Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu
Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.
Jenis-jenis kencing manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).
♦ Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
♦ Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.
Simptom-simptom kencing manis
Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama [>>>Teruskan Bacaan]