Kondom Wanita Tak Laku Di India
Kita biasanya mendengar mengenai kondom yang direka khas untuk lelaki berbanding kondom untuk wanita. Tetapi kondom untuk wanita merupakan salah satu langkah alternatif sekiranya lelaki enggan menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seksual.
Pengeluar kondom wanita, HLL Lifecare Limited (HLL) telah menganggarkan pengeluarannya di seluruh dunia sudah melampaui 50 juta setahun.
Namun pengeluaran kondom wanita ini di India tidak mendapat sambutan. Angka penjualan produk ini tidak memuaskan. Bahkan pada tahun terakhir penjualannya, hanya 38,000 buah kondom yang terjual di pasaran.
Syarikat yang berada dibawah Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India ini tidak risau kerana lebih 2 dekad menghasilkan kondom untuk lelaki dan diterima meluas di India.
Produk mereka yang bernama Velvet ini merupakan satu-satunya kondom wanita yang disetujui oleh WHO dan dijual di beberapa negara. Namun mereka menyedari bahawa produk ini memerlukan masa yang panjang untuk diterima oleh masyarakat di India.
HLL memproduksi 320,000 kondom wanita pada tahun lepas dimana 280,000 diantaranya dijual oleh NACO (National AIDS Control Organization).