BTC USD 81,247.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MLM: Kumpulan 3G Dan Bawel Tersingkir

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
3g.jpg

Kumpulan 3G.

SHAH ALAM: Minggu keenam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung malam Jumaat di sini menyaksikan dua penyingkiran serentak dilakukan di mana kumpulan 3G dan Bawel dari Indonesia tersingkir.

bawel.jpg

Kumpulan Bawel.

Penyingkiran kedua-dua kumpulan tersebut diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Kumpulan 3G yang dianggotai oleh Enot, Didie Alias dan Yassin manakala Bawel pula dianggotai Dodon, Amin dan Dadang, tewas setelah mendapat undian paling rendah.

Selain 3G dan Bawel, kumpulan dari Indonesia juga, Saehu, turut berada dalam 3 peserta yang mendapat markah terendah minggu ini.

Dihoskan oleh pengacara AC Mizal, persembahan yang diadakan di Royale Theater Selangor, Shah Alam itu bertemakan konsep muzikal.

Dengan penyingkiran terbaru itu bermakna, kini tinggal tujuh peserta sahaja lagi dalam siri Maharaja Lawak iaitu kumpulan Boboi, Pimai, Osbon, Syok, Adlin Aman Ramli, Saehu dan Bawal Power yang akan berentap pada minggu ketujuh MLM.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, Fadly dari kumpulan Padi.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).

sumber
 
bgs la bawel keluar.srabut gilo ahhhhh
 
hohohoho bawel patut tersingkir. macam hampeh.siannn =.=
 
syok best.. hahahahahahahahahahaha
 
HIRO tsingkir lg aku xpuas hati.pttny adlin disingkirkn.lawak tah pape.xbest lngsng..trus dh Xmnt chefwan.kali ni singkir 3g plk..b0dd0
 
Last edited:
adlin tu bila pulak nk tersingkir...lawak hampas je...dia pon nk jd mcm amir ke?
 
adlin kalo banding dengan 3g lebih kurang jer, aku suka 3g lagi, senang dapat coverage

 
juri bias la.... adlin yg merapu x jmpa rentak tu x kena rejek plak,.,
 
Back
Top
Log in Register