BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diari Mansur Usahawan eBay Berhingus

mansurgilerduit

Fun Poster
Messages
585
Joined
Aug 29, 2007
Messages
585
Reaction score
1
Points
15
Salam geng CG!

Aku ni dah lama jugak join CG, tapi tak ingat la biler tarikhnya. Dah tua nyanyuk juga aku ni... ngeh ngeh

Kalau ikut member info, aku joined pada 29 Ogos 2007, nak dekat2 merdeka la tu.

Ok, mulai hari ini aku wujudkan thread ni untuk berkongsi ilmu atau tips berguna dengan korang seme sepanjang pengalaman aku cuba membina kekayaan dengan eBay.

Kiranya, ini catatan diari real time. Takde tapis2, censored2. Kisah benar yang korang takkan dapat tonton kat rancangan TV realiti.

Aku joined bisnes eBay lebiy kurang 2 minggu lebih. Masih berhingus tetapi nampaknya ini adalah pilihan bisnes online aku setakat ini. So far so good...

Harap2 kalau ada otai2 atau usahawan eBay lain nak berkongsi juga tips dan pengalaman korang di sini, aku amat alu2kan... :D
 
Kisahnya bermula beberapa bulan yang lepas, aku terbeli satu special report kat forum oversea mengenai satu kaedah jana duit guna Print On Demand (POD) produk murah di China dan jual semula di eBay.

Kalau korang tak tau apa tu POD, contohnya mcm cafepress.com. Dropshipper ada item merchandise yg kosong je. Korang boleh kasi apa2 gambar utk print kat item tu. Contoh senang, print atas t-shirt.

Mula2 aku baca... hmm menarik, tetapi nanti dulu lah buat...

So, seperti kebanyakan orang, aku baca dan tangguh dulu untuk buat teknik yang sememangnya mudah buat duit. Rasanya dah berlambak ebook dan special report buat duit ni aku baca tetapi tetap tidak bertindak.

Akhirnya aku berhenti terus beli apa2 ebook dan special report sebab bagi aku ianya tidak "sesuai" atau takde "magic pill" untuk buat duit mudah. So, balik kpd kerja2 harian.

Sampai lah pada satu masa, aku ter dengar2 kisah eBook tempatan yang ditulis oleh sorang sifu ebay kita mengenai teknik tersebut. Maaf lah sifu, jujurnya aku tak beli ebook ebay ko tu sbb kawan aku dah beli.

Jadi, aku bertanya2 dan diskas2 dengan dia mengenai teknik tersebut. So, seperti biasa lepas 2 minggu tu aku tak buat apa2 pun...

==========================================

Sampailah satu pagi indah yang amat bersejarah, aku free sangat masa tu. Dan terasa nak try buat bisnes POD tu kat eBay utk cari duit tambahan.

Jadi, selepas membuat kajian kat eBay dan dropshipper di China tu lebih kurang satu hari, lastly esoknya aku terus start jual kat eBay.

Mula2, cari topik hangat guna Price Report kat TeraPeak.

Pastu dah jumpa, terus download gambar atau wallpaper berkaitan kat google dan upload kat sykt dropshipper POD di China tu (lepas ni aku rujuk AN je)...

(** part ni tak boleh la cerita detail sangat sbb nak jaga kerahsiaan utama kandungan eBook sifu kita tu tau. Cukup la hints gitu2 aje, ok!)
==========================================

Aku list 10 items iaitu mousepad, auction amik 3 hari.

Listing Fee aku kena $0.35 per item sebab Starting Price aku letak lebih $1. Jadi, Total seme Fee dah $3.50 (atau RM12.46) utk 1st day tu.

217200935342pmnx1.jpg


Cuak la jugak, belum buat apa2 sales eBay dah caj aku RM13 tu... nasib baik eBay claim seme Fee masa ujung bulan aje... ngeh ngeh :D

Bila auction dah ended, ni summary dia dalam USD:

==========================================
LISTING: 10 Items (Total Fee: $3.50)
SOLD: 2 Items ($18.00)
eBay 8.75% FINAL VALUE FEE (FVF): $1.60
DROPSHIPPER (AN) COST: $6 + $2 Handling Fees
GROSS PROFITS: $4.90
==========================================

NOTA 1:

Menurut dropshipper AN tu, kalau ko buat bulk order:

kurang $5 kena caj Handling Fee $4
lebih $5 tapi kurang $15 kena caj Handling Fee $2
lebih $15, Handling Fee FREE!


NOTA 2:

eBay akan caj Final Fee Values (FVF) sebanyak 8.75% atas harga Bid yang menang (kos Shipping tak masuk). So, kalau contoh kat atas tu jumlah Bid menang $18.00, FVF dia $1.60 la...

217200941541pmkj8.jpg

==========================================

So, sebab gelabah 1st time terima order di eBay, aku pun terus la buat order kat AN. Sepatutnya aku kumpul order dulu untuk elak kena caj Handling Fee oleh AN tu.

217200942603pmja9.jpg


Takpe la 1st mistake.

Masa tu pun aku tak tau yg eBay caj FVF pada harga Bid akhir, Shipping & Handling kita tak masuk.

OK, 1st lesson learnt.
 
wahh..dah mcm blog nih.
apepom good afford laa.

sharing is caring:D

p/s: kite sekapal.Guna khidmat company yg sama..dan baru bermula..ekekekeke:))
 
bersambung...

next story -- 1st big profit aku kt ebay dan kisah bidder tak nak bayar.
 
emm..tak kot..dia ckp baru 2 minggu..

ntah2 dia yg start jual mousepad design louis vuitton pastuh terjual $60++ tuh..

ekekekekeke...:))

bukan, aku tak berani ar jual ikut global design mahal2 macam tu, kang kena VERO plak... hehehe
 
Back
Top
Log in Register