pubin
Banned
- Messages
- 6,448
- Joined
- Jul 8, 2011
- Messages
- 6,448
- Reaction score
- 51
- Points
- 70
* dikemaskini dari masa ke semasa
Indeed, the worst of living creatures in the sight of Allah
are the deaf and dumb who do not use reason (Al-Anfal:22)
Jawapan Rasulullah SAW pada hari akhirat
are the deaf and dumb who do not use reason (Al-Anfal:22)
Jawapan Rasulullah SAW pada hari akhirat
Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata:
“Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku
Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia”.
Dan berkatalah Rasul:
“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu Perlembagaan yang DITINGGALKAN, TIDAK DIPAKAI”.
[Al-Furqan:27-30]
PENGENALAN
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan
Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu
(Al-Maidah:3)
Sejauh manakah kebenaran ayat ini kepada diri anda? Adakah agama Islam itu disempurnakan semasa Rasulullah saw atau disempurnakan oleh pembawa cerita dan imam-imam hadis Persia melalui "tugas-tugas memilih cerita" lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw?
"...Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya...” [...] (al-Kahfi:29)
Maka itu bahagian ini bertujuan mendapatkan jawapan bagi persoalan samada terdapat perintah Allah untuk umat Islam beriman dengan cerita-cerita hadis. Ianya bagi menjawab “persoalan yang membenarkan hukum hadis digunapakai”, dan bukan bagi menjawab “persoalan hukum”
PERSOALAN UTAMA
Samada al-Quran menyuruh kita beriman dengan Cerita Pemberita (Periwayat) ?
PERSOALAN UTAMA vs. PERSOALAN HUKUM
Persoalan di atas adalah persoalan utama dan bagi menentukan “samada kita boleh beriman dengan hadis dan menggunakan hukumnya.” Setelah jawapan ini ditemui, barulah “persoalan hukum” itu sendiri menjadi relevan. Ini kerana hukum tidak pernah menjadi relevan jika akar umbi yang menentukan hukum itu sendiri menjadi persoalan. Sebagai contoh, andaikata anda berkehendak untuk bermesyuarat di dalam satu syarikat. Maka anda sekurang-kurangnya perlu terlebih dahulu disahkan sebagai pekerja syarikat tersebut sebelum dibenarkan menduduki mensyuarat dan menentukan polisi-polisi syarikat. Oleh itu, perkara utama yang anda perlu ada ialah Surat Tawaran Bekerja. Setelah anda disahkan sebagai pekerja, barulah anda mempunyai peluang untuk membicarakan persoalan mengenai polisi-polisi syarikat. Kini dan menyamai situasi terlebih dahulu disahkan sebagai pekerja, kita juga perlu terlebih dahulu menentukan persoalan samada Allah memerintahkan kita beriman dengan cerita Pemberita sebelum membicarakan persoalan hukum daripada cerita-cerita tersebut.
PERMASALAHAN
Di dalam penceritaan hadis, kita perlu memahami bahawa terdapat tiga elemen utama:
1. Subjek Penceritaan (Rasulullah saw dsb); dan
2. Pembawa Cerita (pihak ke-3)
3. Pengumpul Cerita (imam-imam hadis)
Berdasarkan fakta ini, umat Islam terkeliru apabila mempercayai beriman kepada Pembawa Cerita dan Pengumpul Cerita sebagai bermaksud beriman kepada Rasulullah saw. Dalam situasi sebenar, terdapat perbezaan di antara "beriman kepada Rasulullah saw" dan "beriman kepada Pembawa Cerita," dan beriman kepada selain yang dibenarkan di dalam al-Quran adalah perbuatan menyekutukan Allah.
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat
tetapi kebajikan itu ialah
berimannya seseorang kepada Allah, dan
hari akhirat, dan
segala malaikat, dan
segala Kitab, dan
sekalian Nabi; dan [...]
(al-Baqarah: 177)
Wahai orang-orang yang beriman!
Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan
kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya, dan juga
kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu
Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan
Kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya dan juga
Hari Akhirat
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa:136)
(Percaya kepada Qada' dan Qadar tidak dinyatakan pada ayat di atas dan berdasarkan pendapat daripada ayat-ayat al-Quran yang selainnya)
Kita dapat melihat sendiri bahawa tiada mana-mana ayat di atas membenarkan kita mengimani cerita-cerita daripada Pembawa Berita (Periwayat), walaupun subjek penceritaannya berkenaan Rasulullah saw. Ini adalah munasabah kerana jika difikirkan kembali, musuh-musuh Rasulullah saw dan sesiapa sahaja pada zaman Rasulullah saw berupaya membuat cerita-cerita sebegini. Oleh itu apakah kemunasabahan untuk kita mengimani cerita-cerita sebegini? Adakah Rukun Iman termasuk beriman kepada cerita-cerita yang di bawa Pembawa Berita dan dikumpulkan oleh imam hadis?
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
4. Beriman kepada Kitab-Kitab
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
7. (Beriman kepada Pembawa Cerita)??
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah
nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya
Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya
Mereka yang berbuat demikian,
tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya
Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya?
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia
padahal berapa banyak malaikat di langit
syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah
kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah
yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya
Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata
padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
(An-Najm:20-28)
Peranan Sangkaan Ke Atas Kisah Rasulullah SAW (Teori, Andaian, Sangkaan)
Zaman Rasulullah saw
(Al-Quran dihafal, disahkan oleh Rasulullah saw, dan ditulis)
Cerita mulut Periwayat 1 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-2 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-3 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-4 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-5 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-6 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-7 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-8 (hidup)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Bukhari & Imam Hadis
(250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw)
CERITA BERTULIS Bukhari & Imam Hadis
Kitab Cerita Dongeng
Anda
(bagaimana ANDA mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
(perintah Allah di dalam al-Quran?)
(Al-Quran dihafal, disahkan oleh Rasulullah saw, dan ditulis)
Cerita mulut Periwayat 1 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-2 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-3 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-4 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-5 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-6 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-7 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Cerita mulut Periwayat Ke-8 (hidup)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
Bukhari & Imam Hadis
(250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw)
CERITA BERTULIS Bukhari & Imam Hadis
Kitab Cerita Dongeng
Anda
(bagaimana ANDA mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
(perintah Allah di dalam al-Quran?)
Bacaan Tambahan
1. Some files that every wise Muslim on this planet MUST read!!
2. The Criminals of Islam
LARANGAN ALLAH
Pada Surah Luqman ayat 6, Allah telah memberikan sifat-sifat cerita yang sesiapa beriman dengannya akan memperolehi azab yang menghinakan.
Dan ada di antara (1) manusia orang yang mempergunakan HADIS
yang (2) tidak masuk akal
untuk (3) menyesatkan dari jalan Allah
(4) tanpa sebarang pengetahuan dan
(5) menjadikannya agama Allah itu sebagai ejek-ejekan
Merekalah orang-orang yang akan memperolehi azab yang menghinakan
(Luqman:6)
Berdasarkan Surah Luqman, Allah telah menyatakan sifat-sifat cerita yang dilarang oleh Allah:
1. Manusia mempergunakan cerita itu bagi tujuan agama Allah
2. Cerita itu bersifat cerita yang tidak masuk akal
3. Cerita itu bersifat menyesatkan dari jalan Allah
4. Cerita itu bersifat tanpa sebarang pengetahuan (kesahihannya)
5. Cerita itu bersifat menjadikan agama Allah sebagai ejek-ejekan
Persoalan di sini ialah apakah “cerita yang digunakan dalam agama Allah” dan bersifat tidak masuk akal, menyesatkan dari jalan Allah, tanpa kesahihan sebenar, dan pada hari ini menjadikan agama Allah sebagai ejek-ejekkan?
Jika kita jujur dan ikhlas dalam beragama, kita pasti mengakui bahawa cerita-cerita tersebut adalah cerita daripada kitab-kitab hadis. Ini adalah satu-satunya cerita (virus atau pembolehubah) yang paling utama digunakan untuk menafsirkan al-Quran dan mengubah maksud sebenar ayat-ayat Allah.
Bacaan Tambahan:
Persian Conspiracies against the Quran
The Criminals of Islam
Myths and Realities of Hadith – a critical study
Is hadith part of Islam?
Lady Aishah’s age at the time of the consummation of her marriage to the Holy Prophet Muhammad (sas)
Impact of Ajami religions on the beliefs of Muslims
Ahadith a second source of Islam?
Islam: The True History and False Beliefs
MAKSUD MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA
Rasulullah saw menerima wahyu dan setiap ayat al-Quran yang kita kenali pada hari ini adalah hasil daripada ucapan Rasulullah saw sendiri. Oleh itu, ianya menjadi mustahil untuk kita membuktikan secara zahir bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah, kecuali dengan beriman bulat-bulat kepada ucapan Rasulullah saw.
Berdasarkan pemahaman ini, maksud sebenar mengikuti Rasulullah saw adalah mengikuti al-Quran itu sendiri. Ianya tiada kena mengena dengan cerita-cerita mulut yang dikumpulkan dan dijadikan dalam bentuk bertulis oleh imam-imam hadis Persia lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.
DI ANTARA KESAN NEGATIF PENGGUNAAN HADIS
"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai". Ali Imran, 3:103.
"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". Ali Imran, 3:112.
Setelah kemunculan cerita hadis pada zaman Bukhari dan imam-imam hadis semasa Pemerintahan Abbasid, umat Islam telah mula jatuh secara berterusan sehinggalah ke hari ini. Jika diteliti kembali maka kita akan menyedari bagaimana cerita-cerita ini digunakan untuk mengubah maksud sebenar ayat-ayat Allah supaya pemimpin dari kalangan orang munafik dan kafir berupaya menjadi pemimpin kepada umat Islam. Cerita itu sendiri bersifat seperti "pembolehubah" atau "virus" kepada al-Quran. Ini kerana manipulasi ke atas sistem Islam secara kasarnya hanya membukakan kepada dua pintu, iaitu samada melalui pintu "al-Quran"; ATAU melalui pintu Rasulullah saw (iaitu melalui cerita hadis), dan mereka berjaya memecah benteng melalui "pintu berkaitan Rasulullah saw". Maka itu seluruh jentera pentadbiran dikerahkan agar penggunaan cerita-cerita hadis dijadikan sebagai kaedah tunggal dan utama.
Selainnya, hadis juga bertujuan memecahbelahkan umat Islam melalui perbezaan tafsiran dan kepada kelompok kecil serta supaya musuh Islam dapat menguasai mereka. Peranan hadis adalah seumpama virus atau pembolehubah yang bertujuan menjatuhkan dan melemahkan umat Islam melalui pemisahan hubungan antara manusia dan Allah. Pada hari ini sahaja, kita dapat menyaksikan bagaimana umat Islam terbelenggu dan digari tangan dan kakinya dengan sistem-sistem orang kafir seperti capitalism dan secularism.
"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (awliya, pemimpin, ikutan), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya (awliya), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (maksudnya terkeluar daripada Islam dan menjadi orang Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim..." (al-Maidah:51)
Bagaimanakah semua ini dicapai? Bagaimana umat Islam hari ini terjerumus menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin dan ikutan (pemakaian dan pengIslaman sistem mereka)? Ya.. melalui cerita-cerita hadis. Jika di dalam al-Quran Allah "mengharamkan riba," tetapi dengan menggunakan cerita hadis, kita dapat menyaksikan perbankan Islam dan kad kredit Islam serta bagaimana wang kertas (sura akujanji hutang - IOU) dihalalkan menjadi matawang. Maksud sebenar ayat Allah telah diubah oleh "cerita pembolehubah" dan akhirnya negara dan rakyat terjerumus dengan hutang dan perangkap riba. Berbeza dengan al-Quran dan kaedah memahami isi al-Quran yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran, hanya yang benar-benar beriman menjadi pemimpin dan umat Islam akan bersatu hati, menjadi teguh dan tidak goncang dengan ancaman musuh Islam.
Oleh itu pihak musuh menyedari penggunaan hadis mesti diperketatkan dan seluruh jentera kerajaan dan keagamaan diperkukuhkan untuk memastikan cerita-cerita hadis sentiasa digunakan. Undang-undang diwujudkan untuk melantik orang tidak beriman sebagai pemimpin Islam.
(Seperti termaktub dalam Perlembagaan, dan lihat kedudukan "pemimpin agama," dan betapa pentingnya mereka untuk membentuk kehidupan yang anda kenali hari ini)
Cuba tanya diri anda sendiri, tidakkah anda merasa pelik melihat bagaimana orang kafir menyokong sistem ini termasuk perbankan Islam melalui penggunaan hadis, tetapi amat takut dengan amalan yang memfokuskan kepada penyucian diri dan membawa kesedaran (walaupun sekadar kesedaran melalui lirik Bob Marley)? Ya, mereka amat takut kerana cerita hadis memastikan umat Islam terus menerus menjadi keldai menanggung kitab, tetapi al-Quran memastikan umat Islam menjadi kuasa besar negara. Maka itu dengan bukti kukuh ribuan tahun kejatuhan umat Islam secara berterusan, maka sudah tibalah masanya kita bangun dari tidur dan kembali berpegang teguh kepada al-Quran untuk menjadi umat Islam yang kuat, bersatu dan teguh! Jika Rasulullah saw masih hidup pada hari ini, saya yakin 100% baginda akan mengajak semua berpegang teguh kepada al-Quran. Kenapa pula anda tidak?
(bersambung)
KAEDAH MEMAHAMI AL-QURAN
(bersambung)
Last edited:
