastikan aktiviti ekonomi kekal...
RHB Kekal Saranan 'neutral' Terhadap Sektor Automotif, Komponen
KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif dan komponennya. Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu menjangkakan prestasi sektor itu akan terus menurun sejajar dengan kitaran ekonomi semasa, disebabkan ketiadaan faktor pemangkin yang mampu mendorong jualan dan perolehan ke paras tertinggi baharu. “Kami mengambil strategi pemilihan yang teliti dan seterusnya memilih syarikat yang mampu mengharungi fasa penurunan sektor dengan Sime Darby (SIME) sebagai saham pilihan utama. “SIME dipilih kerana ia berkedudukan baik untuk menghadapi usaha pewajaran subsidi RON95, memandangkan ia mempunyai barisan kenderaan elektrik (EV) yang luas, sementara...
Kepengerusian ASEAN: Malaysia Komited Pacu Pelaksanaan DEFA - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo ditemubual menerusi program ASEAN: Dari Kuala Lumpur ke Dunia terbitan Bernama TV baru-baru ini. KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. Beliau berkata ini penting kerana perjanjian berkenaan membawa potensi besar kepada ekonomi digital serantau yang dianggarkan mampu mencecah US$2 trilion menjelang 2030. Sehubungan itu, melalui hubungan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin serantau ASEAN, beliau percaya usaha mencapai kata sepakat mengenai perjanjian itu mungkin dapat dipercepatkan...
PM Anwar Tekankan Peluang Pelaburan Di Malaysia Kepada Pemimpin Perniagaan Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri sempena lawatan kerja ke Thailand, hari ini. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) dan Presiden PTT Public Company Limited (PTT), Dr Kongkrapan Intarajang (dua, kanan). Oleh Kenny Teng Khoon Hock BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau turut menekankan mengenai komitmen Malaysia untuk menarik pelaburan mampan yang memberikan kesan limpahan positif kepada ekonomi negara. “Malaysia...
InvestSarawak, CEEIC Memeterai MoU RE Bernilai RM6 Nilion
InvestSarawak KUCHING, 17 April (Bernama) -- InvestSarawak dan China Energy Engineering Investment Corporation Ltd (CEEIC) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan projek infrastruktur serta penjanaan tenaga boleh baharu berskala besar di Sarawak, dengan potensi nilai pelaburan sebanyak US$1.35 bilion (RM6 bilion). InvestsSarawak melalui satu kenyataan berkata projek tenaga boleh baharu ini akan mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak dua gigawatt. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk menyokong peralihan Sarawak ke arah pembuatan rendah karbon dan ekonomi hidrogen di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 negeri tersebut. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang...
InvestSarawak, CEEIC Memeterai MoU RE Bernilai RM6 Bilion
Kredit: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS KUCHING, 17 April (Bernama) -- InvestSarawak dan China Energy Engineering Investment Corporation Ltd (CEEIC) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan projek infrastruktur serta penjanaan tenaga boleh baharu berskala besar di Sarawak, dengan potensi nilai pelaburan sebanyak US$1.35 bilion (RM6 bilion). InvestsSarawak melalui satu kenyataan berkata projek tenaga boleh baharu ini akan mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak dua gigawatt. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk menyokong peralihan Sarawak ke arah pembuatan rendah karbon dan ekonomi hidrogen di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 negeri tersebut. Timbalan Premier...
Anwar, Paetongtarn Komited Tangani Isu Tarif AS Secara Kolektif Di Peringkat ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) disambut oleh Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Rumah Kerajaan Thailand sempena lawatan kerja ke Thailand, hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Oleh Kenny Teng Khoon Hock BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN. Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Thailand, berkata delegasi dari Malaysia dan Thailand membincangkan perkara itu semasa mesyuarat dua hala mereka. "Kami juga membincangkan isu tarif AS dan komited untuk...
Adaptasi AI Peroleh Momentum Dalam Kalangan Agensi, Syarikat Tempatan - NEC Malaysia
Foto: Engku Shariful Azni KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Agensi dan syarikat tempatan mula mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka, menurut NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia). Pengarah Urusan Wataru Irie berkata syarikat itu pada masa kini menyediakan penyelesaian teknologi kepada pelanggan daripada pelbagai sektor, termasuk kerajaan, syarikat-syarikat telekomunikasi dan runcit. “Kami juga bekerjasama dengan mereka untuk memodenkan infrastruktur, memandangkan sesetengah sistem agak ketinggalan zaman. “Tetapi, proses ini mengambil masa kerana pemindahan daripada sistem sedia ada kepada sistem baharu perlu selamat dan stabil,” katanya pada sidang media...
Unit Sunsuria Meterai DRA Dengan Kwasa Land Bagi Projek Kediaman Di Sungai Buloh
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sunsuria Bhd (Sunsuria), Sunsuria Damansara Sdn Bhd (SDSB) memeterai Perjanjian Hak Pembangunan (DRA) dengan  Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) bagi projek kediaman di Sungai Buloh, Selangor. Perjanjian dengan unit di bawah Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land) itu melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM492 juta. Kwasa Land merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pemaju induk Kwasa Damansara. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah itu berkata projek akan datang yang melibatkan rumah bertanah dan kondominium, akan menampilkan 520 unit kediaman dan siap dalam beberapa fasa dengan fasa pertama dijangka...
MIDA Bantu Perkongsian Tenaga  Bernilai RM142 Juta Di Ekspo Osaka Jepun
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd, HSS Engineering Sdn Bhd dan Shizen Malaysia Sdn Bhd telah membentuk perkongsian tenaga boleh baharu (RE) bagi melaksanakan kemudahan fotovoltan solar berkapasiti 29.99mWAC yang terletak di Gurun, Kedah dengan pelaburan sebanyak RM142 juta. Ketiga-tiga pihak tersebut telah membentuk SM01 Sdn Bhd, di bawah inisiatif Program Tenaga Hijau Korporat, yang mana Shizen Malaysia akan memiliki kepentingan sebanyak 49 peratus, Solarvest Asset Management Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest Holdings (33 peratus) dan HSS Engineering Sdn Bhd (18 peratus). Perkongsian ini, yang diumumkan semalam di Ekspo 2025 Osaka, Jepun, difasilitasi oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah...
IPO WTEC Yang Bakal Disenarai Pasaran ACE Terlebih Langganan Sebanyak 1.61 Kali
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Tawaran Awam Permulaan (IPO) WTEC Group Bhd terlebih langganan sebanyak 1.61 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 April 2025. IPO ini melibatkan terbitan 90.2 juta saham baharu pada harga 25 sen setiap satu untuk mengumpul RM22.5 juta mewakili 18.8 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan sebanyak 480 juta saham. WTEC dalam kenyataan hari ini berkata, ia menerima 2,055 permohonan untuk 62.69 juta saham daripada orang awam di Malaysia berbanding dengan 24 juta saham yang disediakan untuk langganan awam. “Sebanyak 9.6 juta saham diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan individu yang layak dan menyumbang kepada kejayaan kumpulan, dilanggan...
Back
Top
Log in Register