BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.

Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburan itu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).

"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.

Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.

"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.

Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.

Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.

"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - Bernama

sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/khaled-ptptn-kekal-pengajian-percuma-belum-sedia-1.95275
 
Pengajian percuma dah ada untuk yg dapat first clasd honour, yg score spm.
Yang dok main main p, ponteng kelas, merokok, melecak, dating nak bg free ke?
***** la govt bg duit kat org malas.
Kat u, student melayu yg ramai ponteng, sex, smoking, nak bg pendidikan percuma kat diorg?
Baik bg yg score je.
Rafizi silap bab ni, sorry to say.
Ada student kakak aku kat u, dua kali mengandung luar nikah, dah lima tahun, tak habis lg course 3 tahun. Pointer cukup makan. Phuii!!!!
 
yg ko tak sokong sangat apasal? ke ko tak dapat masuk U sebab tuh ko menetang keh! keh! kerajaan mmg kaki kencing mengatakan pelajar universiti hanya membayar 10% sahaja dari kos sebenar jurusan yg mereka ambil dan selebihnya adalah subsidi kah kah mmg haram jadah kaki kencing.Pasal student akak ko mengandung tuh tiada kena mengena dengan pendidikan percuma itu masalah sosial xdak kena mengena dengan pendidikan percuma itu adalah masalah akhlak.Aku xpaham apa kaitan dgn masalah sosial ko kaitkan dengan pendidikan percuma????Masalah siosal nih dimana mana pun berlaku sama ada ko bayar atau percuma ianya berlaku tak mengira tempat,bangsa dan negara kah! kah! Apa yg aku nampak pendidikan percuma lebih byk kebaiknya atau faedahnya untuk rakyat,dimana rakyat tidak dibebani dengan hutang yg byk selain itu dapat membantu pelajar2 yg kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yg lebih tinggi.Lagi pun klu dasar pendidikan percuma dipraktikan tidak semstinya org yg tak lulus spm dpt masuk universiti,mestilah kena melalui sistem penapisan dahulu sama ada seseorg itu layak atau tidak,takan spm tak lulus pun nak bg dia masuk U mmg tak logikla.Selain itu aku tgok negara yg mengamalkan sistem pendidkan percuma nih tak dak apa2 masalah pun,negara diorg pun tak bankrup ok ja!!! Yang dok kata bankrup tuh pencacai haram jadah dgn Pak menteri ****** HJ keh keh sebab nak menipu rakyat sahaja kerjanya keh keh :))
 
dengan pendidikan percuma....lebih ramai orang berminat nak sambung belajar... bukan pegi buat maksiat pun...nuntut Ilmu....

pelabur => mahu pendidikan percuma.
 
dengan pendidikan percuma....lebih ramai orang berminat nak sambung belajar... bukan pegi buat maksiat pun...nuntut Ilmu....

pelabur => mahu pendidikan percuma.

klu difikirkan pendapat ko ianya membuktikan ko mmg mempunyai akal yg baik sebab dapat berfikir secara waras :))
 
isunya.sapa tak nak kan dapat pendidikan percuma.takde la masa kerja nanti dibebankan dengan membayar hutang pinjaman pendidikan.itu belum kira yang menganggur.

soalnya kita sebagai rakyat.
 
Pengajian percuma dah ada untuk yg dapat first clasd honour, yg score spm.
Yang dok main main p, ponteng kelas, merokok, melecak, dating nak bg free ke?
***** la govt bg duit kat org malas.
Kat u, student melayu yg ramai ponteng, sex, smoking, nak bg pendidikan percuma kat diorg?
Baik bg yg score je.
Rafizi silap bab ni, sorry to say.
Ada student kakak aku kat u, dua kali mengandung luar nikah, dah lima tahun, tak habis lg course 3 tahun. Pointer cukup makan. Phuii!!!!

kalu ada kes yg melacur sebab nak bayar yuran study camana plak :eek::eek::eek:

KPT diminta siasat dakwaan pelajar IPT melacur untuk biaya pengajian
KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan mereka terbabit.

"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.
"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan d sini hari ini.

Hamisa berkata, demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terbabit datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.
Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan berkata, masalah itu mungkin
akan menambah rantaian gejala sosial lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.

"Dalam keadaan ini, semua pihak perlu berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru membuat penafian bagi menjaga imej dan kedudukan masing-masing kerana kita tahu bahawa cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar IPT hari ini cukup hebat.

"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil internet,"
katanya.

Sehubungan itu, Hamisa berharap para pelajar IPT dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat itu. - BERNAMA
 
Ni aku tambah lagi :eek::eek:

KOTA KINABALU. 4/12/2010: Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan mereka terbabit. "Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terbabit datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian. "Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil internet," katanya.Bagi Malaysia, kini pendidikan menjadi sumber perniagaan. Semua berbayar bahkan dikenakan kadar faedah terhadap setiap pinjaman untuk pelajaran. Ia kini menjadi beban kepada rakyat. Bagi sesetengah masyarakat yang prihatin, rakyat akan bangkit jika yuran pengajian membebankan seperti yang berlaku di Britain sekarang. Para pelajar berdemontrasi membantah isu kenaikan yuran pengajian.

Tetapi bagi Malaysia, mereka takut untuk mengatakan tidak. Bukan hanya yuran pengajian dan pembelajaran meningkat disemua peringkat bahkan keperluan dan barangan asas naik pun mereka masih lagi diam semata. Seolah-olah para pemimpin yang dilantik untuk menjaga hak dan keperluan rakyat memerintah mengikut hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan keperluan rakyat. Apatah lagi rakyat akan terus member kekuasaan kepada mereka.

Inilah akibatnya sehingga timbulnya isu para pelajar IPT terpaksa melacur untuk membayar yuran pengajian dan juga keperluan sebagai pelajar. Yang wanita menjadi pelacur bahkan yang lelaki menjadi gigolo.

Keadaan ini bertambah gawat dengan pandangan tidak tepat mengenai hukum melacur oleh Ustazah Masyitah tanpa merujuk kepada para ulamak atau para mufti. menurut beliau Kerja melacur 'halal' jika dharurat - Ustazah Masitah

Merujuk ruangan `Anda Musykil, dari Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. halaman 3. Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala Lumpur.

Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"

Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:

" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya." "Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan." "Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa." "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'

Berapa ramai fatwa beliau ini mempengaruhi orang-ramai. Bagaimana orang yang jahil? maka fatwa ini jadi sandaran yang akhirnya mereka terjebak dilembah hina untuk alasan darurat. Kalau inilah pandangan yang dipakai? Apa mau kata? Bagi mereka pendidikan itu dharurat dan untuk menjelaskan yuran maka jalan penyelsaian adalah melacur atau menjadi gigolo.
 
kalu ada kes yg melacur sebab nak bayar yuran study camana plak :eek::eek::eek:

student akak dia apa!!! sebab dia kata sampai 2 kali mengandung keh keh :)) tp tak pe mashitah kata dalam keadaan darurat boleh melacur demi untuk meneruskan pengajian dan servive keh keh :))
 
yg ko tak sokong sangat apasal? ke ko tak dapat masuk U sebab tuh ko menetang keh! keh! kerajaan mmg kaki kencing mengatakan pelajar universiti hanya membayar 10% sahaja dari kos sebenar jurusan yg mereka ambil dan selebihnya adalah subsidi kah kah mmg haram jadah kaki kencing.Pasal student akak ko mengandung tuh tiada kena mengena dengan pendidikan percuma itu masalah sosial xdak kena mengena dengan pendidikan percuma itu adalah masalah akhlak.Aku xpaham apa kaitan dgn masalah sosial ko kaitkan dengan pendidikan percuma????Masalah siosal nih dimana mana pun berlaku sama ada ko bayar atau percuma ianya berlaku tak mengira tempat,bangsa dan negara kah! kah! Apa yg aku nampak pendidikan percuma lebih byk kebaiknya atau faedahnya untuk rakyat,dimana rakyat tidak dibebani dengan hutang yg byk selain itu dapat membantu pelajar2 yg kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yg lebih tinggi.Lagi pun klu dasar pendidikan percuma dipraktikan tidak semstinya org yg tak lulus spm dpt masuk universiti,mestilah kena melalui sistem penapisan dahulu sama ada seseorg itu layak atau tidak,takan spm tak lulus pun nak bg dia masuk U mmg tak logikla.Selain itu aku tgok negara yg mengamalkan sistem pendidkan percuma nih tak dak apa2 masalah pun,negara diorg pun tak bankrup ok ja!!! Yang dok kata bankrup tuh pencacai haram jadah dgn Pak menteri ****** HJ keh keh sebab nak menipu rakyat sahaja kerjanya keh keh :))

Aku dapat je pendidikan prcuma, scholar JPA, stadi kat UK.
Adik aku dapat first class, ptptn jd scholar.
Yg pentng govt kn selective, bukan main bg je.
Dah lama ada pendidikan percuma, tp untuk yg layak je
 
Back
Top
Log in Register