BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perintah Allah supaya beriman kepada Pembawa Cerita & Kitab Hadis?

Status
Not open for further replies.
tak saya hanya ikut alsunnah, syafie.. tinggal qunut pun saya rasa tak selesa.. bila tertiunggal jugak saya wat bod0 jer,,..

kalau saya termasuk kat geng2 mazhab lain pun saya akan ikut syafie gak.. tak peduli orang pelik atau apa.. kerana saya selesa macam ni..

jadi kamu telah mengasingkan diri kamu dgn pendapat pubin..?:)

btw, saya pegang kata2 kamu yg ini..
 
Last edited:
sori yer mgkin kamu salah faham:)

aku bukan mintak tuduhan ini, tetapi tuduhan mengatakan kami ASWJ berbuat jahat dgn suka2 memancung kepala org, memecah belahkan perpaduan.. memaksa dlm beragama dan kafirkan org lain..?:)

gambar yang aku bagi tu buktiler (potong kapla, tangan dan kaki)...
Sunni lawan dengan Syiah..
orang-orang sunni pancung kepala dan potong tangan orang Syiah
nanti Syiah balas balik pula. hehe..
semua ni hasil daripada perpecahan kaum akibat tafsiran hadis berbeza-beza
kalau ikut al-Quran, semua umat Islam bersatu... :D

quranhadis.jpg
 
mydesk,

aku pohon penjelasan dari kamu..

adakah kamu sama mcm pubin yg boleh berubah2..?



sila klik quote asal utk melihat penjelasan dari beliau..

Bagi tahu straight to the point apa yg sama macam pubin yg boleh berubah2 tu... cuba tuliskan...

Takut jadi macam bluedream kata 2 org tu ada yg tak solat Jumaat, tapi tak ada bukti, lepas tu dia tukar pula kepada pendapat...

Saya tahu mahu jawab dlm prasangka... Apa yg sama mcm pubin yg boleh berubah2
 
Bagi tahu straight to the point apa yg sama macam pubin yg boleh berubah2 tu... cuba tuliskan...

Takut jadi macam bluedream kata 2 org tu ada yg tak solat Jumaat, tapi tak ada bukti, lepas tu dia tukar pula kepada pendapat...

Saya tahu mahu jawab dlm prasangka... Apa yg sama mcm pubin yg boleh berubah2

nkau ni manja lah..

kan aku dah bg tau suruh klik pada quote asal pubin utk penjelasan yg lebih lanjut.. aku tidak mahu kamu salah faham..:D

org jawa ckp mentellll... :))
 
maksudkan yang nilah kut..
ikut ibadah mazhab2.. hehe

====

dan saya pula ikut mazhab "ISLAM".. (sbb dalam graph tu Islam kat atas sekali)
tu yang terpaksa tolak saja semua perselisihan dan ikut jer ibadah dia orang
utamakan perpaduan, itulah jalan Khalifah.. hehehe :D

yang pentingnya
1. rukun utama ada dalam ibadah
2. mereka itu orang Islam

800px-Islam_branches_and_schools.svg.png

Sunni itu Islam?
Sunni cabang kepada Islam...

Syiah itu Islam?
Syiah juga cabang kepada Islam...

Khawarij itu Islam?
Khawarij juga cabang kepada Islam...

lain-lain? hehe :D


ni apa ni? hehe..
aku takda isu nak selisih bab solat ni.. (Post #1782)
aku ngan korang, aku solat macam ASWJ
aku ngan syiah, aku solat macam syiah
kalau nak taruh batu, aku taruh batu.. hehe
aku dgn geng tasawuf, aku ikut ibadah dia orang
yang paling utama ialah...
1. rukun2 utama dalam al-Quran ada dalam perlaksanaan ibadah tu sendiri
2. orang itu adalah orang Islam


jadi apa yang aku buat?
aku tak berselisih bab syariat dan jaga perpaduan umat Islam...
dan even objektif thread ni sendiri bukan pasal "isu hablum minallah", dan ada pada Post #4...
format persoalan utama ada pada Post #2 :D

nko takleh terima penjelasan aku?
takda paksa pun, dan takda aku halang cara korang solat.. hehe..
aku ikut solat korang ni.. tak puas hati juga?
jadi kat mana yang nko tak setuju?

lani berbalik pada persoalan "hablum minannas"
isu cerita hadis dijadikan hukum untuk halalkan riba
dan pecahkan perpaduan umat Islam.. (rujuk Post #4)
isu cerita hadis dijadikan sumber hukum Islam, sebagai "neraca keadilan"
al-Quran cakap riba haram, ada pula perbankan Islam.. dan wang kertas
al-Quran cakap kena bersatu dan jaga perpaduan.. korang bermazhab-mazhab, label sana sini..

nko ada perintah Allah untuk jadikan cerita hadis sebagai sumber hukum dalam Islam?

nko ada perintah Allah untuk jadikan umat Islam bermazhab-mazhab?
perintah untuk label-label dan suka-suka kafirkan orang merata tempat? ada perintah Allah?

diharap pubin tunjukkan kaedah penerangan solat yang pubin amalkan... kerana pubin tak pakai penerangan daripada al-sunnah kan..

pubin ikut surah mana? Ar-Rahman: ayat 1-3? Ali-Imran: ayat7?

tolong ye..

solat macam ASWJ pun tiada masalah
asalkan rukun2 dalam al-Quran ada..
namun itu ramai juga yang masih tak faham solat
sebab solat sebenar telah menjadi amat terasing..
haaa betul tu, tahu pun tetapi saja juga nak tanya..
tapi korang tetap tak akan faham..
dan tetap berpegang dengan solat tae kwon do... hehe
patut pun, dah cari hidayah dari tempat selain Allah
buat apa pula Allah nak bagi hidayah? kan? hehe..
sama juga macam doa, dah selama ni tak pernah berdoa kat Allah
buat apa pula pula Allah nak kabulkan doa?
sedangkan dalam al-Quran cakap Allah akan kabulkan doa.. pelik kan? hehe..
so kalau berdoa kepada Allah, GERENTI MAKBUL!!!* (sambung)
lagi satu bab ibadah ini bukan setakat persoalan rukun semata-mata
tambahan pula dgn fakta hari ini...
apa sahaja ibadah termasuklah faktor menjaga "perpaduan," "proses memperbaiki amal"
dan pelbagai faktor lain untuk mencapai "perpaduan," "keseimbangan" dan "keadilan" secara menyeluruh...
mengambil kira sifat awwaliyahnya (cth. solat sunat dan solat fardhu, mana diutamakan? bayar hutang dan pergi umrah, mana diutamakan?)

CUBA FAHAMKAN DI SINI

Konsep perlaksanaan ibadah di dalam al-Quran: (al-Baqarah:67-71)

Peringkat 1

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. sembelih
2. lembu betina

"...Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil..." << sebab question perlaksanaan perintah Allah (minta detail)

Peringkat 2

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman:
Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua
dan tidak terlalu muda
pertengahan (umurnya) di antara itu
maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. pertengahan umur

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur


Peringkat 3

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu warna kuning tua
2. orang suka melihatnya orang suka melihatnya warna kuning tua itu

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu


Peringkat 4

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu?
Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya)
dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang)
dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman
ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
2. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
3. lembu yang tidak cacat
4. lembu yang tidak ada belang pada warnanya

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya


Peringkat 5

Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut
dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

"...hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu...." << iaitu sifat orang-orang munafik


Perbandingan rukun pada Peringkat 1 dan Peringkat 5

Rukun pada Peringkat 1
1. sembelih
2. lembu betina

Rukun pada Peringkat 5
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya


PERSOALAN:

Peringkat 1 sekadar mempunyai (dua) sifat iaitu,
1. sembelih, dan
2. lembu betina.

jika kita andaikan mereka tidak bertanya dan tiada perintah pada Peringkat 2 hingga 4
maka persoalannya ialah...
adakah mereka telah dianggap melaksanakan ibadah korban dengan sekadar mengambil syarat "sembelih" dan "lembu betina" semata-mata
manakala sifat lembu betina itu bercanggah dengan perintah pada Peringat 2 hingga 4, iaitu:

3. pertengahan umur >> sebaliknya lembu tua
4. lembu warna kuning tua >> sebaliknya lembu warna hitam
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu >> sebaliknya lembu yang orang tidak suka melihat
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah >> sebaliknya lembu yang pernah bekerja membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air >> sebaliknya lembu yang pernah bekerja menangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan membajak tanah >> sebaliknya lembu yang teruk bekerja membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan mengangkut air >> sebaliknya lembu yang teruk bekerja menangkut air
10. lembu yang tidak cacat >> sebaliknya lembu yang tiada satu kaki dan buta
11. lembu yang tidak ada belang >> sebaliknya berbelang-belang akibat sesuatu...
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya >> sebaliknya berbelang-belang warnanya...


Adakah sudah dianggap korban yang sempurna dan mengikut perintah Allah?

Andaikata mereka tidak banyak bertanya sehingga Peringkat 2 hingga 4..
Allah telah pun menerima korban mereka dengan sifat "sembelihan" dan "lembu betina" semata-mata
ianya telah dianggap mematuhi perintah Allah (walaupun tanpa rukun-rukun selepasnya)
walaupun sifat-sifat selainnya bercanggah dengan perintah Allah selepasnya (selepas tetap bertanya dan berselisih dgn perintah Allah)...

banyak penerangan ibadah di dalam al-Quran adalah bersifat "objektif" (isu utama)
dan bukan "practicality" (bukan kulit)
persoalan "objektif" itu untuk yg orang-orang yang berakal, kena berfikir
dan persoalan "practicality" utk orang-orang yang jahil dan tidak berakal
tiru bulat2 agama nenek moyang dan seperti keldai membawa kitab2
kera pandai meniru sajer, dan keldai penat saja usung kitab, tapi tak faham.. :D

Sama seperti sekarang...
"Peringkat 1" adalah seumpama "segala perintah Allah di dalam al-Quran" pada hari ini
dan Allah memberikan beberapa rukun utama dan objektif solat "mengingati Allah" dan "mencegah keji dan mungkar dalam diri"
umat Islam bebas melakukan apa sahaja yang "tindakan yang dianggap adil" bagi perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran
kenapa pula ianya menjadi "satu kesalahan"
bagi perkara yang Allah tidak nyatakan di dalam al-Quran?
(sehingga dikafirkan, munafik, sesat etc)

Jika pun ia benar sebagai satu kesalahan, Allah telah mengatakan akan mengampunkannya....
(fikir bagaimana Allah memudahkan syariat supaya agama Islam itu menjadi luas,
bukan menyempitkannya sehingga ramai orang Islam dilabelkan kafir dan terkeluar daripada Islam
hanya orang kafir dan munafik yang gemar menyusahkan perintah Allah dan menyempitkan agama Islam
supaya mereka boleh mengawal "kuasa pemerintahan" - create faktor yang tidak berupaya difahami oleh semua orang
contoh: untuk menjadi orang Islam yang sempurna dah seumpama belajar membuat roket pula)


Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar
..."
(Al-Maidah:101)

ada yang mahu beriman dengan ayat di atas?
ayat di atas mengandungi perkataan "JANGAN" (larangan Allah)...

ini dipertegaskan lagi dengan larangan umat Islam berbantah ke atas persoalan syariat Allah (persoalan hablum minallah)

Larangan Allah umat Islam berbantah ke atas perkara syariat

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”. (Al-Hajj.67-68)

PENDAPAT PERIBADI

"Tiap-tiap umat" = umat dahulu orang Islam?
maksudnya = nabi-nabi terdahulu orang Islam?

"...Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku...." (al-Anbiya:21)

"Kami adakan satu syariat" = Allah adakan satu syariat (dan syariat Allah = al-Quran = syariat Nabi)
maksudnya = Bukannya pihak selain Allah yang patut adakan satu syariat

"janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu" = janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaat Allah
maksudnya = jangan berselisih mengenai urusan syariat

"serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu" = serulah kepada perpaduan umat = cari persamaan, dan jangan cari perbezaan (berselisih dgn perbezaan hadis dan tafsiran ke atas hablum minallah), dan itulah lebih kepada "jalan yang lurus dan benar"

Jawapan kepada orang yang suka berselisih mengenai urusan hablum minallah
"jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya"

tambahan lagi dan dalam keadaan campurtangan musuh-musuh Islam..
siapa yang dapat memastikan 100% solat hari ini seperti Rasulullah SAW?
di dalam ASWJ sahaja terdapat pelbagai mazhab dan percanggahan
dan ini tidak termasuk lagi dengan mazhab syiah, wahabi, muktazilah dan lain-lai...
oleh itu adakah perlu berselisih atas urusan syariat?

(Sebahagian dari) mereka akan berkata:
“Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “
dan setengahnya pula berkata:
”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”
secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui
dan setengahnya yang lain berkata:
“Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka
tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”
Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran)
dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

(al-Kahf:22)

apakah pula pendapat kamu bagi golongan yang meninggalkan larangan Allah yang jelas dan keutamaan sebenar
serta gemar berselisih mengenai persoalan ibadah (hablum minallah) berbanding menjaga perpaduan dan keadilan (hablum minannas)?

Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”(Al-Hajj.67-68)

atas alasan utk bersatu dan jaga perpaduan maka nko boleh berubah2...:o
teringat makhluk jahat citer xmen yg kaler biru...

[...]maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj.67-68)

jangan berbantah atas urusan syariat
"serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu", serulah kepada perpaduan umat dan manusia, keadilan
cari persamaan, jangan cari perbezaan...
kembalikan segala perselisihan kepada al-Quran
itulah jalan yang lurus...
itulah juga jalan seorang "Khalifah"
menyatukan semua makhluk Allah, dan melaksanakan keadilan kepada semua kaum
jalan syaitan pula memecahbelahkan perpaduan
dan melaksanakan keadilan kepada satu kaum sahaja (kaum syaitan)
kaum yang lain semua dizalimi...

[...]Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.[/B]. (Al-Hajj.67-68)

tapi apa yang nkorang buat?

DSC01732%2Bcopy.jpg

Namun itu dan melalui hadis, terdapat pelbagai tafsiran sehingga umat berpecah belah. Bukan setakat itu, malahan fatwa di Malaysia sendiri berbeza daripada negeri dengan negeri lain. Jika pada zaman Rasulullah saw agama Islam itu luas dan boleh diterima oleh bangsa daripada pelbagai latarbelakang serta nilai kemasyarakatan, sebaliknya pada hari ini, agama Islam itu menjadi tersangat sempit.

Jika dahulunya agama Islam mudah berkembang, pada hari ini malahan mereka yang berbangsa cina dan india tidak tertarik lansung untuk memeluk agama Islam walaupun telah ratusan tahun bermasyarakat dengan orang Islam. Agama Islam itu telah disempitkan, dan pada hari ini, agama Islam menjadi teramat sempit sehingga orang Islam sendiri tidak lagi dapat berpayung di bawah agama Islam.

Umat Islam dilarang sama sekali menggunakan akal dan akan dilabelkan sebagai kafir apabila mempersoalkan hadis. Ini kemudiannya cuba dikuatkuasakan oleh undang-undang. Akhirnya Islam berpecah-pecah menjadi puak dan madzhab mengikut tafsiran hadis masing-masing, yang mana tujuannya ialah untuk menyempitkan agama melalui peraturan-peraturan yang sangat ketat. Akhirnya umat Islam akan berperang sesama sendiri dan tidak dapat mempertahankan serangan orang kafir. Golongan-golongan yang kecil ini akan tewas dengan serangan orang kafir dan menjadi hamba kepada orang kafir.

Jika Islam bercirikan sebegini, maka semenjak dahulu lagi ianya tidak dapat dikembangkan kerana mengandungi peraturan-peraturan yang teramat ketat. Berbeza dengan cerita dongeng, Allah Taala memberikan kebebasan di dalam al-Quran dan agama Islam itu menjadi tersangat mudah dan luas. Pelbagai bangsa tanpa mengira latarbelakang masyarakat dapat menganuti agama Islam. Ini kerana mereka dapat melihat nilai-nilai kehidupan yang sama dan lebih baik terkandung di dalam agama Islam. Allah Taala malahan memaafkan mana-mana perbuatan salah yang tidak terkandung di dalam al-Quran supaya agama itu menjadi luas dan boleh dikongsi oleh pelbagai bangsa yang berlainan pemikiran dan cara hidup.

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar..." (Al-Maidah:101)

kenapa berselisih sedangkan Allah bagi "kebebasan beragama" tanpa syarat
sepertimana kita tak suka orang paksa kita menganut agama lain..
macam tulah juga orang pun tak suka kita paksa orang ikut fahaman kita saja..
jadi kembali kepada al-Quran, buang semua perselisihan...
tak usah ler berselisih bab isu-isu syariat
urusan hablum minallah ni, siapa yang mampu campur tangan?
siapa yang mampu confirm Allah tak terima ibadah orang-orang tertentu?
kita pula nak jadi Tuhan? orang hebat ler nie.. hehe

Perintah Allah mengenai kebebasan beragama dan pendapat di dalam Al-Quran

Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (2.256)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (88.21-26)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai mereka. (39.41)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18.29)

Rasulullah SAW pun tiada kuasa paksa orang utk beriman...
kita pula nak jadi lagi hebat daripada Rasulullah SAW
dan paksa orang untuk beriman cara kita?
nak kafirkan dan pancung orang sesuka hati?
munasabah ker ni?

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya
kepada tali Allah
dan janganlah kamu bercerai-berai

Ali Imran, 3:103

Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada
kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah
dan tali dengan manusia

Ali Imran, 3:112
 
Last edited:
gambar yang aku bagi tu buktiler (potong kapla, tangan dan kaki)...
Sunni lawan dengan Syiah..
orang-orang sunni pancung kepala dan potong tangan orang Syiah
nanti Syiah balas balik pula. hehe..
semua ni hasil daripada perpecahan kaum akibat tafsiran hadis berbeza-beza
kalau ikut al-Quran, semua umat Islam bersatu... :D

quranhadis.jpg

aku terus terang ckp ler.. setakat benda mcm tu yg nkau tunjuk bg ku ibarat sampah jer..

kalau aku boleh menafikan tuduhan nkau dan punyai bukti nkau nk buat camana..?

ps; aku amik bukti dlm ni CG, aswj dan syiah bersatu dlm ni CG..:D
 
Allah itu satu (1)
jalan Allah itu satu (1)
perpaduan itu juga satu (1)
(dari yang berbilang bangsa menjadi satu kaum, iaitu manusia)

Syaitan itu banyak
jalan syaitan itu juga banyak..
perpecahan itu juga banyak..:D
(dari yang berbilang bangsa menjadi lebih banyak dan berkaum-kaum)
 
Last edited:
aku terus terang ckp ler.. setakat benda mcm tu yg nkau tunjuk bg ku ibarat sampah jer..

kalau aku boleh menafikan tuduhan nkau dan punyai bukti nkau nk buat camana..?

ps; aku amik bukti dlm ni CG, aswj dan syiah bersatu dlm ni CG..:D

bukti banyak.. nko google ler sendiri...
takkan dunia nko dalam "CariGold" jer
soklan remeh temeh.. hehe :eek:
 
Bagi tahu straight to the point apa yg sama macam pubin yg boleh berubah2 tu... cuba tuliskan...

Takut jadi macam bluedream kata 2 org tu ada yg tak solat Jumaat, tapi tak ada bukti, lepas tu dia tukar pula kepada pendapat...

Saya tahu mahu jawab dlm prasangka... Apa yg sama mcm pubin yg boleh berubah2

atas alasan utk bersatu dan jaga perpaduan maka nko boleh berubah2...:o
teringat makhluk jahat citer xmen yg kaler biru...

Takkan tak tau kot yang boleh berubah2 tu ape?:-?

yang ni kot.. :eek:

RebeccaRomijns.jpg
 
maksudkan yang nilah kut..
ikut ibadah mazhab2.. hehe

====

dan saya pula ikut mazhab "ISLAM".. (sbb dalam graph tu Islam kat atas sekali)
tu yang terpaksa tolak saja semua perselisihan dan ikut jer ibadah dia orang
utamakan perpaduan, itulah jalan Khalifah.. hehehe :D

yang pentingnya
1. rukun utama ada dalam ibadah
2. mereka itu orang Islam

800px-Islam_branches_and_schools.svg.png

Sunni itu Islam?
Sunni cabang kepada Islam...

Syiah itu Islam?
Syiah juga cabang kepada Islam...

Khawarij itu Islam?
Khawarij juga cabang kepada Islam...

lain-lain? hehe :D



... Ajaran GAH pulak nko letak kat bahagian mana pubin ? kat bawah celah ketiak papabaik ka ? atau boleh masuk celah ketiak mana2 mazhab macam ko solat tu :-?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register