('-'*) Tahukah Anda...6
* "... bahawa objek astronomi adalah entiti atau objek yang disahkan sains sekarang sebagai wujud di angkasa lepas?"
* "... bahawa Lebuhraya Pan Amerika adalah jalan raya kenderaan bermotor terpanjang di dunia?"
* "... bahawa enjin General Electric F404 dibangunkan GE untuk pesawat F/A-18 Hornet?"
* "... bahawa pertanian tepat adalah melakukan aktiviti pertanian dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul?"
* "... bahawa Perang Salib Keempat asalnya dirancang untuk menawan Jerusalem dari orang Islam, tetapi akhirnya tentera salib menyerang dan menawan Constantinople, ibu negara Empayar Byzantine?"
* "... bahawa terdapat versi khusus pesawat Dassault Mirage 2000 untuk melancarkan serangan nuklear?"
* "... bahawa bandar Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?"
* "... bahawa akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik?"
* "... bahawa badan kereta Lotus Elise dibina menggunakan gentian kaca di atas tetulang aluminium?"
* "... bahawa dalam mitologi Mesopotamia, Dewa Enlil bertanggungjawab memisahkan langit dan bumi?"
* "... bahawa jarak capaian WiMAX yang jauh menjadikannya sesuai untuk menghubungkan hotspot Wi-Fi dengan satu sama lain?"
* "... bahawa Kejohanan Dunia BWF untuk badminton dilangsungkan setiap tahun kecuali tahun Olimpik?"
* "... bahawa Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan merupakan sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berteraskan Kesatuan Eropah?"
* "... bahawa teknologi pemasaan injap boleh laras membolehkan bukaan pemasaan bagi injap masukan atau ekzos diubah semasa enjin beroperasi?"
* "... bahawa burung Kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup?"
* "... bahawa tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, Sungai Furat dan Tigris?"
* "... bahawa sesetengah mimbar dibina ke dalam dinding masjid, manakala yang lain pula dibina berasingan di tepi mihrab?"
* "... bahawa peti lampu diperkenalkan sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang di UK dan Ireland?"
* "... bahawa cerita cinta klasik Laila dan Majnun adalah berdasarkan kisah benar?"
* "... bahawa hanya separuh ahli Bundestag mewakili kawasan parlimen, manakala separuh lagi mewakili parti politik?"