BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perintah Allah supaya beriman kepada Pembawa Cerita & Kitab Hadis?

Status
Not open for further replies.
susah betul nko nak beriman Allah yang memberi hidayah...
sentiasa kena ada "sebab musabab secularism" korang...
sedangkan beriman itu sendiri tidak berkaitan sebab, dan kuasa Allah semata-mata...

nko beriman dengan ayat Allah di bawah?
aku doubt..
mulut cakap beriman
tetapi hati orang atheist..
agama Islam Secularism


Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

samalah dengan cerita hadis...
susah betul nak beriman "Allah melindungi al-Quran"
sentiasa kena ada "sebab musabab secularism" korang...





Baru hari ini aku sedar rupa2 nyer aku berhadapan dengan Islam Secularism... (mazhab atheist)

terima kasih Najib kerana menyedarkan aku...

Kita mati dan hidup demi ISLAM dan UMNO

hairan aku apabila satu stadium selamba menyokong apabila Najib cakap seperti di atas... :D

Inilah yg dikatakan puak jahil yg tidak dapat membezakan antara

"Usaha dan penggunaan akal yg betul"

dan

"Perintah serta Kehendak Allah"


kita tggu saudara bludream nyer huraian.. mudah2an diberi kefahaman.. :)

Dah pernah diterangkan sebenarnya... masalahnya ada je user yg sering bangkitkan kes yg sama.

Kali ni bagi kemas sket... mudah utk di copy paste dikemudian hari...

Sebelum saya terangkankan bagaimana utk memahami dengan erti kata yg sebenar "mengajarkan"... perhatikan dulu contoh2 berikut

Contoh 1 :

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-Ra'd 13:11)

Perhatikan kalimah,

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Ayat tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum" - Hakikat Tauhid
"sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." - Zahir Syariat

Iaitu secara Syariatnya manusia diperintahkan berusaha.... namum pada Hakikatnya samada nasib suatu kaum itu berubah atau tidak adalah semata2 kerana kehendak Allah.


Contoh 2 :

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal 8:17)

Ayat tersebut juga terbahagi kepada ayat Zahir Syariat dan Hakikat Tauhid, iaitu

"Ketika engkau melempar" (sehingga pada zahirnya mereka terbunuh asbab perbuatan melempar itu) - Ayat Zahir Syariat
"akan tetapi Allah jualah yang melempar ", "akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka" - Ayat Hakikat Tauhid

Secara zahirnya manusia melakukan perbuatan.... pada Hakikatnya manusia tiada memiliki sebarang daya upaya dan kekuatan melainkan Allah.

Dari dua contoh itu dapat difahami bahawa :

Jika dibahasakan dalam level Hakikat ... "Tiada daya upaya melainkan Allah", "Segala perbuatan adalah perbuatan Allah semata2"
Jika dibahasakan dalam level Syariat ... "Manusia dikehendaki berusaha menurut aturan sunatullah (dalam bahasa biasa ---> Hukum Alam)"

Untuk menambahkan lagi kefahaman perhatikan pernyataan2 di bawah

Makan ubat dulu sebelum sembuh
Kunci kereta supaya tidak dicuri
Bekerja dulu supaya dapat rezeki

Hakikatnya yg menyembuhkan, mengkehendaki sama ada kereta itu dicuri atau tidak, yg memberikan rezeki adalah Allah...

Jika seseorang itu menerima Hakikat sahaja dan menolak ikhtiar zahir maka dia akan berkata :

Aku tidak perlu makan ubat kerana penyembuhan dari Allah
Aku tidak perlu kunci kereta kerana sama ada kereta hendak dicuri atau tidak adalah kehendak Allah semata2.
Aku tidak perlu bekerja kerana rezeki telah ditentukan...

Akan tetapi mereka yg menerima kedua2nya iaitu Hakikat dan Ikhtiar Zahir :

Akan makan ubat dan mengiktikadkan yg menyembuhkan ialah Allah.
Akan mengunci kereta dan bertawakal kepada Allah
Akan mencari rezeki kemudian bila mendapat rezeki meyakini bahawa rezeki itu adalah dari Allah

Oleh itu : -


Selaku umat islam yg berpegang pada Al-Quran hendaklah menerima kedua2 pengelasan ayat tersebut... dan bukannya menerima sebahagian dan menolak sebahagian... atau mentafsirkan ayat2 Al-Quran secara bathil.

Menerima Syariat sahaja dan menolak Hakikat... menjadikan fahaman seseorang itu Qadariah
Menerima Hakiakt sahaja dan menolak Syariat... menjadikan fahaman seseorang itu Jabariah.

Sekarang mari perhatikan "mengajarkan" dalam Al-Quran

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahmaan 55:2)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah 62:2)

Setelah penerangan dari 2 contoh terawal pada post ini, maka dapatlah difahami bahawa "mengajarkan" dalam (Ar-Rahmaan 55:2) merupakan ayat "Hakikat Tauhid" manakala "mengajarkan" dalam (Al-Jumu'ah 62:2) merupakan "Zahir Syariat"... kerana sesungguhnya Allah mengkehendaki takdir berlaku menuruti jalan "Sebab dan Musabab"

Perbahasan "Mengajarkan" dan "Al-Hikmah" considered dah selesai.

Sekarang buka topik baru... kali ini kau jgn bersikap terlalu "ular" iaitu mencampuradukkan isu yg takde kaitan, iaitu tidak releven
Kalau ada isu lain akan dibuka diperbahasan seterusnya... jgn dicampur adukkan

Sekarang fokus pada persolan ini utk diperhalusi.

Mungkin kau just tak paham istilah yg aku gunakan iaitu Zahir dan Hakikat.

Baik kalau kau tak paham penggunaan istilah tu kita tukar istilah

Jika dibahasakan pada level Zahir... makhluk melakukan perbuatan
Jika dibahasakan pada level hakikat... segala perbuatan adalah perbuatan Allah

Bahasa mudah dia cam ni... iaitu bahasa yg kita gunakan hari2
Contohnya bila kau bercakap dengan membermu
"Aku laparlah... aku nak makan supaya kenyang"... itulah bahasa yg kita gunakan hari2
Sedang dalam hati yg kita tidak ucapkan tetapi diiktikadkan ialah "Lapar, makan, kenyang adalah dari Allah semata2"

Jadi dari situ... fahamlah kita bahawa yg aku maksudkan Zahir ialah bahasa yg kita pertuturkan sehari2 utk komunikasi dengan manusia, atau kejadian2 yg berlaku pada makhluk.

Sebab dalam bahasa yg kita gunakan itu, bila bercakap dengan member kita takdelah kata cam ni "Allah menjadikan aku lapar skg ini... Allah gerakkan aku utk makan... kehendak Allah semata2 yg menjadikan aku kenyang". Kang bengang pla member tu.

Zahir = Bahasa Harian, perkara yg berlaku pada makhluk samada kita nampak menggunakan mata kasar atau tidak.
Hakikat = Hakikat sebenar, perbuatan Allah, yg diiktikadkan oleh hati

Demikian juga dengan hati...
Jika dibahasakan dalam level Percakapan sehari2 (Zahir)... "Manusia menganiaya dirinya sendiri dengan mengotori hatinya"
Jika dibahasakan pada level Hakikat yang diiktikadkan dalam hati"Adakah hati kotor atau bersih adalah kehendak dan perbuatan Allah semata2".

Jadi sekarang aku nak bercakap pada level Percakapan Sehari2/ Bahasa harian/ yg berlaku pada makhluk/ Zahir

Jika kau lapar... kau makan utk kenyang.
Jika hatimu kotor... kau akan perbanyakkan mengingati Allah utk pembersihan

Itu sebagai contoh

Apa yang Tuan cuba huraikan adalah, setiap orang Islam itu WAJIB mencontohi setiap perbuatan Nabi Muhammad. (ZAHIR)

Bukan... aku nak tahu bagaimana caramu berfikir secara Zahir … itu yg lebih tepat. Segala yg tidak berkaitan dengan hal itu akan ditangguh ke perbincangan yg akan datang.

Pada hakikatnya, manusia tidak mampu dan tidak ada kekuatan untuk berfikir melainkan dengan seiizinNya. Maksudnya bukanlah kau yg menyebabkan dirimu berfikir ketika kau berfikir... akan tetapi Allah yg menyebabkan kau berfikir.

Somehow, sekarang kita lahir didunia yg Zahir, berfikir dan melakukan perbuatan secara Zahir.

“Kun faya kun” … “Jadi maka jadilah”

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Ia berkehendak suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah 2:117)
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
(A-li'Imraan 3:59)


Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah engkau! ", maka menjadilah ia.
(Al-Nahl 16:40)

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
(Maryam 19:35)

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
(Yaa Siin 36:82)

Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Ghaafir 40:68)

Itulah manefestasi sebenar, which mean... jika Allah mengkehendaki ada individu yg tiba2 “Ting” ada. tiba2 dewasa... tiba2 tahu berfikir tanpa menjalani ATURAN (yg juga dari Allah pada) yg biasa... Allah boleh melakukan sedemikian.

Bila kau perhatikan kejadian manusia, ibu bapanya perlu berkenalan, kahwin, kemudian ibunya mengandung 9 bulan, kemudian dia lahir dan membezar. Itulah ATURAN yg akalmu tafsir secara logik (hakikatnya akalmu berfungsi pun adalah kehendak Allah semata2).... jadi aku nak kau berfikir berdasarkan ATURAN iaitu KEHENDAK Allah menjadikan proses “Sebab” datang terlebih dahulu sebelum “Akibat”. Aku nak kau fokus yg tu... jgn cerita benda2 lain.

Contoh lain, apabila batu dilembar ke atas... batu tu selalu je jatuh ke bawah...
Hakikatnya, ini itu begini begitu adalah KEHENDAK Allah semata2
Jika kita lihat secara Zahir sentiasa menurut ATURAN (yg juga dari Allah)
Aku nak kau berfikir secara Zahir... jgn dulu cerita perkara2 lain.

Rumusan

Alah mengkehendaki takdir berlaku menurut jalan sebab dan musabab.
Pada ketika Allah berfirman bahawa Allah yg menjaga Al-Quran … apa yg kau perhatikan pada zahirnya.

(A) Kau melihat Allah secara zahir memelihara Al-Quran
(B) Kau melihat Al-Quran terpelihara melalui tangan manusia yg fasik dan munafik.
(C) Kau melihat Al-Quran terpelihara melalui tangan manusia yg hatinya takut pada Allah

Jika jawapannya

(A) Orang itu berada dalam kesesatan yg nyata kerana mendakwa melihat Allah secara Zahir.
(B) Hal tersebut adalah tidak menurut Sunatullah (Law of Nature)... yg sebenarnya Sunatullah itu adalah menurut Hikmah.
(C) Itulah pemahaman yg tepat... iaitu tidak menolak ikhtiar Zahir dan Hakikat ketentuan Allah.
 
Skrang nie PuBIn and the geng dah delaclare yang diorang tidak menolak hadith 100%. Bab amal ibadah diorang leh terima hadith2 dari bukhari, muslim, cuma bab hukum sahaja diorang tidak terima. itu pun bab hukum yang bertentangan dari Al quran.


Pada pendapat peribadi aku, Nko double standard lar puBin, dari 1st page nko seolah2 ko tolak bukhari, muslim 100%. Bab hukum nko hentam diorang ....tapi bila bab amal ibadat...nko amik pulak hadith2 yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim. Double standard betol....sepatutnya dalam bab amal ibadat ko pun patut ragu2 dan endah tak endah sebagaimana bab hukum...sebb perawi same jer bukhari dan muslim....lepas tu ko boleh beramal ibadat gaya bebas.

Sepatutnye , kalau ade hukum dari hadis yang bertentangan dengan alquran, contohnya bab riba, ko bincang lah bab riba sahaja...buka satu thread baru, memang ada byk pendapat ulamak bab riba'. Nie gaya penulisan ko seolah2 semua hadith ko amik ringan, dan endah tak endah. Lepas tu, semua ulamak hadith ko hentam. Tapi hadith amal ibadah, ko rujuk diorang jugak. Sebab apa? sebb kau tak tau nak buat ibadat mcm mane kan?...ko memang double standard.
 
Last edited:
rasanya rukun islam dan rukun iman tt percaya tak?
 
rasanya rukun islam dan rukun iman tt percaya tak?

dgn orang soleh pun dia tolak... mcmmana nk beriman dgn nabi.. walhal nabi tergolong didilm org yg soleh...
 
1. Hanya ada satu Pencipta - dan aku dah jumpa bukti ketuhanan daripada al-Quran dan seluruh ciptaanNya. Aku tak jumpa apa-apa bukti ketuhanan di dalam kitab selain al-Quran atau agama-agama lain. So kat sini dah menguatkan hati aku untuk beriman bulat-bulat. Dah tak perlu nak cari bukti lagi tentang kebenaran al-Quran dan kuasa Allah.

2. Rasulullah SAW nabi terakhir - Ada nko jumpa nabi lain selepas Rasulullah SAW. Jadi kemunasabahan di sini ialah tiada lagi nabi selepasnnya, dan maka itu Allah akan melindungi wahyuNya yang terakhir kepada Rasulullah SAW.

3. Al-Quran kitab terakhir - kalau al-Quran itu dah kitab terakhir, jadi kemunasabahan di sini ialah Allah akan melindungi kitabNya yang terakhir (al-Quran).

Kadang-kadang aku rasa sebijik macam discuss ngan orang atheist pula..
takder langsung konsep "beriman"... hehehe
takperlah.. quote jerlah :))

sebagai mengulas supaya nko ni faham....

ketiga2 perkara yg nko sebut kami tiada masaalah..
tentang Allah s.w.t satu pencipta memang kita sepakat, hatta musyrikin makkah pun mengakui Allah s.w.t lah sang pencipta.. ada disebut didalam al-quran.

"...‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’, dan Tuhanmu lah yang Paling Pemurah, sang Mengajar dengan perantaraan kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa sang tidak diketahuinya..." (Al ‘Alaq: 1-5)


tentang Rasulullah s.a.w nabi terakhir juga kami tiada masaalah, dan memang terbukti tiada lagi nabi dan rasul selepas Nabi s.a.w, bahkan kalau sapa2 mengaku nabi/ rasul maka wajib perangi..

"...Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..." (Al-Ahzab:40)


tentang al-quran kita juga tiada masaalah..

"...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Al-Maidah:3)

so based on tiga di atas
aku dah tak perlu question apa-apa
aku terus beriman bulat-bulat
kalau aku boleh beriman bulat-bulat macam sahabat dan dgn sepotong ayat al-Quran
macam tu lagi aku nak.. hehe..

so kalau ketiga-tiga takder masalah apa masalah nyer dengan nko nie?
takder point nak hujah dgn aku pastu nak PAKSA juga aku terima isu periwayatan?
nko sakit jiwa ker aper? :))


yg jadi masaalahnya apabila periwayatan itu ditolak,.. bagaimanakah al-quran dizaman rasulullah s.a.w itu boleh sampai kepada kita hari ini??.. dgn cara nuqilan atau dgn cara lahir2 terus dapat maklumat tentang al-quran dan tentang rasulullah s.a.w??.. atau dgn cara bagaimana.. dan bagaimanakah kita boleh meyakini yang al-quran inilah al-quran pada zaman nabi bukan kitab lain??..

siapa cakap "periwayatan" kaedah tunggal membuktikan kebenaran al-Quran?
periwayatan bukan kaedah tunggal membuktikan kebenaran al-Quran
dan aku tak bergantung kepada periwayatan untuk buktikan kebenaran al-Quran
kalau nkorang nak gunakan "teknik logik pemikiran sekular" korang utk buktikan kebenaran al-Quran..
itu korang punya masalah, dan tak payah nak PAKSA orang argue ikut cara korang...
aku ikut cara al-Quran..

"...Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir; dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur..." (Al-Furqan:50)

dgn jawapan "kita beriman bulat semata2 tanpa mengemukakan bukti dan dalil,... jenis dakwaan semata2 ini adalah jenis dakwaan org2 yg bo*oh,yg mempunyai akal yg singkat bahkan seiras dgn puak musyrikin yang menentang Nabi s.a.w spt mana yg allah s.w.t nyatakan didalam al-quran : وإذا قيل لهم اتبعوا ما أنزل الله قالوا بل نتبع ما ألفينا عليه آباءنا أولو كان آباؤهم لا يعقلون شيئا ولا يهتدون.... "apabila dikatakan kepada mereka : ikutilah apa yg telah diturunkan oleh allah s.w.t, mereka berkata: (kami tidak akan ikut seruan kamu) bahkan kami (hanya) mengikuti apa yang telah kami dapat dari nenek-moyang kami Apakah mereka akan mengikuti juga, meskipun nenek moyang mereka tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?"

[JAWAPAN BERIMAN BULAT-BULAT DAN BERSERAH KEPADA ALLAH]

ooo orang bod0h... hehe
konteks ayat al-Quran kat atas tu sebenar lebih tepat kat korang
apa maksud tu? nko buta hati ker aper sampai quote ayat salah? :D
dan cerita nko di atas samalah juga seperti dalam al-Quran.. hehe

"...Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bod0h itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bod0h, tetapi mereka tidak mengetahui..." (al-Baqarah:13)

nko kata aku bod0h sebab dalam hati nko tiada iman, itu jer, hehe..
dan silap haribulan nko tak faham pun apa itu "iman"
dah lama hidup dengan pemikiran "secular" dan "atheist"
dah sebati pula dalam "subsconcious mind" nko..

ada nko beriman dengan ayat di bawah?

"...Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami..." (Yunus.99-100)

aku doubt abis..
mana mau nko beriman tanpa sebab musabab mengikut pemahaman secular dan atheist... :D
masalah nkorang ini ialah "terlampau bijak," mengalahkan Allah...
tak boleh terima arahan "mudah" dan "simple-simple," sentiasa sahaja ada keraguan kat hati...
dan korang percaya pula semua orang berfikiran macam korang.. hehe

[...] supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia [...] (Al-Muddaththir:31)

so.. kalau takda perintah Allah supaya beriman dengan Pembawa Cerita
tak payah ler nak PAKSA juga aku terima isu periwayatan..
itu masalah nko...
bukan masalah aku. hehe.. :D
dan kalo nko tak mampu memberikan "Perintah Allah supaya beriman dengan Pembawa Cerita"
toksah ler belit.. format hujahan pun aku dah bagi.. hehe

ARGUMENT: Cerita hadis tidak termasuk di dalam sumber hukum Islam

(lebih sesuai dianggap sebagai buku rujukan dan bukan sebagai sumber hukum Islam, cth. setaraf Kitab Ihya Ulumuddin)
 
Last edited:
dgn orang soleh pun dia tolak... mcmmana nk beriman dgn nabi.. walhal nabi tergolong didilm org yg soleh...

mamat ni seminggu lebih dah dok ulang isu "orang soleh"
kena hentak sampai wayar putus..
dah tak boleh nampak idea hujahan lain dah..
macam mainan robot nak abis bateri pula dah...hehehe :D
 
mamat ni seminggu lebih dah dok ulang isu "orang soleh"
kena hentak sampai wayar putus..
dah tak boleh nampak idea hujahan lain dah..
macam mainan robot nak abis bateri pula dah...hehehe :D

sapa suruh berbohong dan bersifat "ular", kalau ko tak berentin mengapa perlu org lain berenti...

sudah lah pubin... ko tu terperangkap dlm jerangkap nko sendiri.. toksah ler nk kona lipat lagi.. :D

nko confius nie...
semua nabi adalah orang soleh
tetapi tak semua orang soleh adalah nabi :D

cuba ko baca balik soklan ko ni..

tudia soklan utk belit...
"golongan nabi" ker besar di sisi Allah, atau
"golongan soleh" lebih besar di sisi Allah? :D

ko paham ke tak paham apa yg ko tanya...?? tulah membelit jer.. sembang pom pang pom pang... tak tahu malu punya makhluk..:D
 
Skrang nie PuBIn and the geng dah delaclare yang diorang tidak menolak hadith 100%. Bab amal ibadah diorang leh terima hadith2 dari bukhari, muslim, cuma bab hukum sahaja diorang tidak terima. itu pun bab hukum yang bertentangan dari Al quran.


Pada pendapat peribadi aku, Nko double standard lar puBin, dari 1st page nko seolah2 ko tolak bukhari, muslim 100%. Bab hukum nko hentam diorang ....tapi bila bab amal ibadat...nko amik pulak hadith2 yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim. Double standard betol....sepatutnya dalam bab amal ibadat ko pun patut ragu2 dan endah tak endah sebagaimana bab hukum...sebb perawi same jer bukhari dan muslim....lepas tu ko boleh beramal ibadat gaya bebas.

Sepatutnye , kalau ade hukum dari hadis yang bertentangan dengan alquran, contohnya bab riba, ko bincang lah bab riba sahaja...buka satu thread baru, memang ada byk pendapat ulamak bab riba'. Nie gaya penulisan ko seolah2 semua hadith ko amik ringan, dan endah tak endah. Lepas tu, semua ulamak hadith ko hentam. Tapi hadith amal ibadah, ko rujuk diorang jugak. Sebab apa? sebb kau tak tau nak buat ibadat mcm mane kan?...ko memang double standard.

aku tolak hadis sebagai "hukum" dan berkaitan "al-Quran" 100%...
dan aku membaca hadis sama seperti membaca majalah dan buku-buku lain... (sambungan)

ARGUMENT: Cerita hadis tidak termasuk di dalam sumber hukum Islam
(lebih sesuai dianggap sebagai buku rujukan dan bukan sebagai sumber hukum Islam, cth. setaraf Kitab Ihya Ulumuddin)

apa kena mengena bab solat untuk selamatkan umat hari ini daripada perhambaan?
soklan remeh temeh ini..
soklan wudhu, soklan nak pakai cara Islam, soklan kecik2 semua ini..
persoalan dzat Allah (bagaimana Allah lindungi al-Quran, bagaimana bagi iman)...
soklan macam ni tak ambik port aku nak citer
hubungan ko ngan Tuhan, lantaklah..
siapa boleh campur tangan?
budak-budak GAFAQ cukup suka benda remeh-temeh macam ni..
nko semak jer sendiri soklan macam mana dia orang question.. hehehe :D
isu kecik-kecik, belit2..kutuk, kafirkan.. alamak, remeh-temeh sungguh
isu orang tak payah mengaji ni... hehe
nama jer lepak kat "CariGold" tapi sistem apa pun dia tak ambik tau.. hehe :))

aku citer persoalan berkaitan masyarakat Islam dan iman kita
ni persoalan yang besar
persoalan kemsyarakatan..
hablum minannas.. hubungan sesama manusia
isu "KHALIFAH"

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” [...] (al-Baqarah:30)

nko pergi baca dari awal..
dan cuba faham apa aku cerita..
(bukan baca untuk mencari fitnah)
aku bercerita mengenai fakta kehidupan..
aku cerita macam mana riba dihalalkan
aku cerita macam maan perpecahan umat akibat tafsiran hadis yang berbeza
aku cerita berkaitan applikasi hadis dan kesan kezaliman melalui penggunaan hadis..
aku cerita hutang negara yang dah meningkat, tak pernah2 turun..
aku cerita macam mana setiap kita terjerumus dengan perangkap capitalism dan secularism
aku cerita macam mana*fahaman Islam itu telah disempitkan, sampai ramai tak boleh berpayung di bawah agama Islam

oleh itu aku mempersoalkan kembali betulkah rujukan kepada cerita hadis sebagai sebahagian dari al-Quran..
supaya kita boleh berbincang..
dan tak ambil orang purba utk tentukan kehidupan kita...
tapi ni banyak yang nak tutup mata, kononnya beriman..
tetapi tak mahu guna akal secara betul (tak bersyukur Allah bagi akal)

sebab tu juga aku bagi tajuk untuk cari perintah Allah supaya beriman dgn Pembawa Cerita
supaya sama2 boleh fikir utk baiki kehidupan kita yang sarat ni..
dah jadi hamba orang kafir secara terpaksa (melalui sistem).. bukan jadi hamba Allah lagi
umat Islam dah sanggup lakukan apa sahaja sebab tekanan kehidupan
rasuah, riba, jenayah... apa sahaja.. utk membelakangi al-Quran
ulama yg nko percaya jadi kepala riba dalam bank, apa ni?
aku sesat ker nko yang sesat?

tapi ada aku dapat? ada ayat Allah ? :D

kita dah diperhambakan secara tidak sedar
diperhambakan melalui sistem..
melalui pemecahan perpaduan, kemuflisan dan penjajahan
kalau dulu bapa nko kerja sorang dah cukup bela anak bini
hari ini? nko kerja.. bini nko kerja.. anak nko kerja..
tu pun cukup2 makan..
nko tak nak fikir ker sebab apa semua ni terjadi?

dan kalau ikut fahaman bod0h aku ler
kalau nko meninggal dunia hari ini
silap haribulan nko meninggal dunia sebagai orang Yahudi
(tapi ni semua kuasa Allah sbb ada exception, dia yang tentukan sendiri, sekadar dari pemahaman ayat al-Quran)
kenapa? sbb pengISLAMan sistem Yahudi dan Nasrani...
semua ini melalui penggunaan cerita hadis
ikut al-Quran takda.. peluang tipis,
even orang kafir dan munafik nak jadi pemimpin orang Islam pun ketat gila syarat.. tipis

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai sekutu (awliya)
kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sekutu (awliya)
maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu
Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim

(Al-Maidah:51)
Neither Friends nor Allies

tu kat atas "sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka"
nko tahu apa maksudnya?
nko bukan orang Islam, tapi hidup dan mati tergolong sebagai orang Yahudi dan Nasrani
apa lagi???
petunjuk pun nko tak dapat "Allah tidak memberikan petunjuk"
sia-sia seluruh hidup nko...
nak lagi? ada... sistem Fractional Reserve System (riba berlipat ganda)
ni dah masuk berperang dgn Allah dan RasulNya terus...

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu)
maka ketahuilah kamu
akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya
(al-Baqarah:279)

nko boleh stop kejap dan imagine macam mana akibat berperang dgn "Allah dan RasulNya"
agak-agaknya macam mana kesudahan nko nanti.. cuba fikir kejap
nak lagi? ada.. nko masuk neraka, dan KEKAL SELAMA-LAMANYA

[...]Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275)

nko selesa macam ni?
selama hidup nko rasa macam beriman habis
last-last sedar hidup dan mati sebagai Yahudi...
KEKAL DI DALAM NERAKA
takder jalan patah balik pula tu...
macam ni nko nak support lagi?
Ya Allah, tatau ler nak kata apa... hehe :D

Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul
dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka…
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan
untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

(al-Kahfi:103-106)
 
Last edited:
sapa suruh berbohong dan bersifat "ular", kalau ko tak berentin mengapa perlu org lain berenti...

sudah lah pubin... ko tu terperangkap dlm jerangkap nko sendiri.. toksah ler nk kona lipat lagi.. :D



cuba ko baca balik soklan ko ni..



ko paham ke tak paham apa yg ko tanya...?? tulah membelit jer.. sembang pom pang pom pang... tak tahu malu punya makhluk..:D

nko tak malu ker repost benda ni.. hehe..
kalau dah buta, buta segala-galanya :))
 
nko tak malu ker repost benda ni.. hehe..
kalau dah buta, buta segala-galanya :))

kenapa perlu malu, selagi ko tk bersikap jujur...

sudah lah pubin... ko tu terperangkap dlm jerangkap nko sendiri.. toksah ler nk kona lipat lagi.. :D

nko confius nie...
semua nabi adalah orang soleh
tetapi tak semua orang soleh adalah nabi :D

cuba ko baca balik soklan ko ni..

tudia soklan utk belit...
"golongan nabi" ker besar di sisi Allah, atau
"golongan soleh" lebih besar di sisi Allah? :D

ko paham ke tak paham apa yg ko tanya...?? tulah membelit jer.. sembang pom pang pom pang... tak tahu malu punya makhluk..:D

ko kan tk percaya pada org2 soleh..

aku tidak diperintahkan oleh Allah untuk "Beriman" dengan "Lapuran" daripada "Pemberita" (Periwayat)...
samada dia orang soleh atau tidak..
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register