hj_maikel
CG Top Poster Club

- Messages
- 29,952
- Joined
- May 19, 2010
- Messages
- 29,952
- Reaction score
- 2,471
- Points
- 251
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tuan Hj Maikel dan Forumers semua
Secara jujurnya, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Pubin. Saya dapat menangkap maksudnya. Saya juga dapat menangkap kenapa Tuan berkata atau respon terhadap kenyataan Tuan Pubin sedemikian rupa.
Dua dua sebenarnya betul. Tetapi bila diri dikuasai dan dibisikkan tipudaya syaitan kedalam diri masing masing, berlakulah pertembungan emosi diantara keduanya..
Mungkin Allah S.W.T jadikan pertembungan mereka ini dengan Tuan Hj Maikel semata mata untuk menguji Tuan.
Begitu juga bagi Tuan Pubin. Allah S.W.T temukan Tuan Hj Maikel untuk menguji Tuan Pubin semata mata..
Adakah Tuan Tuan berjaya melepasi ujian tersebut dengan cemerlang? Tepuk dada tanya selera.
Alangkah bagus sekiranya sebarang pertelingkahan antara forumer semua dapat dihentikan serta merta. Kita semua sedang diperdayakan oleh syaitan. Tipu daya syaitan sangatlah lemah bagi mereka mereka yang mengetahuinya...
Yang memberi hidayah dan yang menyesatkan tetap Allah S.W.T. Sebarang hujah hendaklah disampaikan dengan penuh berhikmah. Adakah saya akan give up dalam menegur Tuan Tuan semua? Insyaallah , jika diizinkan Allah S.W.T, saya tidak akan berputus asa dalam menegur sebarang kesalahan Tuan Tuan semua. Wallahhuaklam..
Terima Kasih..
alhamdulillah memang saya menganggap mereka ini sebagai ujian keimanan dan kefahaman saya... tetapi... perkara ini terlalu bersifat umum/awam.. ianya bukan setakat menguji diri saya tetapi juga umum/awam..
apakah tahap keimanan dan kefahaman pembaca2 lain diluar sana..? jika mereka mempunyai benteng atau asas mgkin mereka bisa membezakan bagaimana pula dgn mereka yg jiwanya sedang kosong kemudian tercari2 atau sememang sedang keliru dgn diri sendiri..?? perkara inilah yg saya amat khuatirkan..
utk mempelajari ilmu kenalah secara berperingkat2.. yakni sikit.. sikit.. bukanlah bukan main terus lambak.. hatta alquran pun diturun secara berperingkat dan tidak sekali gus.. ini amatlah penting supaya manusia tidak terkejut atau menjadi yg bukan2 atau menjauhi alquran..
cuba kamu lihat cara2 segelintir org dlm ni membawa ayat terjemahan kemudian ditafsirkan secara lansung kemudian diperbincangkan secara umum.. astagfirullah al azim... apa ni..? apakah kita sedang menjalankan urusan jual beli..??
ayat2 allah diturunkan secara berperingkat.. dan mempunyai asbab utk dijadikan sbb turunnya ayat.. disitu pengajaran diambil diolah dsbagainya.. bila masing2 cuba membawa ayat2 tertentu utk dihujahkan tnpa ilmu bukankah satu penghinaan.. ayat2 quran bukan utk disembang kosong tetapi dgn ilmu..
adakah tuan tahu dgn siapa tuan berbicara...?? islam atau munafiq atau kafir atau fasiq..??
kita setakat kenal melalui tulisan sahaja tuan..
jujur saya katakan, saya lebih gemar bersua muka..