BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

♪☆\(^0^\) Fakta Menarik!! -updated in 1st page-(/^-^)/☆♪

#:-S#:-S#:-S
bnyk btol yg aku xtaw..

tp aku ag xtaw nk bce ke x..
manyak sgguh myra oi..:">:">
 
('-'*) Tahukah Anda...10

* "... bahawa Malaysia mengakui hak cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan?"

* "... bahawa halang penyalinan merupakan teknologi bagi menghalang penyalinan atur cara, wayang, muzik, dan media lain yang berhakcipta tanpa kebenaran?"

* "... bahawa sistem matematik Babylon merupakan sistem angka perenam-puluhan (asas-60)?"

* "... bahawa Terumbu Sawar Besar ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia?"

* "... bahawa faedah sebenarnya ialah suatu yuran yang dibayar bagi modal yang dipinjam?"

* "... bahawa dongle biasa digunakan sebagai pengesahan atur cara komputer?"

* "... bahawa pesawat Mikoyan MiG-29 berasal dari program yang sama dengan Sukhoi Su-27?"

* "... bahawa Zaman Meleset dikatakan tamat di ambang Perang Dunia II disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi?"

* "... bahawa baja seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun?"

* "... bahawa lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada?"

* "... bahawa kitab Al-Tasrif menjadi panduan untuk para doktor dan pembedah dalam Dunia Islam dan Zaman Pertengahan Eropah selama enam abad?"

* "... bahawa plumbum merupakan neurotoksin yang sangat berbahaya?"

* "... bahawa umang-umang melindungi dirinya dengan memakai cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain?"

* "... bahawa brek menghentikan kenderaan dengan menukar tenaga kinetik kepada haba?"

* "... bahawa dua ahli terbesar Kumpulan Tempatan ialah Bima Sakti dan Galaksi Andromeda?"

* "... bahawa walaupun kewujudan Chengdu J-10 telah lama diperkatakan, kerajaan China tidak pernah mengakuinya sehinggalah awal 2007?"

* "... bahawa kebanyakan monorel menggunakan roda getah?"

* "... bahawa bagi vertebrat, abdomen membentuk bahagian badan antara toraks dan pelvis?"

* "... bahawa Indeks Pembangunan Insan mengukur pencapaian purata sesebuah negara dalam tiga aspek, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup?"

* "... bahawa orang celik huruf secara amnya lebih tinggi darjat sosioekonominya dari orang buta huruf?"
 
('-'*) Tahukah Anda...11

* "... bahawa Rumah Putih Rusia menempatkan kerajaan pusat Rusia?"

* "... bahawa istilah Tirai Besi merupakan "sempadan" ideologi di antara Blok Komunis dan Blok Kapitalis di Eropah semasa Perang Dingin?"

* "... bahawa adalah sukar bagi pemandu untuk mematuhi had laju berikutan ralat pada meter laju?"

* "... bahawa melamina digunakan sebagai baja tanaman kerana kandungan nitrogennya yang tinggi?"

* "... bahawa lesen perisian bebas menyerahkan hak kepada si penerima untuk mengubah suai dan mengedarkan semula perisian bebas kepada orang lain tanpa terikat dengan undang-undang hak cipta?"

* "... bahawa bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori?"

* "... bahawa semua tarantula boleh mengeluarkan sutera?"

* "... bahawa Galaksi Andromeda merupakan objek yang terjauh boleh dilihat dengan mata kasar, dan boleh dilihat dari kawasan bandar?"

* "... bahawa pesawat F-14 Tomcat dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat tetapi kini dipercayai hanya digunakan oleh tentera udara Iran?"

* "... bahawa titik G wanita terangsang ketika hubungan seks, ia akan menyebabkan sensasi kenikmatan seperti puncak syahwat?"

* "... bahawa sistem liga bola sepak Inggeris mempunyai lebih dari 7,000 kelab ahli dalam 140 liga?"

* "... bahawa sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal?"

* "... bahawa program PALAPES bertujuan melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia?"

* "... bahawa menurut Kitab Bible, sebelum Menara Babel dibina seluruh umat manusia bercakap dalam bahasa yang satu?"

* "... bahawa dinamit dicipta oleh Alfred Bernhard Nobel?"

* "... bahawa hampir kesemua motosikal skuter moden menggunakan penghidup elektrik?"

* "... bahawa cakera but ialah sebuah bahantara storan data digital boleh alih yang diperlukan komputer untuk memuat dan menjalankan sesebuah sistem pengendalian?"

* "... bahawa dalam menulis nombor Mach, angkanya diletakkan selepas unit?"

* "... bahawa dalam matematik, set ialah konsep bagi sekumpulan benda?"

* "... bahawa Laluan Persekutuan Malaysia 1 dibina oleh kerajaan British semasa zaman penjajahan?"
 
('-'*) Tahukah Anda...12

* "... bahawa sistem transmisi boleh laras berterusan membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya?"

* "... bahawa pesawat penguasaan udara merupakan sebuah pesawat pejuang yang berperanan untuk memasuki dan menguasai ruang udara musuh?"

* "... bahawa dalam konteks Muslim, pengajian Islam termasuk semua bentuk fikiran agama tradisional dan bidang yang umumnya dianggap sekular di Barat?"

* "... bahawa proses overclock memaksa suatu komponen komputer bergerak pada kadar jam yang lebih tinggi berbanding yang ditetapkan oleh pengeluar?"

* "... bahawa konsep persahabatan juga dapat ditemui antara haiwan?"

* "... bahawa Metallica merupakan satu-satunya kumpulan muzik yang albumnya mencapai nombor satu dalam carta Billboard 200 sebanyak lima kali berturut-turut?"

* "... bahawa empirisisme ialah suatu aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi berdasarkan pengalaman?"

* "... bahawa Pestabola Merdeka merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang tertua di Asia?"

* "... bahawa dalam common law, sesuatu dakwaan boleh digugurkan sekiranya bukti prima facie gagal dikemukakan?"

* "... bahawa penghidup elektrik merupakan sebuah motor elektrik yang memberikan pergerakan putaran pada enjin pembakaran dalaman?"

* "... bahawa tiada satu takrifan pengganasan yang disetujui sejagat?"

* "... bahawa aurat wanita dalam Islam berubah mengikut situasi?"

* "... bahawa daya nukleus kuat ialah daya yang mengekalkan kuark dan gluon bersama untuk membentuk proton dan neutron?"

* "... bahawa nasi kandar mendapat namanya dari zaman di mana penjaja nasi menggalas (mengandar) batang kayu yang menggantung dua bekas nasi?"

* "... bahawa bukan semua aksara hieroglif Mesir melambangkan huruf, ada yang melambangkan perkataan penuh?"

* "... bahawa model petala nuklear merupakan model bagi nukleus atom yang menggunakan prinsip Pauli untuk menerangkan struktur nukleus?"

* "... bahawa F-86 Sabre merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan?"

* "... bahawa Waktu Piawai India dihitung berdasarkan longitud 82.5° T yang terletak di barat kota Mirzapur?"

* "... bahawa perkhidmatan Gmail hingga kini masih lagi dalam tahap beta?"

* "... bahawa Abrahah pernah membina sebuah gereja besar di Sana'a, untuk menyaingi Kaabah di Makkah?"
 
('-'*) Tahukah Anda...13

* "... bahawa pada awalnya, pesawat Dassault Mirage F1 hanya dilengkapi dengan dua buah meriam 30 mm?"

* "... bahawa biokejuruteraan ialah aplikasi kejuruteraan dalam mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan biologi dan perubatan?"

* "... bahawa pulau kestabilan menerangkan kemungkinan bagi unsur untuk stabil dengan "nombor ajaib" bagi proton dan neutron?"

* "... bahawa enjin diesel (dan diesel) dinamakan bersempena penciptanya Dr. Rudolf Diesel?"

* "... bahawa Siddhartha Gautama dipercayai dilahirkan di Lumbini, Nepal?"

* "... bahawa Proteobacteria ialah sebuah filum utama bakteria?"

* "... bahawa penjualan sushi siap hidang dalam piring-piring kecil yang beredar di atas meja pusing dikenali sebagai Kaitenzushi?"

* "... bahawa peranan utama helikopter penyerang kini ialah memberi sokongan udara dekat kepada pasukan darat dan anti kereta kebal?"

* "... bahawa anak bulan ialah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari?"

* "... bahawa ulat tiket di Hentian Puduraya sering menjual tiket palsu walaupun pangkalan ronda polis stesen terletak hanya di seberang kaunter tiket?"

* "... bahawa bulan biru akan berlaku setiap dua atau tiga tahun sekali?"

* "... bahawa sebarang pesawat udara yang boleh melakukan pemerhatian maklumat visual atau pembebasan elektronik layak menjadi pesawat pengawasan?"

* "... bahawa kuark turun boleh mereput kepada kuark naik menerusi tindakan bersaling lemah?"

* "... bahawa helikopter penyerang AH-64 Apache dipertingkatkan menjadi Westland WAH-64 Apache untuk kegunaan Tentera Darat British?"

* "... bahawa pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik?"

* "... bahawa bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya?"

* "... bahawa pesawat pejuang Panavia Tornado dibangunkan secara bersama oleh United Kingdom, Jerman Barat dan Itali?"

* "... bahawa Haji Badal ialah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain?"

* "... bahawa rangkaian kawasan luas biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang jauh?"

* "... bahawa plag dan soket BS 1363 direka untuk membawa voltan AC 240 V 50 Hz, dengan nilai maksimum arus 13 A?"
 
Back
Top
Log in Register