BTC USD 81,985.4 Gold USD 4,129.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Game Bomoh Kini di Android

Crystal skull

Active+ Member
Messages
2,704
Joined
Dec 29, 2013
Messages
2,704
Reaction score
9
Points
25
Sebuah game yang dinamakan 'Bomoh' kini boleh dimuat turun melalui platform Android di mana ia memaparkan tiga bomoh yang beraksi di atas karpet dengan misi mencari pesawat yang hilang.

Kisahnya bermula apabila bomoh-bomoh ini perlu terbang melintasi beberapa kawasan apabila ditugaskan mencari pesawat yang hilang hanya dengan berbekalkan beberapa barang 'ritual' seperti air suci, kelapa dan kayu.

Misi mencari pesawat

Kemudian bomoh-bomoh tersebut perlu mencari pesawat yang disorok musuh yang bernama Black Garuda.

Walaupun bomoh nampak macam zaman dahulu kala, mereka masih memakai sut lengkap. Pemain hanya perlu mencari seberapa banyak pesawat untuk memperoleh lebih banyak markah tetapi perlu berhati-hati dengan Black Garuda yang berkeliaran.

Anda yang beraksi sebagai bomoh perlu mencari pesawat di udara, darat malah di atas jalanraya yang tersorok.

Setakat ini, game Bomoh hanya disediakan dalam platform Android oleh pembangunnya, Triapps.

Musuh si Black Garuda

Disebabkan game ini direka mungkin dalam keadaan tergesa-gesa, ia tidaklah nampak menarik dari segi grafik tetapi dari aspek lawaknya, Nora Danish pun boleh bagi lima bintanglah!
Pagination
 
tikar terbang je ke tt? teropong x der? :)):)):))
 
game ok la,,jgn bile dlm game tibe ade sebut kalimah ALLAH lak..da jd len da tuh..
 
Back
Top
Log in Register