BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perintah Allah supaya beriman kepada Pembawa Cerita & Kitab Hadis?

Status
Not open for further replies.
seperti biasa, last sekali berlindung dgn menuduh orang "jahil"
nko teruskan agama Islam secularism nko tu sampai mati..
nko sebenarnya tak hidup pun
nko tak kenal pun realiti
hidup nko sekarang ni nko rasa macam mimpi jer..
tup tup nko dibangunkan pada Hari Kiamat
takder kehidupan..
sekadar "melalui kehidupan"
macam nko mimpilah.. :)) :))

:) Kasihan

Tidak faham apa yg dimaksudkan antara

"Usaha dan penggunaan akal dengan betul"

dan

"Kehendak dan Perintah Allah"
 
:) Kasihan

Tidak faham apa yg dimaksudkan antara

"Usaha dan penggunaan akal dengan betul"

dan

"Kehendak dan Perintah Allah"

ayat Allah pun nko reject macam tu jer..
ada hati pula nak faham?
sorrylah, teruskan mimpi2 indah/ngeri nko... hehehe.. :))

aku keluar dulu dan layan anak aku.. hehe..
 
ayat Allah pun nko reject macam tu jer..
ada hati pula nak faham?
sorrylah, teruskan mimpi2 indah/ngeri nko... hehehe.. :))

aku keluar dulu dan layan anak aku.. hehe..

:)

Ayat Allah pun ko ambil secara sekerat2 lalu ko tafsir menurut sangka2 dan tak tahu mana kedudukannya.
 


Tidak ada satu pon daripada terjemahan yg sy berikan di atas menterjemahkan kalimah "lahwul hadis" di dalam Luqman, 6 sbg "hadis2 Nabi Muhammad SAW". Semua terjemahan itu merujuk kalimah "lahwul hadis"sbg "nyanyi-nyanyian kosong yg x membawa sebrg faedah."

Waa.. mengkonakan ayat Allah nampaakkk.... :(scam:(scam


lahwul hadis bukan nyanyian2...
hadis tu cerita/narration/penceritaan.

Ayat Luqman,6 itu ini terjemahannya:

Sahih International:
And of the people is he who buys the amusement of speech to mislead [others] from the way of Allah without knowledge and who takes it in ridicule. Those will have a humiliating punishment.

Melayu:
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Typical golongan GAFAQ ni mereka sanggup konakan makna/terjemahan ayat2 Allah demi
kepentingan meneruskan keimanan terhadap hadith2 perawi kesayangan mereka.

Nasihat saya pada ostat JM: sudah2lah mengkonakan ayat Allah utk menyedapkan hati kamu.
 



Kesimpulan

Jelas dr terjemahan & dr tafsir para ulama' muktabar yg diberikan di atas x ada satu pon yg mengaitkan kalimah حَدِيثٍ di dlm ayat ini dgn kitab2 hadis yg mengumpulkan ucapan, perbuatan & takrir Nabi Muhammad SAW.

Lagi nak cuba mengkonakan ayat Allah?

HADITH = CERITA/NARRATION/PENCERITAAN.

Takyah la main kona kona makna perkataan arab Hadith itu kpd "Perkataan" pulak. :(scam:(scam:(scam

Sudah tentu semasa Allah turunkan soalan itu : "Hadith mana lagi kamu nak percaya sesudah ayat2 Allah?" tidak merujuk pada hadith Nabi krn masa tu belum ada hadith Nabi Muhammad SAW. Tapi hadith mana yg dah ada? Hadith Nabi Musa dah ada... Hadith Nabi Isa pun dah ada (yakni gospel).

Hadith Nabi Isa dan Nabi Musa keduanya berasal dari sumber yg sama - yakni dari sahabat2 Nabi Isa dan sahabat2 Nabi Musa dan perawi2 mereka yg berantaian sampai zaman Nabi Muhammad SAW. Orang2 ASWJ pada zaman itu pun argue benda sama - semua yg bawa hadith2 Nabi Isa dan hadith2 Nabi Musa semuanya ulama2 muktabar, akhlak dan semuanya bagus............ kalau bagus, mengapa tidak amanah dalam menyampaikan isi wahyullah? Kenapa sampai Allah boleh tanya "hadith mana lagi kamu nak percaya selain hadith Allah?"

Dan jgn lupa Quran itu utk sepanjang zaman.. sbb itulah perkara sama dah berlaku laagi iaitu Hadith Nabi Muhammad dah wujud skrg, dan soalan dari ayat Al Jathiya itu boleh ditanyakan juga kpd Hadith Nabi Muhammad.

Tu lah, nak caya ayat Allah ke nak caya ayat perawi2?

LU PIKIR SENDIRI. Skrg ada masa lagi nak fikir. Kalu dah mati, checkmate bro.
:D
 
Last edited:
TT tak menjawab pun sebenarnya bagaimana cara mendapatkan pengajaran melalui Alquran... Sebab tue sahabat tue tanya berkali2 tng tentang periwayatan..

dah jawab ni.. kalau tak faham juga, nasiblah
kalau rajin nak faham juga, semak sendiri dan doa kat Allah...
Allah yang Maha Pembimbing dan Maha Pemberi Petunjuk...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Pubin,

Jawapan saya terhadap soalan Tuan diatas

2) Saya tak kata pun apabila sesudah 250 tahun Rasulullah wafat, Ianya lebih "reliable" berbanding zaman sekarang. Bukankah kenyataan pasal jarak masa ini Tuan yang mulakan dahulu? Tuan yang mempertikaikan jarak kehidupan Pengumpul hadith terlalu jauh dengan Baginda S.A.W. Maka Tuan menganggap gap itu terlalu jauh dan pasti banyak yang berlaku pada selang masa tersebut. Maka saya memegang teori Tuan bahawasanya jarak kehidupan yang jauh mengakibatkan ianya boleh dipertikaikan.

Maka saya pun cuba untuk membuang zaman pengumpul hadith tersebut bagi mengaplikasikannya dalam teori Tuan. Jadi bukankah jarak kehidupan Rasulullah S.A.W dengan kita bertambah lah jauh. So, Macam mana Tuan boleh dakwa usaha zaman ini lebih reliable mengikut teori yang Tuan sendiri ciptakan itu?

3) Ya, kalau mengikut pemahaman Tuan atau kawan kawan Tuan yang ingin membuang semua kenyataan dalam kurungan (kerana menyangka ianya andaian penterjemah semata mata), maka jadilah ayat ayat Mutasyabihat (samar samar) melebihi ayat ayat Muhkamat (terang). Ini kerana kebanyakkan dalam kurungan adalah bersandarkan hadith hadith atau cerita cerita yang dikumpulkan oleh pengumpul hadith dahulu kala. Perlu ke saya bagi contoh? Tak perlu kot..

Jawapan saya diatas adalah pendapat peribadi saya sendiri, Ianya masih boleh dibidas dan dipertikaikan.. Insyaallah..

Jadi saya tanya balik satu soalan untuk Tuan Pubin. Kalau apa yang Imam Bukhari himpunkan itu benar benar datangnya dari Rasulullah S.A.W sendiri, tetapi Tuan menyangkalnya.... Apa yang bermain dalam fikiran Tuan ketika ini?

Sekian terima Kasih

Salam,

Tuan, kini saya menyentuh berkaitan perkara 2 dan 3 di atas, berserta persoalan akhir Tuan.

Tuan menimbulkan isu pemahaman isi al-Quran (melalui hadis atau selainnya). Secara khususnya dan apabila dikaitkan dengan hadis, ianya berkaitan "kaedah" memahami isi al-Quran.

(a) Samada Allah menyediakan kaedah untuk memahami isi al-Quran?
(b) Samada penggunaan karya-karya termasuk di dalam kaedah memahami isi al-Quran?


(a) Samada Allah menyediakan kaedah untuk memahami isi al-Quran?

Allah telah pun memberikan kaedah terperinci bagaimana untuk memahami isi al-Quran. Namun itu kaedah ini tidak popular kerana kaedah yang susah dan perlu menekan nafsu, menggunakan akal, serta kajian mendalam dan pergantungan 100% kepada Allah Taala. Kaedah ini akan menjadikan mereka yang tidak beriman terkeluar daripada mempengaruhi dan mengubah ayat-ayat Allah.

Perbezaan orang Islam dan orang beriman:

"...Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”..." (49.14)

"...Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah..." (8.2)

(Adakah mana-mana ulama yang kita kenal pada hari seperti gambaran orang beriman di atas? Jika tidak mengapa kita mengikuti mereka?)

Kini saya merujuk kepada ayat al-Quran bagi melihat sebahagian daripada perintah Allah berkaitan kaedah memahami al-Quran.

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab
supaya kamu memahaminya
(Az-Zukhruf:3);

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat;
dalam pada itu,
penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar
(Al-Israa’:41)

Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa,
dari sebelah atas kamu,
atau dari bawah kaki kamu,
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain
Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara
supaya mereka memahaminya

(Al-An’am:65)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya
dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan
yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya
mereka itu seperti binatang ternak
bahkan mereka lebih sesat lagi
mereka itulah orang-orang yang lalai
(Al-A’raf:179)

"...Indeed, the worst of living creatures in the sight of Allah are the deaf and dumb who do not use reason..." (8:22)

Ayat-ayat di atas adalah beberapa contoh bagaimana Allah memerintahkan kepada kita kaedah bagi memahami isi al-Quran. Oleh itu juga Sunnah yang sebenarnya adalah sentiasa terpelihara dan berada dikeliling kita, hanya yang membezakan ialah orang yang buta, pekak dan bisu, dan orang diberi hidayah dan petunjuk untuk memahaminya. Biarlah beribu tahun pun, ianya tetap berada disetiap kita.

"...Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)..." (2.18)

Ianya tiada langsung dengan "meniru bulat-bulat" apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Tetapi berkaitan dengan "objektif" yang hendak dicapai daripada perlakuan Rasulullah saw. Inilah Sunnah sebenar. Jika kita berpegang kepada meniru bulat-bulat, maka ini bermaksud Sunnah itu sendiri akan menjadi ketinggalan zaman dan kepupusan pada masa akan datang. Ianya bermaksud "kita tidak menggunakan akal" (the worst of living creatures).


(b) Samada penggunaan karya-karya termasuk di dalam kaedah memahami isi al-Quran?

Kaedah yang diguna-pakai sekarang ini adalah tidak terkandung di dalam al-Quran. Kaedah ini lebih popular kerana tidak perlu menekan nafsu, tidak perlu menggunakan akal (sekadar analogi fakta) dan tanpa memerlukan keimanan dan nur Allah untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Luqman.png


"..Dan ada di antara manusia orang yang mempergunakan HADIS (cerita dongeng) yang tidak masuk akal untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa sebarang pengetahuan dan menjadikannya agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; Merekalah orang-orang yang akan memperolehi azab yang menghinakan.." (Luqman:6)

Jathiyah.png


"..Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran; maka dengan HADIS (cerita dongeng) yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya..." (al-Jathiyah:6)

Mursalat.png


"..Maka kepada HADIS (cerita dongeng) manakah ini mereka akan beriman?.." (al-Mursalat:50)


Maksud Mengikuti Rasulullah saw

Jawapan ini adalah bagi persoalan jika hadis adalah benar. Pertamanya saya tidak diperintahkan untuk beriman dengan cerita-cerita ini. Keduanya dan berdasarkan larangan Allah di atas, maksud hadis sebenar adalah merujuk kepada al-Quran itu sendiri. Ini kerana Rasulullah saw menerima wahyu dan setiap ayat al-Quran itu adalah ucapan yang terbit daripada mulut Rasulullah saw semata-mata. Oleh itu adalah mustahil untuk kita membezakan di antara "ucapan Rasulullah saw" dan "firman Allah Taala", kecuali sekadar menyakininya secara bulat-bulat.

Maka itu dan berasaskan pemahaman ini, tuntutan ke atas umat Islam untuk mengikuti Rasulullah saw adalah bermaksud mengikuti al-Quran itu sendiri. Ini kerana setiap ayat al-Quran itu adalah disampaikan melalui ucapan Rasulullah saw semata-mata. Ianya tiada langsung berkait dengan beriman kepada karya imam-imam hadis. Jika ini benar, maka sesiapa sahaja dapat mencipta kaedah selainnya bagi mengubah maksud ayat-ayat Allah. Maka itu ianya akan bercanggah dengan ayat Allah akan melindungi al-Quran.



TT terima pengajaran Al-Quran nie secara bersanad tak? Dan orang yg TT terima sanad tue dah comfirm ke salah silah pengamalan ilmu tentang kalam Allah nie sampi pada Rasulullah? TT belajar melalui tafsir al-quran jer ker tanpa merujuk ahliNya?

Alhamdulillah...

Ini dalil untuk berguru dengan rantaian sehingga Rasulullah S.A.W.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan."


Soalan untuk puak pubin dan sekutunya.

Bagi mereka yang berguru mengikut rantaian ada jaminan kesaksian.

Bagaimana pula Puak Pubin dan sekutunya...siapa pula yang menjadi saksi untuk mereka :)

pelabur => saya malu...

sorry, aku tak faham macam mana nko faham...

ayat tu berkaitan "berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya", dan
berkaitan "saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan (berjihad) kamu"
so apa kaitannya pula dengan perguruan harimau berantai?
takder cakap pasal keturunan.. rantai2 basikal ker motor ker..
macam mana nko boleh suka2 claim macam tu..
cer citer siket.. :D

konsep rantaian ni pun aku tak faham..
nko bagi ayat al-Quran tengok..
pada akulah dan mengikut zaman ini...
di antara ciri guru simple jer
sekurang-kurangnya dia orang beriman:

"...Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah..." (8.2)

Sekurang-kurangnya tiga syarat:
1. apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka
2. bertambah iman apabila dibacakan ayat-ayat Allah
3. berserah 100% kepada Allah

ada nko jumpa ciri-ciri macam ni kat guru nko?
kalau takda.. baik nko tinggalkan
sebab dia akan ajar "tafsiran nafsu" dia kepada nko..hehehe
memang dia tu tak layak langsung jadi guru..
dan nko pun dah memang salah berguru..
kalau berguru dgn nafsu
nko punya nafsu jadi Tuhan nko..

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya
dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar)
dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya
serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?
Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)?
Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

(Al-Jathiyah.23)

yang lain tu ada juga, aku tak nafikan, cuma beriman (ali-Imran:7)
contohnya pengajaran daripada kisah Nabi Musa as berguru dengan Nabi Khidir as
tapi di luar skop al-Quran, dan
masuk dlm kategori "Mutasyaabihaat"
ni siapa yang boleh ajar?
tiada siapa boleh ajar... Allah jer...
dialah Maha Pembimbing dan Maha Pemberi Petunjuk
kalau ada orang mengaku dia boleh ajar, dia tu penipu
nko boleh sepak dia kat muka.. hehe..
guru aku pun sepatah tak cakap pasal agama
dia tunjuk cara nak amal jer
asal aku tanya jer, dia bagi zikir, banyak pula tu..
last sekali aku pun takut nak tanya
kesannya, nnt faham sendiri... terus faham
itu Allah yang ajar.. bukan bidang kuasa manusia..
dan bukan bidang kuasa manusia untuk membicarakannya
sebab tiada di dalam al-Quran...
kalau ada orang yg mampu membicarakannya, dia tu dah sah penipu!
nko boleh sepak muka dia juga. hehehhe :))

Allah yang menerangi langit dan bumi
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat”
yang berisi sebuah lampu
lampu itu dalam geluk kaca
geluk kaca itu pula laksana bintang yang bersinar cemerlang
lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya
(iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan
bukan sahaja semasa turunnya
hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar
walaupun ia tidak disentuh api
cahaya berlapis cahaya
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

(an-Nur:35)

syarat utama, nko ikhlas dan tawakkal...
pastu jangan bantah ayat al-Quran (sahaja)
kalau bantah... bye2.. mimpilah kalau boleh faham :))

seperti biasa, last sekali berlindung dgn menuduh orang "jahil"
nko teruskan agama Islam secularism nko tu sampai mati..
nko sebenarnya tak hidup pun
nko tak kenal pun realiti
hidup nko sekarang ni nko rasa macam mimpi jer..
tup tup nko dibangunkan pada Hari Kiamat
takder kehidupan.. (takda life)
tak dapat mengambil manfaat daripada kehidupan hari ini
dan tak dapat mengambil manfaat daripada kehidupan sesudah ini

sekadar "melalui kehidupan"
macam nko mimpilah.. :)) :))

mungkin lepas ni ada orang boleh fikir kenapa Allah bagi manusia tidur dan bermimpi... :)
 
Last edited:
Sekurang-kurangnya tiga syarat:
1. apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka
2. bertambah iman apabila dibacakan ayat-ayat Allah
3. berserah 100% kepada Allah

Kalau jiwamu rasa gementar bila disebut nama Allah... sudah tentu kau tak berperangai buruk edit post bila kantoi dan berlakon tak buat apa2 salah
 
Kalau jiwamu rasa gementar bila disebut nama Allah... sudah tentu kau tak berperangai buruk edit post bila kantoi dan berlakon tak buat apa2 salah

bila masa aku cakap jadi guru?
ada aku tafsir?
baca terjemahan bulat2 adalah...

nko pergi baca dari awal..
dan cuba faham apa aku cerita..
(bukan baca untuk mencari fitnah)
aku bercerita mengenai fakta kehidupan..
aku cerita macam mana riba dihalalkan
aku cerita macam maan perpecahan umat akibat tafsiran hadis yang berbeza
aku cerita berkaitan applikasi hadis dan kesan kezaliman melalui penggunaan hadis..
aku cerita hutang negara yang dah meningkat, tak pernah2 turun..
aku cerita macam mana setiap kita terjerumus dengan perangkap capitalism dan secularism
aku cerita macam mana*fahaman Islam itu telah disempitkan, sampai ramai tak boleh berpayung di bawah agama Islam

oleh itu aku mempersoalkan kembali betulkah rujukan kepada cerita hadis sebagai sebahagian dari al-Quran..
supaya kita boleh berbincang..
dan tak ambil orang purba utk tentukan kehidupan kita...
tapi ni banyak yang nak tutup mata, kononnya beriman..
tetapi tak mahu guna akal secara betul (tak bersyukur Allah bagi akal)

sebab tu juga aku bagi tajuk untuk cari perintah Allah supaya beriman dgn Pembawa Cerita
supaya sama2 boleh fikir utk baiki kehidupan kita yang sarat ni..
dah jadi hamba orang kafir secara terpaksa (melalui sistem).. bukan jadi hamba Allah lagi
umat Islam dah sanggup lakukan apa sahaja sebab tekanan kehidupan
rasuah, riba, jenayah... apa sahaja.. utk membelakangi al-Quran
ulama yg nko percaya jadi kepala riba dalam bank, apa ni?
aku sesat ker nko yang sesat?

tapi ada aku dapat? ada ayat Allah ? :D
 
Last edited:
ooo... jadi mmg betullah kau mengaku berperangai buruk?

katalah apa nko nak kata.. pandangan dan hak nko..
takda aku nak cari kemuliaan di sisi nko..
dan ada aku kisah? hehe :)) :)) :))
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register