Teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu-sekutunya.(ilmu haq)

Recommended Brokers


mail kacip

Junior Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
64
Reaction score
0
Points
6
Bolehkah Iblis, Syaitan, Jin dan sekutunya dibunuh?

Tentu banyak percangahan pendapat, rata2 kata tak boleh namun ada juga yg kata boleh. bagi yang tak tahu maka tak boleh buat laa, bagi yang tahu maka boleh lakukan laa, bagi yang tak tahu boleh belajar laa, bagi yang tahu boleh ajar laa, bagi yang tutup pintu tak terbuka laa.

Soalan:

1. Ular mahluk atau tidak?
Apa kelemahan ular?

2. Harimau mahluk atau tidak?
Apa kelemahan harimau?

3. Api makhluk atau tidak?
Apa kelemahan api?

4. Iblis, syaitan, jin, bunian mahluk atau tidak?
Apa kelemahan Iblis, syaitan, jin?

setiap makhluk didunia ini ada kelamahannya.

Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”

(Muslim)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untuk merungkai persoalan ini perlukan penerangan dari A sampai Z, sekurang2nya 4 jam masa diperlukan. Dialog bersemuka adalah yang terbaik dan paling berkesan serta boleh terus menguraikan persoalan yang ditimbulkan.

Ada juga rakaman sesi penerangan dalam bentuk DVD jika sukar untuk buat temujanji sebagai alternatif boleh laa menonton rakaman tersebut lebih kurang 4 jam juga. kemudian mana-mana bahagian yang muskil boleh laa di bangkitkan kemudian untuk dileraikan.

kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan rakaman DVD silalah berikan alamat insaallah akan saya poskan.

Semoga Allah beri kita semua bimbingan dan petunjukNya.

MENGAPA SANGAT PENTING SETIAP INDIVIDU PERLU TAHU TEKNIK MEMBUNUH DAN MEMBELASAH MAKHLUK DURJANA?

Dua contoh perbandingan individu yang tahu dan yang tidak tahu teknik membunuh dan menbelasah makhluk durjana.

1. seorang yang warak ahli ibadah, banyak ilmu maklumat belajar sampai mesir ada master, phd, bila di tanya hadis, hukum hakam, ayat al quran lancar menjawab cuma satu perkara yang dia tak tahu bagaimana hendak membinasakan, mengeluarkan makhluk durjana apa akibatnya? apabila makhluk durjana masuk ke dalam tubuhnya lalu membisikkan rasa riak, bangga diri, tidak ikhlas, amarah dan lain2 maka invidu/ulamak tersebut berada pada posisi terbuka untuk dirosakkan oleh makhluk durjana. makin lama makin bertambah berat masalah yang ditanggung sehingga hendak mati juga akan cuba diganggu. bagaimana iman sejati boleh dibina jika dikuasai oleh makhluk durjana, cuma iman pada perkataan tidak masuk kedalam hati.

2. seorang individu tahu teknik membunuh dan membelasah makhluk durjana maka individu ini berada pada posisi tertutup daripada dirosakkan oleh makhluk durjana. apabila makhluk durjana cuba masuk ke dalam tubuh makhluk ini akan di belasah dan dimusnahkan hasilnya makhluk ini gagal membisikkan kejahatan. Iman sejati dapat dipupuk dan dibina makin hari makin mantap imannya.

Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.

Untuk maklumat lanjut layari http://ilmuhaqq.blogspot.com
0193619305
 
Last edited:
Sponsored Post

mail kacip

Junior Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
64
Reaction score
0
Points
6
Salam,
peluang terbuka kepada semua untuk belajar ilmu haq dan batil dan teknik membunuh iblis dan syaitan. Kepada yang mengalami gangguan makluk halus, silalah dengarkan kursus ilmu haq dan batil dan anda boleh mengubatkan diri anda sendiri tanpa perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk sessi perubatan dengan bomoh, pawang dan ustaz. Gangguan termasuk saka, ilmu pengasih, jin, syaitan, hantu, santau, ilmu tuju-tuju, busong, histeria, rasukan, sihir dan pelbagai lagi perkara paranormal yang berlaku diseliling anda. Jimat belanja dan anda akan membuka persepsi baru kepada dunia ini. Dalam mencari ilmu anda insyaAllah akan menemui jalan untuk mencari Allah. Wallahuaklam. klik link dibawah untuk maklumat lanjut.

(dicedok dari post anak murid saya)

isi kandungan DVD boleh di tonton sini.
https://youtu.be/RyGnGuKor5Q
 
Last edited:

gundurowo

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 27, 2007
Messages
8,434
Reaction score
269
Points
81
hmmm..member aku ada gak blaja..tapi tak pasti haq ke hak..(ada ke ilmu hak?:">)

tgk cam best tapi siap ada mandi bunga plak...kata tuk buang sia.l

terus tak jadi nk join...:)):))
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,212
Reaction score
246
Points
73
tt nak promote cd ka letak la harga 2.....
 

mail kacip

Junior Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
64
Reaction score
0
Points
6
salam,
ilmu haq itu ilmu yang benar yang Allah Redha, ilmu batil pula ilmu salah dan Allah tidak redha. itu bermakna hak itu bermaksud kepunyaan , haq pula bermaksud yang benar dan diredhai Allah. Kalau ada mandi-mandi buang ****, itu bukan ilmu haq, itu ilmu lain.
 

mail kacip

Junior Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
64
Reaction score
0
Points
6
Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:
Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu.

Lantas Khalid berkata:
Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu. Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini".15

Inilah berhala-berhala Arab yang paling terkenal pada zaman jahiliah. la disebut oleh al-Quran melalui firman Allah:
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah -mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza". Serta "Manat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anakanakperempuan Allah)? (An-Najm: 19-20)

info diambil dari:
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1087/SIRAH-NABI-MUHAMMAD-S.A.W.-PENGAJARAN-PEDOMAN-P6
 
Last edited:

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,696
Reaction score
145
Points
128
nak cederakan syaitan yg rasuk org penah la aku dgr.. ustaz aku ckp tapi aku xbelajar pn dgn dia..

dia bg basic je
 

mail kacip

Junior Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
64
Reaction score
0
Points
6
tt nak promote cd ka letak la harga 2.....
salam lau kau,
sebenarnya kami tak menjual DVD...kami lebih suka kalau anda dapat berdiskussi face to face dalam mempelajari ilmu haq dan batil serta teknik bunuh iblis dan syaitan. DVD ini untuk orang-orang yang jauh yang tidak dapat meluangkan masa kerana jarak yang jauh dari lokasi rumah saya. saya lebih gemarkan diskussi face to face berbanding menyampaikan melalui DVD. Duit RM 10 itu sebenarnya untuk sumbangan seiklhlas anda. Kos mempos, memproses dvd dan sebagainya. Kalau anda inginkan percuma pun takde masalah.
Layari laman web dibawah untuk penjelasan lanjut.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register