BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MLM: Kumpulan 3G Dan Bawel Tersingkir

3g.jpg

Kumpulan 3G.

SHAH ALAM: Minggu keenam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung malam Jumaat di sini menyaksikan dua penyingkiran serentak dilakukan di mana kumpulan 3G dan Bawel dari Indonesia tersingkir.

bawel.jpg

Kumpulan Bawel.

Penyingkiran kedua-dua kumpulan tersebut diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Kumpulan 3G yang dianggotai oleh Enot, Didie Alias dan Yassin manakala Bawel pula dianggotai Dodon, Amin dan Dadang, tewas setelah mendapat undian paling rendah.

Selain 3G dan Bawel, kumpulan dari Indonesia juga, Saehu, turut berada dalam 3 peserta yang mendapat markah terendah minggu ini.

Dihoskan oleh pengacara AC Mizal, persembahan yang diadakan di Royale Theater Selangor, Shah Alam itu bertemakan konsep muzikal.

Dengan penyingkiran terbaru itu bermakna, kini tinggal tujuh peserta sahaja lagi dalam siri Maharaja Lawak iaitu kumpulan Boboi, Pimai, Osbon, Syok, Adlin Aman Ramli, Saehu dan Bawal Power yang akan berentap pada minggu ketujuh MLM.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, Fadly dari kumpulan Padi.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).

sumber

apasal tak buat sekali 5 penyingkiran terus.. buat lambat abis jer..:-?:-?:-?:D:D:D
 
aku suka bawel keluuuuaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrr..tak best langsung :)):)):)):)):)):)):)):)):eek::eek::eek::eek::eek:
 
juri bias la.... adlin yg merapu x jmpa rentak tu x kena rejek plak,.,

ramai tak suka adlin si perasan kononnya dia lawak. haha
yg suka cuma chefwan sorng je..:D:D
 
minggu depan syiok plak keluar.....nyampah aku tgk geng2 singapork tu..hahahha
 
3G lagi best dari sehu...sehu tu pulak selamat...kahkahkah
 
boboi ngan osbon ngak.. terbaiiiiiiiiiiiiiiiikkkk
 
kalo nengok pemarkahan.. 70% juri..

makne nyee..

kuase mengeluarkan peserta.. lebih pade juri..

ahaahahhaha.. patut 2 minggu lepas..

adlin dah wajib kua dah.. bukan hiro
 
aku percaya adlin tak kluar...sbb adhlin peserta solo MLM ....ala mcm nabil...
 
Back
Top
Log in Register