BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu-sekutunya.(ilmu haq)

Assalammualaikum

oh ye ke,mcm mana tuan tau ada jin sbb tuan sendiri nampak ker atau Pak Mail mengaku nampak??Ramai gak student lama Pak Mail masih tak nampak wlupun dah senior,ada brpa org student yg dah blajar boleh nampak skrg ni???Tuan sendiri bole nmpak??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Tuan Tamam,

Ada orang belajar ilmu ni sebab nak nampak makhluk durjana tersebut, ada orang belajar sebab nak teknik membelasah makhluk tersebut, dan bermacam macam sebab lagi..

Saya memang belum nampak lagi. Mungkin saya belum betul betul mentauhidkan Allah lagi.. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang saya sembunyikan atau zahirkan... Hari hari kena tingkatkan ketaqwaan dan keimanan saya..Itulah ujian Allah bagi setiap hamba hambaNya jika mereka mengaku beriman..Pasti akan diuji...Adakah kita boleh mengaku kita beriman kalau tidak diuji?

Saya belajar ilmu ni bukan sebab nak nampak atau nak dapat teknik. Saya belajar semata mata mencari keredhaan Allah..Saya tak tau pun ilmu ni wujud.. Saya berdoa kepada Allah bagaimanakah untuk merasai perasaan sebenar KHUSYUK dalam solat itu.. Selama berpuluh puluh tahun saya solat, sekali pun tak pernah rasa khusyuk.. Macam macam buku, internet, ceramah dah saya dengar. Namun masih belum dapat merasainya. Saya berdoa kepada Allah agar dibukakan jalan untuk merasainya..Kalau Tuan Tuan pernah merasa khusyuk, Alhamdulillah...Saya memang tak pernah..

So, Allah bukakan jalan melalui ilmu ni. Barulah saya tau kenapa susah nak khusyuk. Kehadiran makhluk durjana dalam diri saya yang membuatkan saya tidak khusyuk rupa rupanya... So bermula lah pembelajaran saya dalam ilmu ni..Hari ke sehari perubahan yang besar berlaku dalam diri saya sampailah sekarang..Pendek kata saya belajar ilmu ni bukan sebab nak nampak atau nak teknik. Saya mencari kekhusyukan dalam solat sahaja.. Tapi Allah Maha Pemurah, sambil sambil saya belajar, Ilmu lain pun hadir sama..Alhamdulillah..

Selepas saka saya dan keluarga dibuang, barulah Allah tunjukkan kesan kesan kehadiran makhluk durjana ini dengan jelas. Sebelum buang saka tersebut, memang tiada kelihatan kesan kehadiran makhluk durjana ini dengan ketara..Alhamdulillah...

Belajarlah dengan tertib Tuan Tuan semua.. Elakkan dari terus ke muka surat belakang..Ini semua tipu daya syaitan.. Terburu buru kan kerja syaitan.. Kalau hari ni belajar, esok nak nampak...Memang cerah masa depan la..Wallahuaklam..

Sekali lagi saya mohon maaf andai ada yang terasa..Tiada niat saya untuk memperlekehkan sesiapa..Kita semua sama..Kita adalah khalifah yang paling mulia diantara makhluk ciptaan Allah dimuka bumi ini dan kita juga adalah khalifah yang diberi "kuasa" dan "berkuasa"......Wallahhuaklam..
 
paling senang nak tahu kehadiran makhluk durjana melalui deria rasa seperti gelisah tak tentu pasal, hati sempit dll. bila makhluk durjana keluar dari tubuh hati nyaman dan lapang tenang serta banyak lagi tanda2
 
Oh begitu ker,tp klu sy dah lama sentiasa rasa tenang,lapang,tiada kerisauan,nyaman,bahagia adakah bermakna sy bersih dr jin saka dan sewaktu dengannyer??
Pelik gak kan,mcm sy xde apa sy takut,tak takut hantu sbb sy tak percaya,tak risau apa2 masaalh sbb yg bergantung pd Allah swt dan mmg sy tak ada risau apa pun dan sy sendiri pun tak paham kenapa org nak risau benda yg dah berlaku dan belum berlaku.Kan itu dah ketentuanNyer,buat apa yg patut dan serah jer pd Nya.
Mati pun sy tak takut,nak masuk syurga atau neraka apa nak takut,buat yg terbaik masa kat dunia,biar Allah yg tentukan tempat kita,habis citer.
 
Last edited:
assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tuan Tamam.

Bila kita tak takut hantu nie ada 2 kemungkinan.:-

1) Kurniaan Allah kerana kita betul betul mentauhidkan Allah.
2) Kita berani kerana dalam diri kita ada Jin yang lagi kuat 'powernya' dari yang kat luar. (Padahal tak power mana pun makhluk durjana ni)

Kalau Tuan golongan 1, Alhamdulillah. Rahmat Allah beri pada Tuan.
 
sorry ariez.
just nak tanya..
huraian Pak mail tentang tauhid nie diambil dari kitab Anak Kunci Syurga keR?

cuba tanya pak mail.. sebab pak mail punya huraian lebih kurang cerita dalam kitab anak kunci syurga.
 
untuk menilai ketenang ambil jangka panjang seperti berapa lama dapat sembahyang khusuk, hati rasa lega selalu, emosi mudah dikawal tanpa paksa2, dapat melakukan kebaikan selalu. namun itu semua akan ada ujian dan dugaan sejauh mana ia dapat bertahan jika tidak tahan berarti makhluk durjana masih ada ruang menceroboh.
 
Assalammualaikum

sorry ariez.
just nak tanya..
huraian Pak mail tentang tauhid nie diambil dari kitab Anak Kunci Syurga keR?

cuba tanya pak mail.. sebab pak mail punya huraian lebih kurang cerita dalam kitab anak kunci syurga.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tuan Rishhana,

Setelah bertanya dengan Ustaz Mail, ini lah kali pertama beliau mendengar nama Kitab Anak Kunci Syurga tersebut. Saya lah org pertama yg menyebutnya . Dengan kata lain, Ustaz Mail tidak tau kewujudan Kitab tersebut.

Huraian bab Tauhid yg hampir sama adalah perkara biasa. Mungkin kebetulan je. Wallahhuaklam. Yang penting kita mentauhidkan Allah yang satu..

Terima kasih diatas persoalan tersebut.
 
Assalammualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar"........................

(Khalifah Umar Al-Khatab)
 
Assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Saya telah pun menghubungi seorang penulis buku. Hj Abdul Haji Abdul Halim Abbas. Beliau rupa rupanya ahli Al-Arqam. Semua bukunya telah diharamkan oleh kerajaan. Beliau juga pernah ditahan dibawah ISA. Beliau kini menjadi penceramah bebas.

Segala ilmu bathil yg saya perolehi melalui buku beliau telah berjaya saya pulangkan. Melalui perbualan tersebut, saya rasakan beliau masih berpegang pada ajaran Al-Arqam.

Kenapa mereka mereka ini tidak berubah? Tidak kembali ke pangkal jalan?. Wallahhuaklam
 
Assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Berkaitan dengan pelajar lama yang belum nampak kehadiran makhluk durjana ni mungkin disebabkan oleh faktor dibawah. Ianya mungkin sekadar pendapat saya lah..betul atau tidak, wallahhuaklam :-

1)Ada lagi ambilan ilmu bathil yang belum dipulangkan dan tidak disedari oleh diri sendiri
2)Puasa masa zaman muda muda dulu (selepas baligh)belum habis diganti
3)Fidyah kerana meninggalkan puasa belum dibayar
4)Solat yang tertinggal selepas baligh belum diganti.
5)Masih belum mentauhidkan Allah dengan sebenar benarnya
6)Kita belum bersedia..(Hanya Allah yang Maha Mengetahui sama ada kita sudah bersedia atau tidak)

Wallahhuaklam..Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja... Kesemua faktor diatas ada pada diri saya....

Tetapi kalau berpuasa, solat, kerana untuk nak dapat melihat makhluk durjana tersebut, kita tidak ikhlas melakukannya kerana Allah...Tauhid kita pada Allah adalah longgar...wallahhuaklam..
 
Back
Top
Log in Register