BTC USD 80,550.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RON95 tidak boleh diturun sewenang-wenang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.

"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.

Ismail Sabri berkata sehingga kini, kerajaan menanggung subsidi untuk RON95 sebanyak RM6.6 bilion.

Katanya kerajaan mampu menurunkan harga petrol RON97 susulan penurunan harga minyak mentah dunia kerana harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dunia.

"Saya harap rakyat faham bahawa harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun," katanya.

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa 5 Julai.

Mengulas mengenai janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan minyak petroleum sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Ismail Sabri berkata: "Dia boleh janji apa saja. Jadi, janji memang senang, dan janji cakap semua percuma pun boleh". - Bernama
 
rugi laa business kalo ron95 turun. hihihi.. sbb minyak 95, 80% pengguna pakai :)
 
sudah la bapak dafi nie.....x nk turun minyak x pe...yg penting bendara dacing kaler biru kene turun....
 
Takpe la... janji je ape ke.. kita try dulu tgk, DSAI kata dia boleh turunkan rega RON95,
saya percaya jugak.. sbb DSAI ni bkn calang2 orang dalam EKONOMI.

Jadi, kena try dulu la.. boleh ke tak boleh.. kasi can lahhh PKR memerintah pulak...
asyik nak bolot semua je ko ni BN...

Kalau lepas PKR memerintah, DSAI tak tunai janji, takde hal, kita pilih yg lain pulak.
Tapi yg penting kita cuba PKR dulu... belum try belum tahu...

Betul kawan2? hehehe
 
Ape punye pusing la bapak dafi ni......ko ckp jer ler.....kroni rugi kalo minyak harga turun....
 
6.6billion subsidi ye...pecaya la jugakkkk...
 
ooo ye ke....

ak nak kasik turun color biru blh? mengong punya menteri
 
Back
Top
Log in Register