BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai emas disamun RM500,000

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
samung_1539364602.jpg

KEDAI emas di sebuah pasaraya di Bangi Avenue, Kajang yang disamun tiga lelaki, semalam. FOTO Norhidayah Bahaudin





KEDAI emas di sebuah pasar raya di Bangi Avenue, Kajang disamun tiga lelaki bersenjata mengakibatkan kerugian berjumlah kira-kira RM500,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 1.47 tengah hari.

“Ketika kejadian, premis berkenaan dijaga oleh dua pekerja wanita sebelum didatangi dua lelaki berpakaian gelap dengan bersenjatakan tukul dan objek menyerupai pistol.

“Kedua-dua lelaki terbabit bertindak memecah cermin pameran dan mengambil beberapa dulang barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat tiga suspek terbabit dalam kejadian itu.

“Dua daripada mereka masuk ke dalam pasar raya itu untuk melakukan samun, manakala seorang lagi suspek menunggu di luar. Kejadian itu dirakam berlaku kira-kira dua minit.

“Semua suspek dilihat meloloskan diri menaiki dua motosikal yang tidak dapat dikenal pasti model dan nombor pendaftaran,” katanya.

Katanya, kedua-dua pekerja wanita kedai emas berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan yang beroperasi sejak dua tahun lalu pernah disamun pada awal tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/97 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubugi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Redzuan di talian 019-2714100,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/385981/kedai-emas-disamun-rm500000









.
 
RM500k weh..
kenyang 3 ekor perompak tu
 
gigih tokey dia. aku kalau dah kena rompak, dapat duit insurans buat benda lain dah. ni dia meniaga emas lagi. kena pulak time beli mahal, now harga dah jatuh. so dapat insurans tak boleh nak cover kos stok terdahulu :(
 
Dulang tu letak magneto kuat x boleh ke..
Lengahkan sikit masa penyamun tu..
 
gigih tokey dia. aku kalau dah kena rompak, dapat duit insurans buat benda lain dah. ni dia meniaga emas lagi. kena pulak time beli mahal, now harga dah jatuh. so dapat insurans tak boleh nak cover kos stok terdahulu :(

sekarang harga emas tgh jatuh ke tuan? rasa mcm masih tinggi je
 
gigih tokey dia. aku kalau dah kena rompak, dapat duit insurans buat benda lain dah. ni dia meniaga emas lagi. kena pulak time beli mahal, now harga dah jatuh. so dapat insurans tak boleh nak cover kos stok terdahulu :(

rasanya bisnes emas tak berapa elok tu.
 
Back
Top
Log in Register