BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
Bernama
28/12/2011



PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

-- BERNAMA

SUMBER: LINK



TADI AKU BARU LEPAS TAKLIMAT: info terkini, TPG Jan, April, Julai dan Oktober, hanya pada tahun 2012, manakala pada tahun 2013 dan seterusnya, semua TPG adalah pada bulan JANUARI


ttg markah prestasi tu, smlm ada taklimat di satu sekolah kat KL, katanya.....utk min markah naik gaji bg guru ialah 80%...maknanya lbh tggi tggi dr staf gomen jabatan lain.....

betul ke info tu?
 
ttg markah prestasi tu, smlm ada taklimat di satu sekolah kat KL, katanya.....utk min markah naik gaji bg guru ialah 80%...maknanya lbh tggi tggi dr staf gomen jabatan lain.....

betul ke info tu?

yeke...x pasti lak sis...yang pasti..75%,,,,silap dengo/faham kot?
 
Jpa kaji ambil lulusan pmr

Tempoh tiga bulan kajian dipersetujui bersama dengan CUEPACS

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju mengkaji semula berhubung tahap kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memohon kerja sebagai penjawat awam berdasarkan kriteria sektor yang berkaitan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kajian berkenaan akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari ini. Katanya, ia adalah antara keputusan yang dicapai dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Di bawah SBPA yang berkuat kuasa tahun depan, kelulusan minimum PMR sudah memadai bagi memohon jawatan dalam sektor awam tetapi selaras dengan semangat ingin memantapkan perjawatan kerajaan, kita akan mengkaji semula tahap kelayakan itu berdasarkan kerja yang dipohon.

“Selain PMR, kajian ini turut membabitkan permohonan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma serta sama ada sesuai untuk dipadankan dengan jenis pekerjaan yang dipohon dalam sektor awam.

“Ini akan menjadi sebahagian daripada pendekatan untuk menambah baik mutu perkhidmatan sektor awam yang menggalakkan pengwujudan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
MoU itu ditandatangani Abu Bakar bagi pihak JPA manakala CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman, sebagai tanda persefahaman bagi merungkai segala kekusutan berkaitan SBPA antara JPA dan penjawat awam.

Abu Bakar berkata, CUEPACS dengan sepenuh hati menerima skim baru itu dan menyatakan komitmen untuk menggalakkan 1.4 juta kakitangan awam menandatangani opsyen yang diberi sebelum tarikh tutup 15 Januari tahun depan.

Jelas beliau, MoU itu juga menetapkan bahawa sebarang isu membabitkan kewangan kerajaan perlu dibentangkan kepada kerajaan dan bergantung kepada kedudukan kewangan serta kelulusan kerajaan sama ada dapat dilaksanakan.

Selain itu, katanya, CUEPACS juga sedia turun padang bersama JPA untuk memperjelaskan sebarang kekeliruan berkaitan SBPA selain melakukan pemantauan bagi memastikan tiada penganiayaan berlaku sepanjang proses pegawai sumber manusia mengendalikan opsyen SBPA dalam kalangan kakitangan awam.

Beliau yakin persetujuan JPA mengadakan perjumpaan setiap tiga bulan sekali dengan CUEPACS, seperti mana yang termaktub dalam MoU itu, akan menjadi pentas terbaik bagi kedua-dua pihak mengemukakan isu masing-masing untuk diselesaikan bersama.

Tindakan meminda markah dasar pemisah (exit policy) untuk dikurangkan daripada 69 kepada 60 di bawah skim SBPA dan kesediaan JPA serta CUEPACS menerimanya membuktikan kedua-dua pihak masih ada semangat kerjasama yang tinggi.

“JPA juga bersetuju cadangan CUEPACS meletakkan seorang wakil sebagai pemerhati dalam Panel Penilai Dasar Pemisah itu,” katanya.


SUMBER: LINK
 
tapi kenapa ek kerani aku buat macam ni..

1. 1 januari 2012 (gaji aku p1t6)
p1t6 (24++) ..... tidak pergi ke satu tangga (t7)

terus turun ke tx (xtau berapa, sebab dia kedekut nak bagi tengok jadual.. (25xx) = beza dalam rm135

ok lepas tu dia kate kene tungga AG luluskan baru bole pergi ke T x+1 pada bulan kenaikan.. (28xx) = total beza dari p1t6 (rm3++)

soalan: kenapa dia kate nak kene tunggu AG luluskan baru nak naikkan tangga gaji? kenapa dia x ikut formula macam dalam slide yg dia bagi taklimat?

Ko ni baru kerja ke? Kenaikan tahunan mmg la kena tunggu kelulusan dulu. Itu normal. Masa ssm pun mcm tu. Cuma dlm sbpa kalau markah kurang 75% tak dptla kenaikan tahun tu. So bila dah lulus kenaikan, barula naik sama mcm pengiraan slide tu. Kenaikan tu akan bermula mengikut tarikh pergerakan gaji saudarala.
Sekian, terima kasih.

lagi satu, adekah jadual tangga gaji tu sulit? staf aku p mintak salinan kat kerani pejabat tanah dapat pulak. kerani sendiri cam hampeh..
[/QUOTE]

uikkk sejak bila AG ada power utk luluskan kenaikan nih heheh...
proses kenaikan gaji nih camnih..

once panel penilai di kementerian memasing dah luluskan kenaikan gaji pegawai terbabit.. maka surat kelulusan akan dihantar ke PTJ/sekolah... n kerani kewangan akan buat SG20 yang telah dikira sekali ngan tunggakan sekiranya ada n akan dihantar ke AG.. n time nih laa baru AG bleh key in ke GFMAS kenaikan tersebut base on borang SG20 yang dihantar...

sebab tuh org yg naik gaji JAN.. akan dpt tunggakan gaji tahun semasa.. coz biasanya kelulusan utk naik gaji maybe dlm bulan April baru kuar surat.. pong pang..png pang.. sampai ke tangan AG bulan Jun.. n bulan Julai baru dpt kenaikan + tunggakan ke pegawai tersebut..
 

uikkk sejak bila AG ada power utk luluskan kenaikan nih heheh...
proses kenaikan gaji nih camnih..

once panel penilai di kementerian memasing dah luluskan kenaikan gaji pegawai terbabit.. maka surat kelulusan akan dihantar ke PTJ/sekolah... n kerani kewangan akan buat SG20 yang telah dikira sekali ngan tunggakan sekiranya ada n akan dihantar ke AG.. n time nih laa baru AG bleh key in ke GFMAS kenaikan tersebut base on borang SG20 yang dihantar...

sebab tuh org yg naik gaji JAN.. akan dpt tunggakan gaji tahun semasa.. coz biasanya kelulusan utk naik gaji maybe dlm bulan April baru kuar surat.. pong pang..png pang.. sampai ke tangan AG bulan Jun.. n bulan Julai baru dpt kenaikan + tunggakan ke pegawai tersebut..[/QUOTE]

Salah ni. Ni quote dr org lain. Not mine. Abaikan...
 
kgt aku dlm ssm bln 7,dlm sbpa jd awal ke januari..apakah bln januari(contoh) ni aku dpt knaikan pelarasan gaji sbpa + KGT (bln jan) sekaligus..huhu..atau KGT aku dh terlepas n thun 2013 baru trima KGT???
 
kgt aku dlm ssm bln 7,dlm sbpa jd awal ke januari..apakah bln januari(contoh) ni aku dpt knaikan pelarasan gaji sbpa + KGT (bln jan) sekaligus..huhu..atau KGT aku dh terlepas n thun 2013 baru trima KGT???

x...paling kurang, dapat tunggakan,,start 2013 PGT, semua PA akan dapat pada januari - mengikut taklimat yang aku dengo..
 
msuk bab pencen lak..aku duk bertekak nih..hahaha..

klu kita amik opsyen 60, pstu kita nk bersara awal contoh umur 50 = yg aku paham pencen n grauiti kita dibayar tahun kiter pencen

klu kita amik opsyen 58, pastu kita nk bersara awal contoh umur 50 = yang aku paham pencen n grauiti kita dibayar tahun 58 jgk wlupun kite pencen awal..

so..opsyen 60 adlh lbh baik..bagi kepaahaman aku laa..

so..mcmna tt melihat keadaan ini..? tq
 
Back
Top
Log in Register