BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

nemo tgh bizi siapkan episod ke2 novel cinta die
 
Episod 2 - Cinta di IPT


Semenjak mengenali Hanim, kami kerap keluar bersama. Rupenya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Ternyata dia turut menyimpan perasaan terhadapku. Percubaan pertamaku untuk meraih cinta rupanya berhasil. Cinta pertama merupakan saat paling manis dalam hidupku. Seluruh jiwa ragaku korbankan untuk dia. Tidak pernah kami bertengkar, apatah lagi meninggikan suara. Sehinggakan aku menyayanginya lebih dari menyanyangi diriku sendiri. Setelah lebih 3 bulan bersama, aku mula dikhabarkan berita yang kurang menyenangkan.
"Wan, aku rase aku kenal la awek ko tu,"sapa teman sebilikku, Atok. " Kenapa dengan dia", aku bertanya dgn nada serius. "Sorylah..aku bukan nak burukkan awek ko, tapi aku rase mcm dia ni kapel dengan member aku Hafiz", terang rakanku lagi. Aku mula kebuntuan. Percintaanku dengan Hanim sebenarnya tidak diketahui oleh rakan sebilikku sehinggalah genap 2 bulan kami bersama, itupun setelah aku menceritakan yang aku sudah mempunyai kekasih.
Atok meneruskan ceritanya. Walaupun aku sedikit kurang selesa dgn cerita itu namun aku tetap cuba mendengar apa yang dia ingin sampaikan. "Wan, baik ko jumpa awek ko tu, suruh dia terangkan perkara sebenarnya. Aku tak nak ko dipergunakan. Dia tu dah berpunya." terang Atok lagi.

Keesokannya, aku menemui Hanim di perkarangan Kafeteria Kolej Rahman Putra. Aku menunggu dengan penuh rasa kecewa. Hanim pun muncul dengan berbaju kurung biru dan sempat melemparkan senyuman dari jauh. Aku sekadar memasamkan muka.
"Hai awak, awal datang ari ni. Kita nak ke mana." sapa Hanim sambil duduk disisi aku. "Saya nak tanya awak ckit, boleh? Tapi awak kena janji akan bercakap jujur dengan saya,"aku memandang tepat ke muka dia. Kulihat wajah Hanim sedikit berubah.
"Awk, betul ker, awk ni dah berpunya." aku bertanya dengan nada yang lembut. Walaupun sedikit kesal menyelinap di dalam hati, aku tetap mengelakkan diri untuk meninggikan suara terhadapnya. Hanim terdiam. Soalanku tadi tidak dijawabnya. Aku terus mengulangi soalan tadi untuk kali kedua. Kali ini, nampaknya Hanim akur untuk menerangkan keadaan sebenar. "Ya sya dah berpunya, tapi saya dah nak mintak putus dengan dia. Cuma dia tak mahu lepaskan saya."terang Hanim. Rupanya selama ini dia mempunyai 2 orang kekasih dalam satu masa. Hancur hatiku mendengar kata-kata dia. Rupanya benar apa yang diperkatakan teman sebilikku.
"Hanim, awak adalah cinta pertama saya, dan saya tak sangka yang cinta pertama saya adalah sebegini rupa." aku kesedihan."Sebenarnya, saya tak bahagia dengan pakwe saya tu, dia selalu pukul saya, tampar saya tapi bila saya mengenali awak, saya cukup bahagia." terang Hanim lagi. Aku masih tunduk membisu mendengar penjelasannya. Aku tidak dapat menerima alasan tersebut. Aku merasakan yang dia telah menipu selama ini. Sedangkan dulu, di awal pertemuan kami, dia menyatakan dia tidak berpunya.
"OKlah, itu sahaja yang saya nak dengar dari awak. terimakasih atas apa yang telah awak beri kepada saya." aku bangun dan mula melangkah beredar dari situ.



Sejak peristiwa itu, aku teramat sedih. Peperiksaan akhir semester akan bermula seminggu lagi. Aku tidak dapat menumpukan pada pembelajaran.
Hanya radio yang menjadi penemanku sepanjang hari.
Kring..kring..kring (bunyi telefon). Aku mengangkat handphoneku berjenama Siemens dengan lemah. Suara lelaki yang tidak ku kenali mula berbicara. Suaranya agak kasar. "Hoi, ko jaga sikit. Jangan ganggu Hanim. Dia tu awek aku. Kalau aku nampak ko lagi dengan dia, aku bunuh ko nanti," tengking suara itu lagi. AKu sekadar mendengar sahaja. Sedikitpun tidak menjawab. Terus kumatikan panggilan itu. Aku mula buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Memikirkan yang aku bukanlah orang yang berhak ke atas Hanim, aku mula membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan cinta selama ini. Satu sms kuhantar kepada Hanim, tanda percintaan kami berakhir.

Keputusan peperiksaan akhir telah keluar. Ku semak keputusan di pejabat fakulti. Ternyata amat dukacita. AKu gagal dalam semua mata pelajaran. "Bodohnya aku, nak sangat bercinta, nilah jadinya," keluhku sendirian. Mulai saat itu, aku mula berjanji tidak akan jatuh cinta untuk kedua kali.




bersambung..episod 3
 
Last edited:
huhuhu....syahdu2 nyer la kisah cinta dlm thread ni ek...
kesian lyn...cinta internet lyn tak menjadi...tp setia betul lyn ni....kalau aku la...mau wat2 tak kenal dah kat amad tu...

kisah aku? cinta internet gak.....tp alhamdulillah berkekalan hingga sekarang...cinta express pun ye gak kot.manakan tidak...
-chatting skjp je...byk gaduh dari chatting pun
-pastu mula dok sms2
-after sebulan lebih....decide nak jumpa
-Minggu pertama, atau lbh tepat Jumaat pertama(kali pertama bersua), aku turun kl jumpa dia....masa tu belum declare lagi,dia pun belum propose secara rasmi.Dia bawak aku jumpa kakak n abg dia.Then dia propose aku secara rasmi...ajak kawen...:)
-Jumaat kedua (mggu seterusnya), dia balik kg aku jumpa parents aku....jumpa gak keluarga aku yg lain...then diskus-diskus....smer say "yes, proceed" :)
-Jumaat ketiga (mggu selepas itu), parents aku dtg kl, jumpa keluarga dia yg dok kat kl....diskusi lagi...pastu tetiba decide nak bertunang cara ringkas....wat syarat.ikutkan perancangan awal, takde bertunang-tunang ni....takut gak jd mcm hazua :P
-Jumaat ke-4, patutnya nak nikah mggu ni...tapi aku kena gi kursus lak....so...
-Jumaat ke-5.....selamat la aku ngan dia dinikahkan....

hehehhe....dlm masa sebulan selepas bersua muka buat kali pertama dan declare jd couple, kami nikah....itu la namanya cinta express....jgn tanya knp jd macam tu....aku pun heran....ekekekke

Kelam kabut giler sepanjang 2 mggu sblm nikah tu, masa tulah nak siapkan baju pengantin, nak pikir hal kenduri.....huhuuhu...tp, alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar...

kehidupan sekarang? :) meriah dengan putera-puteri yang lincah...tahun ni genaplah 5 tahun jd isteri dia....

bestnya kisah cinta ko.. tunggu la part aku pun ada gak nnati mcm kisah ni tp lain sket la...
 
ala nemo
punyer la lama ko karang panjang tu je episod ke2 ko
xper xper aku saba menanti episod ke3 dr ko
 
ala nemo
punyer la lama ko karang panjang tu je episod ke2 ko
xper xper aku saba menanti episod ke3 dr ko

dier cari ilham tu elly....



apasal dier tak penah citer kisah cinta dier nie kat aku yer :-? :-?
 
ala nemo
punyer la lama ko karang panjang tu je episod ke2 ko
xper xper aku saba menanti episod ke3 dr ko

hehe..ileksla...byk lagi keje lain nak buat ni....ada masa aku karang lagi


dier cari ilham tu elly....



apasal dier tak penah citer kisah cinta dier nie kat aku yer :-? :-?

perluker citer...sebb kisah lampau ni amat menyakitkan...so pendam jer la dulu
 
Back
Top
Log in Register