('-'*) Tahukah Anda...2
* "... bahawa format 3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14?"
* "... bahawa siaran langsung televisyen paling banyak digunakan untuk berita televisyen?"
* "... bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?"
* "... bahawa mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen?"
* "... bahawa udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama?"
* "... bahawa kebanyakan helium yang dihasilkan di Bumi muncul dari pereputan alfa?"
* "... bahawa daging ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan?"
* "... bahawa pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke enjin?"
* "... bahawa dengan sistem koordinat Cartes, bentuk-bentuk geometri boleh digambarkan oleh persamaan algebra?"
* "... bahawa hampir setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri?"
* "... bahawa popi candu juga boleh digunakan untuk anestesia?"
* "... bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?"
* "... bahawa Windows Genuine Advantage adalah sistem anti-cetak rompak Microsoft untuk Microsoft Windows?"
* "... bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula Satu?"
* "... bahawa konsep keabadian telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan dan perbahasan dalam banyak kepercayaan dan agama?"
* "... bahawa pelayan web ialah atur cara komputer yang menerima dan menjawab pertanyaan HTTP daripada pelayar web?"
* "... bahawa Hubungan Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi?"
* "... bahawa satelit cuaca boleh memantau lampu bandar, kebakaran, kesan pencemaran, aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji, pemetaan air batu dan sempadan arus laut?"
* "... bahawa dalam Perang Badar, tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?"
* "... bahawa Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19?"