BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update] Krisis hutang Greece: Orang ramai serbu ATM

Greece debt crisis: Greek voters reject international bailout offer
6/7/2015


_84068443_84068442.jpg


Figures published by the interior ministry showed 61% of those whose ballots had been counted voting "No", against 39% voting "Yes".

Greece's governing Syriza party had campaigned for a "No", saying the bailout terms were humiliating.

Their opponents warned that this could see Greece ejected from the eurozone. "As of tomorrow, Greece will go back to the negotiating table and our primary priority is to reinstate the financial stability of the country," Greek Prime Minister Alexis Tsipras said in a televised address.

"This time, the debt will be on the negotiating table," he added, saying that an International Monetary Fund assessment published this week "confirms Greek views that restructuring the debt is necessary".

But some European officials had said that a "No" would be seen as an outright rejection of talks with creditors.

Jeroen Dijsselbloem, who heads the eurozone's group of finance ministers, said the referendum result was "very regrettable for the future of Greece".

Germany's Deputy Chancellor, Sigmar Gabriel, said renewed negotiations with Greece were "difficult to imagine".

Mr Tsipras and his government were taking the country down a path of "bitter abandonment and hopelessness", he told the Tagesspiegel daily.

Greek banks are running critically low and will need another injection of emergency funds from the European Central Bank.
 
respon dr bank2 utama:

ANZ: Eurogroup has stated that a 'No' vote will not strengthen Greece's negotiating position. Greece likely to request immediate restart of negotiations. However, German Vice Chancellor Gabriel thinks "Greek deal talks now hard to imagine."

Westpac: At a minimum we would expect the EUR to trade too and below 1.08 and we would not be surprised to see a retest towards the lows seen in March/ April.

CBA: "The odds of Greece defaulting on upcoming debt obligations is high and the probability Greece exits the eurozone is rising."

Barclays - A Greek euro exit remains most likely

JP Morgan - Greece leaving the Euro ... the baseline scenario. "We also see possibilities of Greece remaining in the Euro zone, either via a last minute agreement with current government under the assumption that the ECB continue to maintain and potentially increase ELA (15%) or in case in which Tsipras steps down and a new unity government is formed (20%)."

Deutsche Bank: Credibility and trust between Europe and Greece has been seriously damaged this week

BNZ : In effect, the result sharply raises the prospect of an eventual Greek exit from the euro - zone
 
warga Greece meraikan result pungutan suara di Athens:

2A41EC6200000578-3149848-image-a-32_1436125460400.jpg


2A36A44C00000578-3149848-Greece_is_on_the_brink_of_rejecting_Europe_s_latest_bailout_pack-m-24_1436124064090.jpg

2A42011B00000578-3149848-image-a-37_1436127303829.jpg

Thousands gathered in front of the Greek parliament in Athens as Greece rejected a European bailout package

2A41F13B00000578-3149848-image-a-33_1436125479748.jpg
 
WHAT COULD A 'NO' VOTE LEAD TO?

-A 'No' vote could bring about a huge drop in the strength of the euro, experts said, and it is thought interest rates on government bonds could also rise.

-It could also lead to an exit - or a 'temporary' exit - from the eurozone, which would result in even greater uncertainty and the prospect of a sudden financial collapse.

- President of the European Parliament Martin Schulz warned that it would have to introduce another currency if the 'No' vote wins, as 'the euro [would not] be available as a means of payment'.

-He also said it is risking the collapse of its health system and power network - as well as a blockade on imports.

- Politicians are thought to be particularly concerned a Grexit - or Greek exit - would lead to other countries doing the same.

- A 'No' vote could also impact further afield, with George Osborne warning MPs the UK economy would be affected by the chaos.
 
Kronologi: Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu
1 Julai 2015


Drachma, matawang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan matawang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.

European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Ia terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.

Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara dimana perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3pc sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU di dalam kriteria penyatuan Maastricht .

European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU.

Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan matawang kesatuan, Euro. Ia terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.

Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.


Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini

Tahun 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.

Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Ia juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.

Maka, George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah-langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran. Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam.


Krisis semakin genting

23 April 2010 : Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF).

2 Mei 2010 : €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.

Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman, ia akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.

Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:

1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luarbiasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
14. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
15. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.

Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian.

kak.png


Krisis hutang Greece makin meruncing

Pada tahun 2011 dengan pelbagai protest, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ia bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.


Kebangkitan rakyat

Parti kerajaan telah kecundang di dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen. Kerajaan campur yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece pada 17 Jun 2012.


Ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk melalui krisis hutang

Tukar perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa krisis ekonomi Greece. Malah, satu protest yang besar berlaku di luar bangunan parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout.

Tahun 2013, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar pengangguran rakyat yang tinggi dan ia merupakan kadar paling tinggi di EU dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang tidak bekerja. Kerajaan juga telah menangguhkan operasi penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit.


Kehidupan rakyat Greece semakin tertekan dan mengamuk di jalanan

Barisan kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras dan meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU dan IMF sebanyak €130 billion. Ini menyebabkan ramai orang Greece gagal membayar cukai mereka.


Ada sinar bagi Greece pada awal tahun 2014

Greece kembali ke pasaran kewangan dengan 3 billion Eurobonds. Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran kewangan dunia di dalam penjualan bon jangka masa panjang kerajaan. Ia adalah satu langkah penting untuk ekonomi negara pulih.


Nei 2014: Kumpulan anti-austerity haluan kiri, Syriza memenangi pilihan raya

Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan dinamik politik di Greece. Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.

Austerity ialah pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.

26 Januari 2015: Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.

Ini menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar dari eurozone.

attachment.php


20 Februari 2015: Rundingan membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi pembiayaan.

4 Jun 2015 : Greece telah meminta IMF menangguhkan ansuran ke hujung bulan Jun.

27 Jun 2015 : Tsipras telah mengumumkan referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa akan dibuat pada 5 Julai 2015. Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion, Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.

5 Julai 2015: Greece menghadapi 2 pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu memilih satu daripada dua pilihan, iaitu:

1) Undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahan austerity dan meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau
2) Undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.

Jika rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta terkeluar dari eurozone.

Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.


Kesan jika Greece menggunakan matawang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali

Ia akan merendahkan nilai matawang. Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.


Antara punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:

1) Korupsi

European Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi di dalam European Union.

2) Tipu Cukai

Golongan kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh mereka yang bekerja sendiri ini.

3) Pengangguran

Kadar pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.

4) Populasi Orang Pencen

Greece memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan kekurangan tenaga kerja muda.

5) Cukai Rokok

Ia jadi satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ia lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.


Sekiranya Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU

Ia akan menyebabkan pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka daripada negara-negara EU yang mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali. Ia akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.

Sumber: CNN, USA Gold, VOX, VOX2, BBC, The Guardians, About: Worldnews, Bloomberg, Telegraph , Academia, Time, Business Insider, Washington Post, NY Times
 
Di Australia, orang keturunan Greek memang agak dipandang serong di kalangan orang kulit putih.

Terutama dalam bidang healthcare.

Di sana ada kes penipuan insuran kesihatan secara besar besaran digelar 'the great Greek scam'.
Doktor keturunan Greek ramai terlibat.

Sampai lepas tu orang cuba elak pergi ke doktor Greek.


Sekarang baru aku nampak.

Greek ni jenis kuat menipu.
Memang cara hidup diorang kot.

Dalam banyak banyak keturunan European, Greek kalau boleh elak la.
 
Perbandingan Hutang Negara Greece Dan Malaysia:

kak.png



kak.png
 
greece xde reverses fund ke? ke dh abi guna?
 
Back
Top
Log in Register