BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Kelab Samsung Galaxy Note (CGNote)

Apakah warna Galaxy Note kesayangan anda?


  • Total voters
    0

maruz

Fun Poster
Messages
805
Joined
Feb 9, 2007
Messages
805
Reaction score
77
Points
20
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga CG,

Tread ni dibuka untuk pemilik Samsung Galaxy Note di CG berkongsi maklumat dan kepakaran dalam menggunakan gadget canggih ni.

Aku baru angkat gajet ni 12.11.2011 dan setakat ni berpuas hati dengan teknologi AMOLED HD yang jauh lebih hebat dari generasi SGS2.



Latest: Cik Neelofa pun dah pakai Note sebab teruja masa sign kat S Memo Note aku tempoh hari...

Neelofa%2B2.jpg


Neelofa%2B1.jpg



:)cgrock


Sesiapa berminat untuk menyertai group Whatsapp SG Note boleh PM saya NO TELEFON anda untuk saya invite dalam group.
Kelebihan join whatsapp group,
- Mudah nak troubleshooting (ada support mesej bergambar, video).
- Respon pantas.
- Tak kira masa dan dimana.
- Tak kena cas kredit panggilan atau sms sebab guna internet data sahaja.



Berikut adalah sisipan gambar Samsung Galaxy Note yang best.



img_img01.png


img_img10.png


img_img02.png


AMARAN kepada pengguna Note!

JANGAN sesuka hati nak ROOT. Jika nak ROOT jugak, mohon baca dan FAHAM dengan teliti arahan untuk ROOT dari STOCK ICS ke Custom ICS.

Salah seorang dari geng SGNote CG kita mengalami kerosakan kekal sehingga menjadi batu bata yang sangat keras (hard brick) semasa cuba ROOT.

Harap geng yang lain amik iktibar atas perkara ini!


:)


Kaedah yang dah kena potong ni adalah kaedah kuno/ outdated. SILA stadi kaedah ROOT terkini di SINI.

Warning about using CWM.zip (temporary / Touch recovery) to root or flash any file
Note : This is referance only to CWM.zip , which is temporary/touch recovery commonly used to root device. Other cwm recoveries which are permanent and getting along with custom kernels are safe.


Rujuk sini


[STRIKE]Cara nak ROOT GNote untuk versi ICS 4.0.3 dan 4.0.4.

Hanya 8 Langkah MUDAH!

1) Muat turun fail [CWM zip] dan buh dalam External SDCARD dan muat turun fail [ SUPERSU-Busybox-Installer.zip ] ke dalam Internal SDCARD (internal memory).

2) Restart masuk dalam mod Recovery (Tekan butang VolUp+Home+Power serentak).

3) Pilih menu "apply update from external storage". (Guna butang Vol Up/Down untuk akses menu, dan tekan butang Power untuk pilih)

4) Pilih fail CWM.zip yang dimuat turun tadi dan tunggu sehingga CWM Recovery dipaparkan.

5) Pilih menu "install zip from sdcard" (sekarang dah boleh pilih guna touchscreen).

6) Cari, pilih dan install SUPERSU-Busybox-Installer.zip.

7) Dah selesai install, pilih menu "Reboot System Now".

8) Bila semua dah habis loading, sila cari dan pilih aplikasi SuperSU (icon bersimbol # warna biru) dan sila buat "update binary" (capaian internet diperlukan).

9) Tahniah, Galaxy Note anda telah di ROOT dengan kaedah terkini.

:)cgrock


Jika ini membantu anda, sila tekan butang thanks di SINI



- Sumber Dr [STRIKE]Ketam[/STRIKE] Ketan XDA[/STRIKE]






[STRIKE]Panduan Root

bg yg stay kat area KL or Selangor yg nak bljr rooting n flash custom rom..
bleh la PM aku.. aku nak buat tutorial tp xsempat..
aku bleh paste link je kalo nak try buat sendiri..
insyaAllah kalo ikt step yang die bagi mesti xde masalah..

1.Root/Unroot scroll ke bawah bace dari edit 16Nov11 Simplified

2.flash Custom rom
My Sam Rom
AngelRom
AxLor
SheepRom
RoMow nie pon aku penah pkai
RockEtROm aku pkai skrang

3.Local Official Firmware jika nak kembali kepada ROM original samsung..


Selamat Mencuba.. :)cgrock


Ringkasan Kaedah Root dan Install CustomROM

Salam warga CG,

Hasil stadi selama seminggu tentang ROOT dan CUSTOMROM ni, saya dapat buat kesimpulan langkah-langkah tersebut iaitu;

1) Mula-mula kita ROOT Galaxy Note (ada pelbagai kaedah tetapi antara yang mudah dan selamat ialah guna zergrush batch file). Untuk step ni kita perlu connect Note pada PC/Laptop guna kabel USB.

2) Lepas ROOT, kita perlu install ClockworkMod (CWM) Recovery.

3) Kemudian (kalau perlu) kita backup StockRom (yang original) guna ClockworkMod (CWM) Recovery.

4) Sebelum nak install CUSTOMROM baru, kena ingat bahawa semua app yang kita pernah install termasuk game akan hilang. Jadi untuk backup semua app atau game ni kita boleh gunakan applikasi Titanium Backup. Tetapi jalan terbaik untuk kestabilan app atau game sebaiknya kita reinstall semua app atau game tu semula selepas install CUSTOMROM.

5) Kalau nak proceed install CUSTOMROM yang baru, sebaik-baiknya FullWipe dulu guna CWM.

6) Bila dah FullWipe, boleh mula install CUSTOMROM yang kita mahu melalui CWM tu jugak. (biasanya fail dalam format zip yang dipindah ke dalam SD Card)

7) Bila kita dah menguasai kesemua kaedah di atas, dengan mudahnya kita siap boleh pilih-pilih nak tukar CUSTOMROM mana yang kita suka. Perlu diingat setiap kali proses tukar CUSTOMROM ni, semua app dan game kena install semula.

8) SIAP dan Layan...

Sehingga panduan ini ditulis (18/01/2012), CUSTOMROM yang paling stabil dan popular adalah CHECKROM dan ROCKETROM. Itu pendapat bro Chokey setakat ni.
images




Sekian, semoga newbies boleh faham penjelasan ini. :D


gu_570_3.jpg


BAB 1: Cara ROOT Galaxy Note

Sebelum anda mulakan, saya ingin menjelaskan yang saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya langkah-langkah ini boleh merosakkan serta mengagalkan fungsi peranti yang anda gunakan. Segalanya di bawah risiko anda sendiri. Berani buat, beranilah tanggung.

Samsung-Galaxy-Note-Root.jpg

1)Mula-mula pastikan anda install perisian Samsung KIES pada PC anda.

2)Kemudian Set Galaxay Note anda kepada USB Debugging mode dengan menandakan tick pada menu USB Debugging ON (Settings->Application->Development).

3)Sambung Galaxy Note anda pada PC.

4)Muat turun fail GalaxyNoteRoot.zip (klik sini). Unzipkan fail tersebut terus ke partition C:\GalaxyNoteRoot\ di dalam hardisk anda.

5)Kemudian double click fail runme.bat.

6)Dalam masa sekitar 5 minit (atau kurang) proses rooting akan berlaku. Selepas itu, Galaxy Note anda akan reboot.

7)Selesai.

8)Untuk menguji, cuba install aplikasi SetCPU dan anda akan lihat popup “Super User Request”.

Ini tutorial untuk root sahaja. Tutorial seterusnya bagaimana untuk install ClockWorkMod Recovery (yang membolehkan anda masukkan customROM ke dalam GalaxyNote anda).

Bersambung...

[Sumber]

BAB 2: Install ClockWorkMod Recovery (CWM)

ClockworkMod-Recovery-Logo-Large.jpg


CWM merupakan perisian yang boleh membuka kunci potensi peranti android anda. Dengan menggunakan CWM, anda boleh memasang CustomROM, membuat Backup ROM, memasang theme, kernel dan applikasi.

Sebelum memasang (install) CWM ni, anda perlu ROOT dulu Galaxy Note (rujuk BAB 1).

Berikut adalah langkah demi langkah memasang (install)CWM.

1) Pastikan USB Debugging (Setting->Applications->Development) bertanda tick di dalam Galaxy Note.

2) Kemudian, sila akses menu Setting->About Phone dan lihat tiga (3) karakter terakhir di bahagian Build Number. Contohnya saya punya adalah “KKA”. Sambungkan Galaxy Note pada PC anda.

3) Lepasi tu muat turun GalaxyNoteRecovery.zip (klik sini) ke dalam PC anda.

4) Unzip GalaxyNoteRecovery.zip ke partition C:\GalaxyNoteRecovery\ di PC anda.

5) Buka Command Prompt pada PC anda (Menu All Programs->Accessories->Command Prompt).

6) Sila taip cd \GalaxyNoteRecovery . Tekan Enter.

7) Kemudian taip:
adb devices Tekan Enter.

8) Kalau ada keluar penyataan “list of devices attached” dengan nombor siri di bawahnya bermakna sambungan Galaxy Note anda tiada masalah.

9) Kemudian kod seterusnya anda perlu gantikan KKA dengan 3 karakter Build Number anda sendiri. Anda perlu taip:
adb push KKA\zImage /data/local/zImagedan tekan Enter.

10) Selepas tu taip:
adb shell Tekan Enter.

11) Kemudian taip:
su Tekan Enter.

12) Teruskan dengan taip:
dd if=/data/local/zImage of=/dev/block/mmcblk0p5 bs=4096dan tekan Enter.

13) Seterusnya taip:
rm /data/local/zImagejuga tekan Enter.

14) Dan akhir sekali taip:
rebootdan tekan Enter.

15) Galaxy Note anda akan reboot dan kemudian anda dapat perhatikan dalam senarai aplikasi terdapat aplikasi CWM.

16) Untuk menguji CWM ini berfungsi atau tidak, silap tekan butang VolumeUp+Home+Power secara serentak selama beberapa saat, Galaxy Note akan reboot dan anda akan lihat paparan menu bertulisan biru. Pada mode ini touchscreen tidak lagi berfungsi. Sila pilih menu Reboot System dengan menekan butang power.

Seterusnya bab membuat backup original ROM.

[Sumber]
[/STRIKE]
[STRIKE]Flash CustomROM RocketROM v20 (quick guide)


Sebelum buat langkah ni, pastikan:
- Dah buat backup apa yang patut.
- Dah cas bateri 100% dan unplugged.
- Dah ROOT dan install CWM.

1) Pastikan dah copy fail rocketromblabla_eybee.zip tu dalam external sdcard.
2) Masuk CWM mode (VolUp+Home+Power).
3) Pilih menu wipe data/factory reset. Pastu OK sampai settle.
4) Pilih menu wipe cache partition. Pastu OK sampai settle.
5) Pilih menu advanced->Wipe dalvik cache. Pastu OK sampai settle.
6) Pilih menu advanced->Wipe Battery Stats. Pastu OK sampai settle.
7) Ulang langkah 3, 4, 5 dan 6 sekali lagi.
8) Kemudian pilih menu install zip from sdcard->choose zip from sdcard (pastu pilih folder yang ada fail rocketromblabla_eybee.zip) kemudian proceed sampai settle.
9) Lepas habis, back semula sampai menu utama dan pilih reboot system now.
10) masa phone tengah reboot, sila masuk CWM semula dan pilih menu reboot system now sekali lagi.
11) Settle... Selamat menikmati RocketROM.[/STRIKE]
 
Last edited:
Aritu try godak2 note ni kt smsung loyat...mmg tbaik super amoled dia....nk bli xde duit...huhuhuhuhu...
 
la..da ade rupanya kat msia..huhu
 
Gnote ni besar cikit dari sgs2.
Tp terbaek la gnote. :)
 
tolong update price pls...
kedai mana jual harga termurah skrng?
kalau kt mudah leh dpt 2199 terbaik..
 
Back
Top
Log in Register