BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia terbaik-Teknik Tangani Pengganas Sulu Ditiru Negara Jiran..

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
1. Kejayaan strategi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM dalam krisis Lahad Datu awal tahun ini dalam menentang pengganas Sulu rupa-rupanya dijadikan pelajaran oleh negara lain walaupun rakyat atau “armchair general” dari negara jiran yang tidak pernah berhadapan dengan pencerobohan pada zaman moden ini mentertawakan kita.

2. Negara yang telah mendapat pelajaran penting ini adalah Filiphina yang menggunakan strategi “Overwhelming Force” ke atas 400 pemberontak Moro National Liberation Force (MNLF) yang menimbulkan kekacauan di Zamboanga City termasuk menahan tebusan.

3. Ini merupakan kali pertama tentera Filiphina menggunakan kekuatan secara besar-besaran ke atas pengganas MNLF selepas melihat kejayaan tentera Malaysia menghancurkan askar Sulu yang sebenarnya disokong oleh MNLF.

4. Bukan itu sahaja, sebanyak tujuh buah kapal tentera laut Filiphina juga membuat kepungan laut atau “Naval Blockade” ke atas bandar itu, sama seperti yang dilakukan oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

5. Kekuatan tentera Filiphina pada ketika ini berjumlah lebih kurang 2,000 orang termasuk polis dan 300 anggota marin.

6. Saya kira jika Filiphina mempunyai jet-jet pejuang yang moden (malangnya tidak ada) seperti Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), sudah tentu kedudukan pemberontak ini habis dimusnahkan dengan bom panduan laser yang kita gunakan melalui pesawat F-18D Hornet kita.

7. Sebagai ganti, Filiphina terpaksa menggunakan helikopter bersenjata (kira oklah).

8. Sama seperti corak serangan Malaysia ke atas pengganas Sulu, tentera Filiphina memulakan serangan pada 16 Sept ke atas kedudukan musuh di Barangay Sta dengan tembakan mortar, serangan udara dengan memakai MG-520 helikopter serta roket dari pesawat penyerang SF-260.

OPS DAULAT-LAHAD DATU, SABAH

9. Semasa krisis serangan pengganas di Lahad Datu, Malaysia mengerakkan lebih kurang 5,000 tentera termasuk polis untuk menangani sejumlah 400 pengganas dan penceroboh Sulu.

10.Serangan Malaysia dimulakan dengan pesawat F-18 Hornet dan Hawk serta hentaman mortar ke atas kedudukan musuh.

11.Serangan “Overwhelming Force” yang dibuat oleh Malaysia ini dikritik hebat bukan sahaja oleh rakyat Malaysia sendiri tetapi paling ramai dari kalangan rakyat Indonesia dan Filiphina yang tidak faham tentang Standard Operational Procedure (SOP) sesebuah angkatan tentera menangani krisis bersenjata.

12.Akhirnya, terbukti, ATM yang profesional berjaya menjadi contoh terbaik dan hari ini taktik serangan yang sangat klasik yang dibuat semasa Lahad Datu ditiru oleh tentera Filiphina.

13.Syabas ATM kerana menjadi contoh kepada dunia.:)paid

- Sumber. (Special Thanks: Belia bangkit).

Foto: Strategi Malaysia yang di tiru olih Filipina, dalam menangani MNLF.

155803_559053870810841_923372280_n.jpg
 
Salaam.

Satu jer yang aku kesalkan, Malaysia LAMBAT tangani isu Sulu sebab bila dah ada yang meninggal dunia baru nak ambil tindakan sepenuhnya.

 
dh ludah jilat balik
 
Ada pengganas ka masuk lahad datu..aritu tak silap ada menteri kata bukan pengganas..kekeek
 
Salaam.

Satu jer yang aku kesalkan, Malaysia LAMBAT tangani isu Sulu sebab bila dah ada yang meninggal dunia baru nak ambil tindakan sepenuhnya.


dasar malaysia seboleh boleh adalah tak nak menumpahkan darah , kalau dah terpaksa nah tengok natijahnya , negara mana yang akan marah kalau kita dah ambil tindakan berlembut dahulu tapi tidak dilayan , nah rasakan akibatnya "overwhelming forces"
 
dasar malaysia seboleh boleh adalah tak nak menumpahkan darah , kalau dah terpaksa nah tengok natijahnya , negara mana yang akan marah kalau kita dah ambil tindakan berlembut dahulu tapi tidak dilayan , nah rasakan akibatnya "overwhelming forces"

Masa diorang masuk Lahad Datu haritu, diorang siap bergambar dengan machine gun, bom tangan banyak2.. siap post dekat facebook. Wat declaration yang diorang datang nak stay dekat situ, tanah mereka, biar pun terkorban jiwa dan raga.

'Overwhelming force' tu pon lepas orang ramai persoalkan keupayaan ketenteraan negara malaysia yang tak gerak2 bila pengganas tu dah bertingkat2 berkumpul, dengan senjata. Yang klakarnye ATM gerak tentera siap pakai kapal terbang AirAsia plak.. konon praktikal katanya. Memang praktikal pun, sebab enjin kapal terbang ilang. Hihihi

Filipina tiru ATM? Filipina dah perang dengan MNLF, MILF, BIFM, Abu Sayyaf berdekad lamanya.

:-?:-?:">
 
Ada jugak rakyat malaysia yg kutuk tektik serangan ATM?? Sapa tu?

Apa alasan dia??
 
filipin takda SOP original...
 
Back
Top
Log in Register