NOTA KONGSIAN
Ustaz Nazmi Karim. Kuliah Maghrib – Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya
[30 Oct 2012]
Tajuk: Tafsir Surah Yusuf, ayat 58-100
Kuliah dimulakan dengan Asma’ul Husna
Bacaan ayat 58-100
Allah takdirkan Nabi Yusuf jadi menteri kewangan Mesir. Nabi Yusuf dikenali ramai sebagai orang yang sangat jujur. Nabi Yusuf tawarkan diri untuk jadi menteri kewangan masa tu. Maka atas sebab ini, Islam membenarkan kita menawarkan diri untuk sesuatu jawatan, asalkan yakin dengan diri kita boleh buat dan laksanakan tanggungjawab tu dengan sebenar-benarnya.
Jadi masa tu, beberapa negara di sekitar tanah arab dan afrika dilanda kemarau. Masa ni Nabi Yusuf dah jadi raja. 10 saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir untuk minta makanan, mereka tukarkan dengan barang dagangan seperti susu kambing, barang perhiasan dan sebagainya. Kira macam sistem barter la. Saudara-saudara Nabi Yusuf ni tak kenal langsung Nabi Yusuf, sebab Nabi dah kacak sangat, jadi raja pulak tu, pakaian smart. Tak dapat cam langsung yang itu adalah adik mereka yang mereka campak dalam telaga dulu. Tapi Nabi Yusuf kenal mereka.
Nabi Yusuf bagi makanan dan suruh mereka balik. Tapi Nabi Yusuf pesan, next time kalau nak datang mintak makanan lagi, kena bawa adik mereka lagi sorang (Bunyamin), tapi Nabi Yusuf tak sebut nama sape la. Kalau diorang tak bawak, Nabi Yusuf tak kan bagi apa-apa makanan. Saudara-saudara Nabi Yusuf pun balik ke kampung halaman di Palestin, bawak barang-barang jumpa ayahanda mereka, yakni ayahanda Nabi Yusuf juga, iaitu Nabi Yaakub. Nabi Yaakub bersyukur dan suruh mereka pergi lagi akan datang. Sebab makanan tu akan habis dalam tempoh yang sekejap.
Tapi anak-anaknya bagitahu, raja Mesir kata kalau nak makanan lagi, kena bawak Bunyamin sekali. Nabi Yaakub mula-mula tak nak benarkan, takut anak-anaknya buat macam kes Nabi Yusuf dulu yang kononnya dimakan serigala, tapi akhirnya membenarkan juga dengan berat hati, sebab itu syarat Raja Mesir. Jadi, mereka pun bergerak satu rombongan lagi ke Mesir diikuti Bunyamin. Sampai di sana, Nabi Yusuf kata nak jumpa Bunyamin je, dan suruh saudara-saudara lain keluar. Dan masa tu lah Nabi Yusuf perkenalkan dirinya kepada Bunyamin. Alangkah terkejutnya Bunyamin ketika itu dan Bunyamin gembira sangat.
Mereka berdua rancang sesuatu untuk membuatkan Bunyamim terpaksa tinggal di Mesir bersama Nabi Yusuf. Nabi Yusuf plan, kononnya Bunyamin curi barang milik raja, dan terpaksa dihukum jadi hamba di Mesir. Bunyamin setuju, sebab Nabi Yusuf nak Bunyamin tinggal bersamanya, sebab terlalu rindu pada abang kesayangannya itu. Jadi, masa rombongan nak berangkat pulang, ada menteri-menteri tiba-tiba berkata “Siapa nampak teko raja? Ada orang curi..!! Siapa yang didapati bersalah akan dihukum jadi hamba selama setahun..!! Siapa yang dapat kembalikan, dapat hadiah!”
Cari punya cari, jumpa teko tu kat kenderaan Bunyamin. Bunyamin buat-buat terkejut dan kata dia dikhianat. Kemudian saudara-saudara Nabi Yusuf kata, mereka tak heran kalau Bunyamin mencuri sebab adik dia lagi sorang dulu pun mencuri (Nabi Yusuf). Kesnya, masa Nabi Yusuf kecik dulu, Nabi Yusuf dituduh mencuri anak patung. Makcik-makcik Nabi Yusuf, yakni kakak-kakak Nabi Yaakub minat sangat nak bela Nabi Yusuf ni, sebab comel, cun, cantik, hensem. Dah lama sangat diorang bela, Nabi Yaakub mintak balik anak nya itu, “Dah lama sangat korang bela, aku nak anak aku semula”. Tapi disebabkan makcik-makciknya tak rela nak lepaskan, diorang buat muslihat jahat, sorok patung dalam pakaian Nabi Yusuf. Lepas tu bagi Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub semula, dan tuduh Nabi Yusuf mencuri.
Nabi Yusuf yang dengar saudara-saudaranya cakap camtu, rilek je tahan marah, ooo.. pandai ye korang mengata aku. Nabi Yusuf pendam dalam hati. Lalu Bunyamin pun ditahan. Dan saudara-saudaranya yang lain risau ayahanda mereka Nabi Yaakub akan marah. Dah lah marah pasal kes Nabi Yusuf hilang tak reda-reda lagi.
Jadi diorang offer diri diorang untuk ditukarkan dengan Bunyamin. Nabi Yusuf kata, mana boleh, takkan orang lain buat salah, orang lain pulak kena hukum? Tak adil la macam tu. Bunyamin tetap ditahan. Berkatalah saudara yang paling sulung “Aku tak akan tinggalkan Mesir ini sehingga ayah izinkan aku pulang atau sehingga Allah menghukum aku”. Dia suruh saudara-saudara dia yang lain pulang dah cakap kat ayah, Bunyamin mencuri dan ditangkap raja.
Jadi mereka pun balik dengan saudara sulung tinggal kat Mesir. Mereka bagitau Nabi Yaakub, “ayah, Bunyamin mencuri barang raja. Kalau tak caye, bleh tanya geng-geng rombongan kita yang ikut masa tu.”. Nabi Yaakub kata “bahkan kamu ada menyorok sesuatu. Semoga Allah akan kembalikan padaku kesemuanya”.
Ada ulama kata Nabi Yaakub tak jumpa Nabi Yusuf 40 tahun, ada ulama kata 83 tahun. Tapi Nabi Yaakub tak pernah putus asa. Nabi Yaakub berpaling dari anak-anaknya dan berkata seorang diri “sedihnya mengenangkan Yusuf”. Nabi Yaakub sayang sangat kat Nabi Yusuf ni, ulama kata sebab Nabi Yusuf ni sangat soleh, patuh, taat, akur, tak membantah sikit pun. Sedih sangat Nabi Yaakub sampai putih mata (buta) Nabi Yaakub sebab menangisi kehilangan Nabi Yusuf. Beliau tahu kisah Nabi Yusuf dimakan serigala tu palsu. Saudara Nabi Yusuf bawak balik baju Nabi Yusuf yang berdarah dan beri pada Nabi Yaakub, kononnya Nabi Yusuf dimakan serigala. Baju berdarah, tapi tak koyak. Ada ke serigala nak makan orang, dia suruh bukak baju dulu?
Tapi Nabi Yaakub tak marah walau dia tahu itu tipu. Nabi Yaakub adalah contoh ayah paling baik kepada anak-anaknya. Sangat lembut dan tak pernah marah walau sikitpun. Anak-anak Nabi Yaakub pelik, kenapa ayah mereka duk sebut-sebut lagi kisah Nabi Yusuf sedangkan kes tu dah lama. Mereka kata ayah macam nak merosakkan diri sendiri, duk ingat Nabi Yusuf sampai tak selera makan, badan kurus, buta mata. Mereka kata tak payah la ingat lagi Nabi Yusuf tu. Tapi Nabi Yaakub jawab dengan lemah lembut “Sesungguhnya aku mengadu kesedihan hanya pada Allah, dan aku lebih tahu apa yang kamu semua tidak tahu. Wahai anak-anak ku, balik semula ke Mesir dan cari Yusuf dan Bunyamin. Jangan putus asa dengan rahmat Allah”.
Kita ni bisnes lingkup, anak hilang, exam tak pass, jangan sesekali putus asa dengan Allah. Orang sakit kuat, puas berubat tak elok-elok jugak, jangan putus asa, sebab Allah yang beri sakit, Allah jugak akan menyembuhkan. Anak-anak Nabi Yaakub terpaksa akur memandangkan ayahnya yang sudah tua. Mereka pun berangkatlah ke Mesir sekali lagi. Dalam fikiran mereka, nak cari Bunyamin je, sebab pada sangkaan mereka Nabi Yusuf dah mati. Mereka pun mengadap Nabi Yusuf dengan berkata “Tolonglah wahai raja, ayah kami dah semakin sedih lepas dapat tahu Bunyamin ditangkap. Kasihan kanlah kami, kami orang susah, dilanda kemarau pula tu, ayah pula sudah uzur.” Kemudian Nabi Yusuf menangis. Saudara-saudara Nabi Yusuf pelik, kenapa raja ni menangis sesangat ni? Dah termakan ayat diorang ke?
Nabi Yusuf bertanya “Pernah tak dulu korang buat khianat kat adik korang yang bernama Yusuf? Korang ingat tak?” lalu Nabi Yusuf buka mahkota raja dia, dan ternampaklah parut di kepala Nabi. Ape lagi, terkejut beruk la saudara-saudara Nabi Yusuf ni. “Adakah engkau Yusuf?”. Nabi menjawab “Ya, dan inilah saudaraku Bunyamin”. Lagi terperanjant diorang tengok Bunyamin hidup gembira, tak jadi hamba. Tambah terkejut lagi, sepanjang 2 tahun diorang ulang alik ke Mesir jumpa Nabi Yusuf minta makanan, diorang tak perasan dan tak cam langsung yang raja tu Nabi Yusuf sebenarnye. Pastu Nabi Yusuf pesan “Allah tak akan sia-siakan orang yang bertaqwa pada Allah dan bersabar banyak-banyak.” Itu janji Allah.
Selingan dari Ustaz Nazmi: Sape yang habis Master kat universiti Al-Azhar, aku respek. Sebab kalau fail walau 1 je daripada 9 subjek, kena ulang semula semua 9 subjek. Ada yang sampai 10 tahun amik Master, duk ulang-ulang. Dah pass semua, baru boleh buat tesis. Kalau tak, bengkak testis ko. Tapi yang bagusnya Universiti Al-Azhar ni, kalau korang dah tahun akhir diploma ke, degree ke, tapi ada fail, korang boleh ulang semester tu. Diorang takkan buang korang kalau dah kat tahun akhir. Sampai kiamat atau sampai korang mati, ulanglah banyak kali pun. Diorang tak buang. Aku dulu buat BA (Bachelor/sarjana muda) senang. Sebab kitorang masa tu lompat terus ke tahun akhir dari tahun 1. Time tu nasib kami memang baik ar. Aku punya susah hati, hafal punya hafal, tapi aku ingat Allah kata takkan sia-siakan orang yang buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Paling saspen kat sana kena hafal 8 juzuk kalau orang melayu. Kalau orang arab kena hafal 30 juzuk. Kalau kita kena jadi orang pertama masa test, nasib tak baik ar. Panjanglah bacaan doktor (prof) suh baca, sampai doktor letih. Sape yang kene last, untung la. Sebab doktor pun dah bateri low. Bacalah apa-apa yang ko nak baca. Aku ape lagi, Qulhuwallahu ahad. Untung giler nasib aku. Member-member lain bengang je, natang mung..!!
Sambung. Adik-adik Nabi Yusuf cakap, Nabi Yusuf layan diorang baik sangat walaupun diorang pernah buat khianat 40 tahun dulu. Mereka meminta maaf kepada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf pun memaafkan mereka dengan berkata “Tiada kesalahan ke atas kamu, dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kamu”. Sifat terpuji Nabi Yusuf, sangat pengampun walau dendam tu terpendam dah 40 tahun lebih. Macam Nabi Muhammad, memaafkan kafir Quraisy masa umat Islam dah tawan kota Makkah.
Nabi Yusuf buka baju dia, dan beri pada saudara-saudara mereka. Nabi Yusuf suruh mereka balik, dan letakkan baju tu ke muka ayahnya Nabi Yaakub, insyaAllah akan celik semula mata ayahnya. Dan Nabi Yusuf pesan, bawa semua keluarganya ke Mesir. Di kampung iaitu di Palestin, Nabi Yaakub dah terhidu/tercium bau anaknya Nabi Yusuf walau anak-anaknya baru gerak dari Mesir yang perjalanannya ke Palestin adalah memakan 8 hari. Tapi Nabi Yaakub bimbang anak-anak dan kaum kerabatnya kata dia sudah hilang akal. Dan diorang kata Nabi Yaakub dah nyanyuk.
Tatkala sampainya anak-anak Nabi Yaakub, mereka meletakkan pakaian Nabi Yusuf ke muka ayah mereka, pop, terus celik mata Nabi Yaakub dengan izin Allah. Itulah mukjizat Nabi Yusuf yang Allah kurniakan. Nabi Yaakub kata, “kan aku dah cakap, aku lebih tahu dari apa yang kamu semua tahu. Yusuf masih hidup!”. Maka masa tu, anak-anaknya pun meminta maaf, dan baru lah pecah tembelang yang disimpan sejak 40 tahun lalu, bahawa diorang pegi campak Nabi Yusuf ke dalam perigi, bukan serigala makan Nabi Yusuf. Nabi Yaakub memaafkan dan berdoa moga Allah memaafkan salah mereka.
Dan semua bergerak ke Mesir nak jumpa Nabi Yusuf. Sesampainya di sana, ibu Nabi Yusuf dan Nabi Yaakub tunduk sujud pada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf angkat ibu bapanya itu ke arasy raja. Dan semua saudara-saudaranya tunduk sujud kepadanya dan ibu bapanya pula. Zaman ni manusia masih boleh sujud sesama manusia. Masa zaman Nabi Muhammad tidak dibenarkan manusia sujud kepada manusia. Dan style sujud masa tu lain, bukan macam sujud dalam solat tu. Nabi Yusuf cakap pada ayahnya ingat tak tentang mimpinya dahulu, 11 bintang, matahari, dan bulan sujud kepadanya. Maka terbuktilah mimpi itu berlaku benar.
Nabi Yusuf berkata, bahawa Allah telah berbuat baik kepadanya dengan menyelamatkannya dari telaga oleh orang badwi dan dari dipenjara dan ditakdirkan menjadi menteri dan kemudian raja dan ditakdirkan dapat bersatu semula dengan keluarganya. Keluarga Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf serta saudara-saudaranya hidup bahagia. Jadi, jangan putus asa kepada Allah.
Wallahu’alam