BTC USD 84,005.0 Gold USD 4,276.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

♪☆\(^0^\) Fakta Menarik!! -updated in 1st page-(/^-^)/☆♪

mcm2 info ko bwk arini...best2...
 
('-'*) Tahukah Anda...1

* "... bahawa telinga turut berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh?"

* "... bahawa kesemua antena, meter pH dan diod pemancar cahaya adalah contoh pemindah?"

* "... bahawa dalam bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa suatu perlawanan berlangsung?"

* "... bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malin Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama?"

* "... bahawa enjin empat lejang diesel tidak mempunyai palam pencucuh?"

* "... bahawa abjad untuk Bahasa Korea pernah ditulis menggunakan Hanja?"

* "... bahawa terdapat pelbagai hipotesis tentang paradoks duniawi?"

* "... bahawa pengetahuan tentang konfigurasi elektron boleh membantu menerangkan ciri laser dan semikonduktor?"

* "... bahawa peta, walaupun berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tiga dimensi?"

* "... bahawa budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru?"

* "... bahawa sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi di Segi tiga Bermuda?"

* "... bahawa litium adalah unsur kimia bukan gas yang paling kurang tumpat?"

* "... bahawa anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa perasaan sakit?"

* "... bahawa nama Volkswagen Beetle cuma digunakan secara rasmi oleh Volkswagen lama setelah ia digunakan ramai?"

* "... bahawa fail komputer boleh dihadkan kepada baca sahaja atau disembunyikan terus?"

* "... bahawa sistem Dizhi dibina dari pemerhatian orbit planet Musytari?"

* "... bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?"

* "... bahawa gelanggang permainan galah panjang berbeza mengikut bilangan pemain?"

* "... bahawa magnitud ketara bagi jasad samawi merupakan pengukuran kecerahannya seperti yang dilihat dari pencerap di atas Bumi?"

* "... bahawa Bison Amerika pernah diburu manusia sehingga hampir pupus kerana inginkan lidahnya?"
 
('-'*) Tahukah Anda...2

* "... bahawa format 3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14?"

* "... bahawa siaran langsung televisyen paling banyak digunakan untuk berita televisyen?"

* "... bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?"

* "... bahawa mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen?"

* "... bahawa udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama?"

* "... bahawa kebanyakan helium yang dihasilkan di Bumi muncul dari pereputan alfa?"

* "... bahawa daging ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan?"

* "... bahawa pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke enjin?"

* "... bahawa dengan sistem koordinat Cartes, bentuk-bentuk geometri boleh digambarkan oleh persamaan algebra?"

* "... bahawa hampir setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri?"

* "... bahawa popi candu juga boleh digunakan untuk anestesia?"

* "... bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?"

* "... bahawa Windows Genuine Advantage adalah sistem anti-cetak rompak Microsoft untuk Microsoft Windows?"

* "... bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula Satu?"

* "... bahawa konsep keabadian telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan dan perbahasan dalam banyak kepercayaan dan agama?"

* "... bahawa pelayan web ialah atur cara komputer yang menerima dan menjawab pertanyaan HTTP daripada pelayar web?"

* "... bahawa Hubungan Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi?"

* "... bahawa satelit cuaca boleh memantau lampu bandar, kebakaran, kesan pencemaran, aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji, pemetaan air batu dan sempadan arus laut?"

* "... bahawa dalam Perang Badar, tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?"

* "... bahawa Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19?"
 
('-'*) Tahukah Anda...3

* "... bahawa kaum Manchu merupakan minoriti di negara Manchukuo?"

* "... bahawa Awan Magellan adalah galaksi kerdil terhampir dengan Bima Sakti?"

* "... bahawa kulat Boletus edulis tumbuh mendadak ketika musim luruh di Eropah?"

* "... bahawa submesingan merupakan senjata api yang paling banyak digunakan oleh unit-unit polis dan separa tentera?"

* "... bahawa petrol boleh "basi", akibat mendakan gam dan varnis yang akan terbentuk dan menggumpal sekiranya tidak digunakan?"

* "... bahawa setiap cakera DVD-Video mengandungi kod rantau?"

* "... bahawa kedwicekatan merujuk kepada keadaan seseorang yang mampu menggunakan kedua-dua belah bahagian tubuhnya dengan cekap?"

* "... bahawa sashimi adalah makanan istimewa Jepun berupa makanan laut segar yang dimakan dalam keadaan mentah?"

* "... bahawa sōmen kering sangat tahan lama disimpan dan sukar berkulat jika dibandingkan mi jenis lain?"

* "... bahawa kereta Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer?"

* "... bahawa dengan horcrux, seorang ahli sihir dapat hidup dengan sangat lama selagi horcrux itu kekal utuh?"

* "... bahawa frekuensi sangat tinggi (VHF) selalu digunakan untuk siaran radio FM dan siaran televisyen?"

* "... bahawa awalan perduaan (2x) sering dikelirukan dengan awalan SI (10y)?"

* "... bahawa gambar rajah fasa merupakan sejenis graf yang digunakan untuk menunjukkan keadaan keseimbangan antara fasa jirim yang dibezakan secara termodinamik?"

* "... bahawa adalah sukar bagi mendapatkan perlindungan kewangan dari risiko sistemik?"

* "... bahawa helikopter tentera Westland Lynx pada asalnya dibangunkan sebagai pesawat utiliti bagi kegunaan awam?"

* "... bahawa Windows Mobile direka untuk menjadikannya kelihatan serupa dengan versi biasa Windows dari segi estetik?"

* "... bahawa ketinggian alat muzik organ boleh sampai sehingga lima tingkat?"

* "... bahawa risiko operasi ialah risiko kerugian akibat dari kegagalan atau kelemahan proses dalaman, manusia, atau sistem, atau akibat kejadian luar?"

* "... bahawa dalam sesetengah perlumbaan kereta, mata bonus dianugerahkan untuk pusingan terpantas?"
 
Back
Top
Log in Register