eLLYaNa
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,294
- Joined
- Apr 17, 2008
- Messages
- 27,294
- Reaction score
- 41
- Points
- 125
JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM
anjuran SK (L) Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
anjuran SK (L) Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Tarikh: 2 November 2008
Masa : 8 Malam
Tempat : Dewan Raja Laut, Hotel Quality, Jalan raja Laut, KL (depan MARA)
Objektif : Majlis Makan Malam untuk kutipan dana bagi murid pendidikan khas SK (L) Jalan Batu
Jenis Sumbangan:
1. dinner-beli meja (RM1000) / beli kerusi (RM100)
2. sumbangan wang ringgit<---kalau ade, hubungi eLLYaNa
3. hamper/doorgift
Tarikh tutup kehadiran/sumbangan : 29 Oktober 2008
Tujuan majlis ini adalah untuk membina BILIK SNOZELAN (bilik multi sensor) iaitu bilik terapi murid pendidikan khas yang boleh membantu murid bermasalah pembelajaran dari segi tingkah laku dan emosi (yang boleh diguna pakai oleh semua murid pendidikan khas sekitar W.P. Kuala Lumpur)
Bilik Snozelan ialah sebuah konsep yang melibatkan ruang sesebuah bangunan atau bilik yang direkacipta bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan menggunakan peralatan kawalan yang boleh merangsang 5 sensori asas iaitu penglihatan (visual), pendengaran(hearing), sentuh rasa (touch), bau (smell) dan ransangan sendi (propriation). Bilik istimewa yang membekalkan kombinasi dan rangsangan muzik, bunyian, cahaya dan aroma aiatu sebagai salah satu terapi alternatif bagi menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaks dari ketegangan otot-otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak pendidikan khas.
Kos pembinaan Bilik Snozelan : RM 111,400.00
TENTATIF PROGRAM
0800 : ketibaan para jemputan
0815 : ketibaan dif-dif jemputan
0825 : ketibaan tetamu kehormat
0830 : doa
: jamuan makan
: ucapan aluan oleh guru besar SK Lelaki Jalan Batu, KL
: ucapan oleh pengerusi PIBG SK lelaki Jalan Batu, KL
: ucapan perasmian oleh tetamu kehormat
: persembahan kombo TUDM
: persembahan murid-murid istimewa KL Lelaki Jalan Batu, KL
: cabutan bertuah
: persembahan artis jemputan
: cabutan bertuah
: tetamu kehormat berangkat pulang
1130 : bersurai
Murid2 Pendidikan Khas SK Lelaki Jalan Batu, KL
Bagi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian. Bagi yang berminat menyumbangkan hamper, PKSM boleh uruskan bagi pihak anda.
Program ni still masuk bawah program PKSM, cuma bukan kita yg anjurkan. Jadi sebarang sumbangan akan disalurkan melalui PKSM CG.
Tapi aku prefer kita gi ramai2 majlis makan malam tu..selain memberi sumbangan secara x langsung kita dapat mengenali anak2 istimewa ini(down syndrome,hyperactive,autisme,slow learner, disleksia, cerebral palsy, terencat akal etc).
Senarai kehadiran: (RM 100, Tema : Hari Raya)
1. eLLYaNa
2. cput77
3. L.O.V.E
4. hairi
5. zolympus
6. rissa
Last edited: