kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
MAHA 2026: BERNAS Pamer Teknologi Pintar âRemajakanâ Tanaman Padi
Pengurusan tanaman padi diperkasa menerusi teknologi sistem pengairan berkuasa solar yang boleh dikawal dari jarak jauh serta jentera penanam dan penuai padi pandu sendiri yang mula diperkenalkan kepada pesawah. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengetengahkan dua teknologi pertanian pintar itu buat julung kali pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
SERDANG, 3 Sept (Bernama) - Pengurusan tanaman padi kini semakin diperkasa menerusi penggunaan teknologi sistem pengairan berkuasa solar yang boleh dikawal dari jarak jauh serta jentera penanam dan penuaian padi berpandu automatik yang mula diperkenalkan kepada pesawah.
Ia diketengahkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menerusi dua teknologi pertanian pintar yang buat julung kalinya dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini.
Ketua Unit Mekanisasi, Jabatan Pengurusan Ladang BERNAS Ikwan Hakim Yaacob berkata pengenalan sistem pengurusan air pintar menggunakan pam solar mudah alih serta sistem pemanduan automatik itu adalah antara usaha BERNAS untuk “meremajakan” penanaman padi menerusi penggunaan teknologi.
Beliau berkata kedua-dua teknologi itu selari dengan penekanan MAHA 2026 terhadap penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan pertanian pintar dalam memperkukuh serta memodenkan sektor agromakanan negara.
“Pendekatan ini bertujuan membawa industri padi daripada kaedah konvensional kepada sistem yang lebih pintar, berasaskan data dan automasi, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan kerja di sawah.
“Selain itu, apabila penggunaan teknologi diperluas dalam industri padi, ia diharap dapat menarik minat lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang pertanian, di samping meningkatkan kesedaran pesawah terhadap perkembangan teknologi serta memperkasa kemahiran mereka dalam mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi moden dalam operasi sawah,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sistem pengurusan air pintar itu adalah prototaip hasil kerjasama BERNAS dengan syarikat pertanian pintar Sperry Sdn Bhd, yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan pam tanpa penggunaan petrol atau diesel.
Ikwan Hakim berkata sistem berkenaan turut dilengkapi sensor bagi mengesan paras air di sawah, selain membolehkan pesawah memantau dan mengawal operasi pam menerusi telefon pintar.
“Apabila paras air tidak mencukupi, pesawah boleh mengaktifkan pam untuk menyalurkan air ke sawah manakala lebihan air juga boleh dikeluarkan apabila diperlukan, dengan maklumat berkenaan sentiasa berada di hujung jari pesawah.