BTC USD 62,762.7 Gold USD 4,339.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Highland Tower - 1993

jebatz

Active+ Member
Messages
4,002
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
Tragedi Highland Tower - 1993

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.


12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.


13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.


15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.


16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.


17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.


18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.


19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.


20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.


21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.


22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
 
Last edited:
malam tadi ASTRO HISTORY menayangkan kembali peristiwa tersebut.jika terlepas peluang mungkin ada ulangannya lagi..

memang sedih bila teringat peristiwa tu.harap x berlaku lagi lepas ni..
 
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
musa hitam ni bekas perdana menteri ke?
 
malam tadi ASTRO HISTORY menayangkan kembali peristiwa tersebut.jika terlepas peluang mungkin ada ulangannya lagi..

memang sedih bila teringat peristiwa tu.harap x berlaku lagi lepas ni..

ahha mmg sedih bro .. tu la yg dihadapi oleh kami setiap hari .. kekuatan mental n fizikal blum tentu dapat mengatasi rasa terharu dan hiba di hati melihat mangsa peristiwa tragis seperti tu ..
 
ahha mmg sedih bro .. tu la yg dihadapi oleh kami setiap hari .. kekuatan mental n fizikal blum tentu dapat mengatasi rasa terharu dan hiba di hati melihat mangsa peristiwa tragis seperti tu ..

bro antara mangsa dlm tragedi tu ker..leh la kongsi pengalaman sikit
 
bro antara mangsa dlm tragedi tu ker..leh la kongsi pengalaman sikit

saya xtrlibat secara langsung .. tetapi pegawai2 yg sertai operasi menyelamat tu adalah rakan2 n pegawai sya .... mcm2 la info yg mereka bgtau saya ... dgn info tu blh sya jadikan panduan sekiranya berlaku lg peristiwa seperti ni .,.. " pengurusan bencana yang teratur dari semua pihak amat diperlukan jika peristiwa seperti ni berulang tanpa melibat2 isu2 politik yg menjejaskan operasi.. saya sedih sngt bila berlaku bencana terlalu byk yg dipolitikkan akhir2 ini sedangkan bantuan amat dialukan bkn sebaran politik ":(
 
Back
Top
Log in Register