BTC USD 81,438.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sharlinie Mohd Nashar , 5 Tahun - Perempuan

cybermaster

Banned
Messages
1,708
Joined
Jun 13, 2007
Messages
1,708
Reaction score
10
Points
25
PETALING JAYA: Polis telah mengedarkan poster kanak-kanak yang hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5, dan lakaran suspek ke semua pintu keluar negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata polis juga memaklumkan kepada polis di negara-negara jiran untuk mengesan kanak-kanak itu dan suspeknya.

Sharlinie, lebih mesra dikenali sebagai Nini, hilang dekat kawasan rumahnya di Taman Dato Harun semalam.

Polis tidak menolak kemungkinan "pencabul Kampung Baru" terlibat dalam penculikan itu.

Polis berkata terdapat juga kemungkinan kes ini berkait dengan penculikan awal minggu ini.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diculik oleh seorang lelaki bermotosikal sewaktu dia sedang bermain dekat rumahnya di Kampung Sepakat, Taman Medan, kira-kira 2km dari tempat Sharlinie hilang.

Kanak-kanak itu Nur Fateha Zaidi tiga jam kemudian ditemui di Wangsa Maju, Setapak.

Musa berkata pasukan petugas, melibatkan polis Selangor, Kuala Lumpur dan Bukit Aman, akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menjejak suspek.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta stesen televisyen menyiarkan lakaran suspek dengan lebih kerap bagi membantu usaha menjejaknya.

Beliau menyarankan media elektronik menyiarkan gambar suspek setiap setengah jam bermula hari ini .

"Saya telah minta kerjasama Kementerian Penerangan supaya RTM1 dan RTM2 menyiarkan fotofit penjenayah itu dengan kerap," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sambil merayu anaknya dipulangkan, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, berkata Sharlinie menghidap asthma dan memerlukan rawatan.


sharliniesuspektop1ug7.jpg

postercarisharlinieub6.jpg



P.s : Negara sudah tidak Aman , Negara ku hilang keberkatan , Berlaku pelbagai jenayah , culik , rompak , cabul dan mcm2.

Pak Lah : Islam Hadhari , Cemerlang , Gemilang , Terbilang !!


:(scam :(scam :(scam
 
Last edited:
semakin menjadi2 kes kanak2 hilang sekarang ni..siapa yg nk d persalah kan dlm hal ni..:-? :-? aper2 pon, same2 lah kiter mambantu mencari kanak2 hilang ni..
 
Hii,
Apa nak jadi ler sekarang ni. Sapa la punya angkara yg suka colek kanak2 tu
agaknya. Mungkinkah Pak Bangla yg rindu kat anak bini kot..
 
lokasi terakhir di lihat di sekitar puduraya. Maklumat terakhir diterima mengatakan mangsa berada di butterworth.

Orang Penang sila bantu !
 
lokasi terakhir di lihat di sekitar puduraya. Maklumat terakhir diterima mengatakan mangsa berada di butterworth.

Orang Penang sila bantu !

Aku pun akan cuba tgk kat area umah aku. So sesama kita berdoa agar budak ni selamat. #:-S
 
abang-abang semua..duduk depan pc ajer x nampak abang oii..cuba bawa poster die paste dekat area perumahan tuh ker..bus stand ker..itu baru kire tlg..:D ..suggestion ajer
 
abang-abang semua..duduk depan pc ajer x nampak abang oii..cuba bawa poster die paste dekat area perumahan tuh ker..bus stand ker..itu baru kire tlg..:D ..suggestion ajer

dah buat dah petang tadi. habis dah letak kat bus stand. ni utk maklum sapa2 yang tak tahu lagi. mana lah tahu org di carigold dpt membantu !
 
abang-abang semua..duduk depan pc ajer x nampak abang oii..cuba bawa poster die paste dekat area perumahan tuh ker..bus stand ker..itu baru kire tlg..:D ..suggestion ajer

Yo la bro...bukan 24jam depan PC jer. Time pergi ngan balik keja tu..boleh la tgk-tgk. :D
 
sape jumpe da pasti pastu nampak budak tu cam terpakse tahan je terus pastu tepon polis hehe, ni nampak call bapaknye lambat le adeh
 
Back
Top
Log in Register