【Fakta2 Menarik Lagi Episode V】
~Burung kea di New Zealand suka makan komponen getah yang terdapat pada kereta
~Kutu boleh melompat 130 kali ganda daripada ketinggian dirinya.
~Ular haiwan maging,Ia hanya makan binatang lain.
~Tidak seperti sel-sel lain,sel otak adalah sel yang hidup paling lama dlm tubuh manusia.Ia akan hidup selagi manusia bernyawa.
~Library Utama di Universiti Indiana,AS,tenggelam ke dlm tanah kira-kira seinci setiap tahun krn semasa membuatnya,jurutera terlibat tidak memasukkan anggaran berat kesemua buku yang bakal ditampung oleh perpustakaan tersebut.
~Di Barat,jika anda melihat patung seorang pahlawan di atas kuda yang kedua-dua kakinya terangkat ke udara,ia bermakna orang itu mati di medan pertempuran.Jika sebelah kakinya ke udara sementara 3 lagi kaki berpijak ke tanah itu maknanya lelaki itu mati akibat kecederaan semasa bertempur,manakala pahlawan yang di atas kuda yang keempat-empat kakinya di atas tanah bermakna lelaki itu mati akibat kematian biasa.
~Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi sekuat 188 desibel,menjadikannya bunyi yang paling kuat yang mampu dikeluarkan oleh haiwan yang ada di seluruh planet bumi ini. Bunyi ini boleh didengar sejauh 848 km.