BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAHA 2018 pamer inovasi terbaharu industri pertanian

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,046
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,972
Points
261
DslKE9iV4AAFKUe.jpg


22salah_1542860607.jpg


SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula hari ini hingga 2 Disember, menampilkan kelainan dengan mempamerkan inovasi terkini dalam industri pertanian.

Acara dwi tahunan yang menghimpunkan segala hasil pertanian terbaik dari seluruh negara itu dijangka dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung dengan sasaran jualan RM300 juta.

Berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, ia dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata industri robotik kulinari dan konsep dari makmal ke meja hidangan adalah antara tarikan terkini yang dipamerkan pada MAHA 2018.

Tingkat sektor pertanian

“Dengan promosi yang dilakukan sejak tahun lalu, kita mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 3.5 juta orang. Apa yang menarik dapat saya lihat pada penganjuran kali ini adalah pembabitan usahawan muda yang menampakkan peningkatan.

“Kalau beginilah indikatornya, masa depan industri dalam semua sektor pertanian dapat dipertingkatkan,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama media sempena penganjuran MAHA 2018.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Sepanjang lawatan menjelang penganjuran MAHA 2018 semalam, Salahuddin turut menyempurnakan pelancaran minuman berkhasiat yang dihasilkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dinamakan Pinacolama.

Minuman itu diinspirasikan daripada minuman popular Pinacolada yang terdapat di Puerto Rico dan resepinya dioleh semula oleh LPNM menggunakan nanas dan kelapa.

Lancar takaful istimewa

Salahuddin turut melancarkan kad perlindungan takaful istimewa edisi MAHA 2018 oleh Agrobank yang dikenali sebagai Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA 2018.

MAHA 2018 terbahagi kepada enam kluster pameran iaitu agro kulinari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan serta agro makanan.

Terdapat tujuh laman disediakan iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur dan Laman Mekanisasi, Automasi dan teknologi.

Turut disediakan, 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk unik. Rumah negeri ini menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan mereka tersendiri untuk dinikmati pengunjung.

Bagi menarik kehadiran pengunjung, MAHA 2018 menampilkan tarikan terbaru iaitu Kulinari, Sumber Rezeki Baharu, Teknologi Terkini, Jualan Industri Asas Tani Berkonsep Hypermarket, Miracle Garden, Kampung Digital Mok Cun dan Festival Kanak-kanak Terbesar LolaBaba

https://www.bharian.com.my/berita/n...dwg505xKLi3SVgyke4krSIfZiacmaa1DXuOXKKRiQ-Ppk

DsmUrXgVAAAgJwY.jpg

DsmUrXgUwAADTXy.jpg

DsmUrXiVsAIN4aL.jpg
 
Last edited:
Khamis, 22 November 2018 | 7:08pm

TUN_DR_MAHATHIR_MOHAMAD_1542884920.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan ke kebun Winter Melon pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. - Foto BERNAMA

Dasar Agro Makanan 2.0 dirangka - PM​

SERDANG: Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan 2.0 (2021-2030) bertujuan memacu sektor agro makanan sejajar dengan perkembangan teknologi dan revolusi industri 4.0, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, dasar berkenaan akan menekankan pembangunan infrastruktur dan penggunaan teknologi moden, modal insan dalam pertanian serta pengkomersialan dan inovasi dalam sektor pertanian.

“Ia sejajar hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor agro makanan yang berdaya saing.

“Kita juga akan bangunkan sumber rezeki baharu seperti penanaman kelapa, nanas, tembikai, belimbing dan durian yang mendapat permintaan besar tempatan dan global serta memberi nilai ekonomi yang baik. Sumber rezeki baharu ini akan dieksploitasi sepenuh.

“Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan komited untuk optimumkan aset logistik sedia ada, mesin dan jentera pengangkutan selain kemudahan rantaian agro makanan akan dimanfaat sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

MAHA 2018 bermula hari ini hingga 2 Disember, menampilkan kelainan dengan mempamerkan inovasi terkini dalam industri pertanian.

Acara dwitahunan yang menghimpunkan segala hasil pertanian terbaik dari seluruh negara itu dijangka dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung dengan sasaran jualan RM300 juta.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/501041/dasar-agro-makanan-20-dirangka-pm#cxrecs_s
 
Khamis, 22 November 2018 | 7:41pm

MOU_MULTINASIONAL_BEEF_VALLEY_CONSORTIUM_BERHAD_DI_MAHA_2018_1542886863.jpg

Pengarah Urusan Multination Beef Valley Consortium Berhad, Feriz Omar (enam kiri) bergambar bersama rakan kongsi perniagaan sempena majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian Antara Multinasional Beef Valley Consortium Bhd dengan rakan kongsi perniagaan sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Maeps Serdang. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.

Beef Valley labur RM250 juta penuhi permintaan daging​

SERDANG: Multinational Beef Valley Consortium Bhd (Beef Valley) memperuntukkan pelaburan berjumlah RM250 juta dengan sebahagian besarnya akan digunakan untuk pembangunan perniagaan ladang ternakan, kilang serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pengarah Urusannya, Feriz Omar, berkata konsortium yang terbabit dengan penternakan, pembekalan daging bermutu tinggi merancang untuk membangunkan ladang lembu di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan makanan di peringkat domestik dan global.

“Ini adalah peringkat permulaan, menerusi konsortium kita jangkakan akan mendapat permit operasi di Sabah dan Sarawak dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian dengan rakan konsortium sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Datuk Charon Mokhzani.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd, anak syarikat milik penuh MIDF dilantik sebagai Penasihat Kewangan dan Pengurus Utama cadangan pembiayaan Beef Valley.

Beef Valley menjalin kerjasama dengan syarikat berpangkalan di Jepun, Hannan Foods Group Co Ltd dan Al-Amin Biotect Co Ltd dari China bagi mewujudkan industri daging lebih mampan untuk tujuan eksport dan penggunaan tempatan di Sabah dan Sarawak.

Menerusi perjanjian itu, Beef Valley akan membangunkan R&D produk berasaskan daging menerusi kepakaran rakan konsortiumnya.

Feriz berkata, menerusi pengalaman Hannan Foods dan Al-Amin Biotech, ia akan membolehkan Beef Valley memasuki pasaran daging global dengan jangkaan pendapatan tahunan tidak kurang RM750 juta selepas ia mencapai kapasiti penuh operasi merangkumi Nilai Enterpris (EV) tidak kurang RM2 bilion.

“Dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun, ia menjadi tempoh penting kepada produk bioteknologi Beef Valley dikomersialkan untuk dipasarkan ke pasaran global.

“Hannan Foods dan Al-Amin Biotect memiliki kepakaran dalam perniagaan pengedaran daging termasuk pembangunan serta penghasilan produk bio-halal,” katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/k...-rm250-juta-penuhi-permintaan-daging#cxrecs_s
 
Khamis, 22 November 2018 | 7:04pm

hotikultuu_1542884660.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Guna teknologi kurang kebergantungan orang tengah - PM​

SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan keperluan untuk menangani kebergantungan kepada orang tengah dalam sektor pertanian yang memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.

Perdana Menteri berkata, isu itu boleh ditangani dengan penggunaan teknologi moden contohnya menerusi pemasaran dalam talian

“Sekarang kita ada pemasaran dalam talian, yang mana petani boleh menjual hasil mereka kepada pembeli secara terus dan penghantaran boleh dilakukan dengan kerjasama syarikat pengangkutan.

“Jadi sekiranya petani menggunakan kaedah ini dalam memasarkan dan menjual hasil tani mereka, pasti kita boleh mengelak pembabitan orang tengah.

“Tapi kadangkala orang tengah ini diperlukan cuma ada asasnya caj yang dikenakan mereka terlalu tinggi dan ini yang perlu kita pantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pembabitan orang tengah menyebabkan berlaku kenaikan harga barang basah sebagai contoh ikan yang sepatutnya berharga RM8 sekilogram dijual pada harga sehingga RM36.

“Ini peningkatan harga yang melampau disebabkan orang tengah, dan perkara ini yang perlu kita periksa,” katanya.

Ditanya bagaimana sektor pertanian boleh dipacu ketika kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan, Perdana Menteri berkata, biar berapa pun sumber kewangan dimiliki kerajaan, tumpuan tetap harus diberikan terhadap teknik dalam penghasilan makanan.

“Kita mungkin tidak ada banyak sumber kewangan... biarpun sedikit yang kita ada kita masih boleh pertingkatkan teknik dalam penghasilan makanan seperti sayur dan ikan.

“Bila ada sumber kewangan yang lebih, kita akan menggunapakai kaedah yang lebih mahal, walaupun mungkin tidak seperti negara tertentu, namun dengan teknik yang murah sekali pun kita masih boleh mempertingkatkan sektor pertanian,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/n...urang-kebergantungan-orang-tengah-pm#cxrecs_s
 
YAB PM Tun Dr Mahathir speaks at the opening ceremony of #MAHA2018.

DslvEqtUcAAVl1_.jpg
 
Back
Top
Log in Register