BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

Duck2 langkawi pun x lama....inikan lak bas amphibia
 
semalam ada kat FB gambar bas ni tak boleh nak naik semula ke darat... cer cari...
haha...
 
mcm membazir plak beli bas 2 alam
dgn kos rm3 juta... dgn rm3 juta
byk benda lain bleh buat,huhu..
 
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat Bas Amfibia (Amphicoach) sempena Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak. - Foto Ghazali Kori

02lihat.transformed.jpg

02kov.transformed.jpg

02ikon.transformed.jpg
 
siapa la design bas cmtu..kena arus deras sket terbalik
 
Jom kita tengok. Projek bas sblm ni mcm mana?
 
Baru sampai dah rosak?

image.jpg

Gambar tular menunjukkan bas amphicoach terpaksa ditarik keluar dari air.

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan dakwaan mengenai bas amfibia atau amphicoach bernilai RM3 juta rosak selepas video yang memaparkan bas itu sedang dipandu uji di Losong, dekat sini, tular di media sosial semalam.

Beliau sebaliknya berkata bas itu mengalami 'kerosakan kecil' selepas beliau memandu uji sendiri bas berkenaan selama lebih 20 minit di Sungai Terengganu, semalam.

"Saya sendiri yang minta dibuat simulasi untuk menguji bas itu jika berada dalam keadaan kritikal... dan semasa saya bawa bas itu hos penghembus pancutan airnya tercabut...saya juga minta hos itu tidak dipasang semula dan dalam 10 minit dalam keadaan kritikal itu pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan.

"Mungkin ia terjadi sebab saya tiada pengalaman bawa bas sebelum ini jadi kita kena pastikan bas ini dipandu oleh orang yang betul-betul mahir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) di antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad bagi kerjasama dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/bas-amphicoach-tak-rosak-mb-1.627455
 
Back
Top
Log in Register