combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,182
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,182
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Fakulti Pengajian Sains Citra UKM Jadi Perintis Pengajian Rentas Bidang
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sufian Jusoh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi perintis pengajian rentas bidang apabila mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjenamakan semula Pusat Pengajian Sains Citra sebagai Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC).
Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Sufian Jusoh berkata FPSC menawarkan program sarjana muda yang memberi lebih fleksibiliti kepada pelajar, termasuk model pengajian dua tahun di universiti dan dua tahun dalam industri (2u2i), menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman sebenar di tempat kerja.
“Pelajar bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi turut berpeluang merasai sendiri suasana kerja di industri yang relevan dengan bidang pengajian mereka.
“Melalui cara ini, pelajar dapat meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja sebenar yang disediakan oleh pihak industri,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi global yang menekankan integrasi ilmu, pemikiran kritis dan pembentukan sahsiah holistik.
Sufian berkata dengan penamaan semula itu, fakulti akan terus memainkan peranan penting sebagai teras pembinaan kompetensi generik pelajar universiti termasuk kemahiran komunikasi, pemikiran analitis, literasi digital, penghayatan nilai dan peradaban.
“Pihak universiti yakin bahawa penamaan ini akan meningkatkan lagi visibiliti akademik, reputasi institusi serta jaringan kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa khususnya dalam bidang sains liberal,” katanya.
Sementara itu, Dekan FPSC Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata fakulti berkenaan dalam proses mewujudkan Program Sarjana Muda Seni Warisan.
“Selain itu, fakulti menawarkan program pascasiswazah di peringkat sarjana iaitu Sarjana Sains Citra dan Doktor Falsafah,” katanya.