BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

♪☆\(^0^\) Fakta Menarik!! -updated in 1st page-(/^-^)/☆♪

('-'*) Tahukah Anda...4

* "... bahawa guli boleh dimainkan secara sendiri, atau dalam permainan lain?"

* "... bahawa protokol HSDPA kini menyokong kelajuan pindah turun sehingga 14.4 Mbit/s?"

* "... bahawa di sesetengah tempat, dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon?"

* "... bahawa karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil, manakala enjin lebih besar menggunakan suntikan bahan api?"

* "... bahawa dalam perlumbaan kereta, tiga pemandu teratas dalam satu perlumbaan akan menerima trofi di atas podium?"

* "... bahawa modulasi frekuensi adalah satu-satunya kaedah munasabah bagi merakam atau menerima video dari pita magnet tanpa herotan yang keterlaluan?"

* "... bahawa politik kiri kanan ialah satu cara biasa mengelaskan pendirian, ideologi atau parti politik sepanjang spektrum politik satu dimensi?"

* "... bahawa sesetengah kawasan bebas tentera menjadi kawasan simpanan hidupan liar tanpa disengajakan?"

* "... bahawa Tompok Merah Besar di Musytari sebenarnya adalah ribut?"

* "... bahawa pemikiran Muktazilah sering disebut aliran rasionalis Islam?"

* "... bahawa golongan Khawarij merancang untuk membunuh kedua-dua Muawiyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali?"

* "... bahawa kecuali dari konteks jenayah bio, senjata biologi tidak berguna bagi tentera?"

* "... bahawa kejutan budaya timbul akibat kesukaran dalam mengasimilasi kebudayaan baru?"

* "... bahawa Nintendo Entertainment System merupakan konsol permainan video Nintendo paling laris sehingga kini?"

* "... bahawa Empayar Byzantine bermula apabila Constantine I memindahkan Empayar Rom ke Byzantium?"

* "... bahawa kipas komputer kini biasa digunakan dalam pendinginan komputer?"

* "... bahawa permainan pakar Go boleh memakan masa beberapa hari?"

* "... bahawa hubungan antarabangsa merupakan cabangan sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa?"

* "... bahawa Sukhoi Su-30 direka sebagai pesawat penguasaan udara tetapi juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat?"

* "... bahawa Koyakan Besar merupakan hipotesis kosmologi mengenai nasib muktamad alam semesta?"
 
('-'*) Tahukah Anda...5

* "... bahawa dalam siri Harry Potter, Hogsmeade merupakan satu-satunya perkampungan di England yang kesemua penduduknya merupakan ahli sihir?"

* "... bahawa penarafan oktana adalah tahap ketahanan bahan api daripada ketukan berbanding campuran iso-oktana dan n-heptana?"

* "... bahawa pesawat Dassault Rafale cuma mula dibangunkan selepas Perancis menarik diri dari projek Eurofighter Typhoon?"

* "... bahawa rasa masam dalam makanan adalah disebabkan oleh asid asetik?"

* "... bahawa motosikal sport menumpukan lebih ke arah prestasi daripada keselesaan atau muatan?"

* "... bahawa kebanyakan Autobahn Jerman tiada had laju maksimum?"

* "... bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?"

* "... bahawa H.264/MPEG-4 AVC ialah satu piawaian pemampatan video yang berusaha menghasilkan mutu video yang bagus pada kadar bit yang jauh lebih rendah berbanding piawaian terawal?"

* "... bahawa Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air?"

* "... bahawa Amerika Syarikat tertubuh akibat koloni Inggeris di benua Amerika menentang cukai?"

* "... bahawa istilah fundamentalisme pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada beberapa kumpulan dalam komuniti Protestan di Amerika Syarikat?"

* "... bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi?"

* "... bahawa kadar pertukaran suatu mata wang boleh berubah-ubah berbanding wang lain dan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran?"

* "... bahawa unit antarabangsa isi padu ialah meter padu, bukan liter?"

* "... bahawa amalan kesihatan pengairan hidung membabitkan pembanjiran rongga hidung dengan air garam suam?"

* "... bahawa Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim?"

* "... bahawa kebanyakan hamba di Amerika Syarikat dahulu adalah bangsa kulit hitam dan dipunyai oleh tuan kulit putih?"

* "... bahawa piawaian MPEG-1 merupakan format audio/video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia?"

* "... bahawa Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia?"

* "... bahawa air tulen adalah air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran?"
 
('-'*) Tahukah Anda...6

* "... bahawa objek astronomi adalah entiti atau objek yang disahkan sains sekarang sebagai wujud di angkasa lepas?"

* "... bahawa Lebuhraya Pan Amerika adalah jalan raya kenderaan bermotor terpanjang di dunia?"

* "... bahawa enjin General Electric F404 dibangunkan GE untuk pesawat F/A-18 Hornet?"

* "... bahawa pertanian tepat adalah melakukan aktiviti pertanian dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul?"

* "... bahawa Perang Salib Keempat asalnya dirancang untuk menawan Jerusalem dari orang Islam, tetapi akhirnya tentera salib menyerang dan menawan Constantinople, ibu negara Empayar Byzantine?"

* "... bahawa terdapat versi khusus pesawat Dassault Mirage 2000 untuk melancarkan serangan nuklear?"

* "... bahawa bandar Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?"

* "... bahawa akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik?"

* "... bahawa badan kereta Lotus Elise dibina menggunakan gentian kaca di atas tetulang aluminium?"

* "... bahawa dalam mitologi Mesopotamia, Dewa Enlil bertanggungjawab memisahkan langit dan bumi?"

* "... bahawa jarak capaian WiMAX yang jauh menjadikannya sesuai untuk menghubungkan hotspot Wi-Fi dengan satu sama lain?"

* "... bahawa Kejohanan Dunia BWF untuk badminton dilangsungkan setiap tahun kecuali tahun Olimpik?"

* "... bahawa Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan merupakan sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berteraskan Kesatuan Eropah?"

* "... bahawa teknologi pemasaan injap boleh laras membolehkan bukaan pemasaan bagi injap masukan atau ekzos diubah semasa enjin beroperasi?"

* "... bahawa burung Kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup?"

* "... bahawa tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, Sungai Furat dan Tigris?"

* "... bahawa sesetengah mimbar dibina ke dalam dinding masjid, manakala yang lain pula dibina berasingan di tepi mihrab?"

* "... bahawa peti lampu diperkenalkan sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang di UK dan Ireland?"

* "... bahawa cerita cinta klasik Laila dan Majnun adalah berdasarkan kisah benar?"

* "... bahawa hanya separuh ahli Bundestag mewakili kawasan parlimen, manakala separuh lagi mewakili parti politik?"
 
('-'*) Tahukah Anda...7

* "... bahawa Bangunan Empire State adalah bangunan tertinggi di New York selepas runtuhnya World Trade Center?"

* "... bahawa ahli Dewan Perwakilan Australia dilantik berkhidmat untuk tidak lebih daripada tiga tahun sahaja?"

* "... bahawa falseto merujuk kepada daftar vokal yang memenuhi julat frekuensi di atas mod daftar suara dan juga yang bertindan dengannya oleh sekurang-kurangnya satu oktaf?"

* "... bahawa dalam membina kereta kebal Leclerc, penekanan diberikan untuk memiliki perlindungan aktif, berbeza dengan kebanyakan program negara Barat lain?"

* "... bahawa segi tiga Pascal menentukan pekali yang timbul dalam pengembangan binomial?"

* "... bahawa Maoisme ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu Mao Zedong?"

* "... bahawa dalam dunia Harry Potter, Posyen Polijus sangat jarang digunakan?"

* "... bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan angkatan tentera udara yang terbesar dan mempunyai teknologi termaju di dunia?"

* "... bahawa indeks harga pengguna merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi?"

* "... bahawa optoelektronik mengkaji peralatan dan kelengkapan elektronik yang memanipulasi perubahan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan sebaliknya?"

* "... bahawa Metro Kaherah adalah satu-satunya sistem metro lengkap di Afrika?"

* "... bahawa peleraian paparan komputer adalah lebih tinggi dari televisyen?"

* "... Diego Maradona menjaringkan Gol Tangan Tuhan dan Gol Abad Ini dalam perlawanan yang sama?"

* "... bahawa antara ciri utama reka bentuk Sukhoi Su-34 ialah keselesaan dua juruterbangnya??"

* "... bahawa sejarah dunia, menurut kelaziman, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini?"

* "... bahawa pesawat Vickers Warwick boleh digunakan sebagai pengebom atau penyelamat udara-laut?"

* "... bahawa animasi Avatar: The Last Airbender banyak mengambil seni dan mitologi Asia meskipun dihasilkan di Amerika Syarikat?"

* "... taraf politik Taiwan bergantung pada sama ada Taiwan kekal sebagai wilayah Republik China, disatukan semula dalam Republik Rakyat China atau mengisytiharkan kemerdekaan menjadi Republik Taiwan?"

* "... bahawa sesetengah stesen minyak turut menyediakan bengkel kereta?"

* "... bahawa fotonik ialah bidang aplikasi fizik yang menjana, mengawal dan mengesan foton?"
 
('-'*) Tahukah Anda...8

* "... bahawa sesetengah kawasan rehat dan rawat turut mempunyai arked permainan video, pusat rekreasi, serta capaian Internet?"

* "... bahawa Messerschmitt Me 323 merupakan pesawat pengangkut darat terbesar semasa Perang Dunia II?"

* "... dalam kisah Ashabul Kahfi, tujuh pemuda tidur selama beratus-ratus tahun?"

* "... bahawa Kepten dalam Tentera Laut Diraja Malaysia lebih kanan dari Kapten Tentera Darat?"

* "... bahawa 1080i ialah satu mod video televisyen definisi tinggi?"

* "... bahawa Pemberontakan Panthay telah menyebabkan kematian sejuta orang di Yunnan?"

* "... bahawa terdapat beberapa nilai takrifan kuasa kuda yang digunakan secara meluas?"

* "... bahawa hak untuk memiliki dan memegang senjata rakyat A.S. dilindungi oleh Perakuan Hak Amerika Syarikat?"

* "... bahawa nilon dicipta sebagai gantian sutera?"

* "... bahawa avatar dalam agama Hindu adalah penjelmaan semula Tuhan?"

* "... bahawa Holy Grail merupakan sejenis pinggan, cawan atau mangkuk yang digunakan oleh Jesus dalam Makan Terakhir?"

* "... bahawa bayi baru lahir memerlukan sehingga 18 jam tidur?"

* "... bahawa kelajuan pesawat enjin turboprop boleh mencapai 500 knot?"

* "... bahawa propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan ramai?"

* "... bahawa reka bentuk pesawat pejuang F/A-18 Hornet mengambil kira keperluan penyelenggaraan?"

* "... bahawa perisian penggunaan merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer bagi melaksanakan tugasan?"

* "... bahawa pesawat serang darat F-15E Strike Eagle merupakan terbitan pesawat penguasaan udara F-15 Eagle?"

* "... bahawa scanlation lazimnya diedarkan secara percuma melalui Internet?"

* "... bahawa tiada syarat khusus yang diterima umum bagi membezakan bahasa dan loghat?"

* "... bahawa pelindung cahaya matahari pertama yang digunakan secara meluas dikeluarkan oleh seorang askar?"
 
('-'*) Tahukah Anda...9

* "... bahawa satelit buatan memerlukan perejangan untuk kekal di dalam orbitnya?"

* "... bahawa budaya hippie bermula di Amerika Syarikat pada era 1960-an?"

* "... bahawa pencerobohan biotik merupakan salah satu faktor utama kehilangan biodiversiti sejagat dan semakin meningkat akibat pelancongan dan globalisasi?"

* "... bahawa teks Perjanjian Lama Vulgata diterjemahkan terus dari bahasa Ibrani dari teks Tanakh Masoretis?"

* "... bahawa sangkar Faraday adalah ruang bertutup yang berfungsi menyekat medan elektrik statik luaran?"

* "... bahawa garisan longitud digunakan untuk menentukan zon waktu?"

* "... bahawa lagu Mamula Moon dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Negaraku?"

* "... bahawa air terjun Niagara sebenarnya terdiri daripada tiga buah air terjun?"

* "... bahawa motosikal Yamaha YZF-R1 menggunakan enjin 5 injap sesilinder sehingga keluaran tahun 2006?"

* "... bahawa London Underground merupakan sistem metro tertua di dunia?"

* "... bahawa Oryx memiliki profil tanduk sekata, sehingga jika dilihat pada sisi, kelihatannya seperti memiliki tanduk tunggal?"

* "... bahawa melalui endoskopi doktor boleh melihat ke dalam badan seseorang?"

* "... bahawa kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz merupakan kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia?"

* "... bahawa geometri Euclid merupakan satu sistem aksioman, yang mana semua teorem adalah diambil daripada satu bilangan aksiom-aksiom yang terhingga?"

* "... bahawa Andes membentuk banjaran pergunungan terbuka yang terpanjang di dunia?"

* "... bahawa warisan serasi IBM PC merupakan majoriti mikrokomputer di pasaran masa kini?"

* "... bahawa sebelum wujudnya Konvensyen Berne, undang-undang hak cipta sesuatu negara lazimnya hanya dikenakan terhadap karya yang dikarang di negara tersebut?"

* "... bahawa Tasik-Tasik Besar membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia?"

* "... bahawa di Malaysia, motosikal Yamaha RX-Z sering dikaitkan dengan gejala lumba haram Mat Rempit?"

* "... bahawa di Dunia Islam, kurma secara tradisionalnya merupakan hidangan pertama ketika berbuka puasa semasa Ramadan?"
 
Back
Top
Log in Register