BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasidah Kasidah Cinta

  • Author Author zammie
  • Create date Create date
  • Last update Updated
  • Blog entry read time Blog entry read time 3 min read
Pengarang : Muhammad Muhyidin
Harga : RM 22.00
Mukasurat : 220 Halaman
ISBN : 978-983- 3892-05-1
Cetakan pertama : 2008
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Status : ADA stok


~~~>>> Baca sedikit petikan

Ketika malam menjelang, rerumput saling merendahkan diri melayukan kucupnya dan tidur dalam kedinginan angin malam. Apabila sang suria mula bersinar, rerumput kembali memekarkan kuncupnya. Masing-masing seakan-akan berebut untuk berkata, Lihatlah, akulah yang pertama bangun dan menyapa matahari!

Dia adalah bidadari. Wajahnya yang cantik dapat menjadikan bulan malu untuk bersinar. Senyumnya dapat memekarkan melati yang sedang layu. Tatapan matanya lebih bening daripada titis embun pada pagi hari. Dia mampu membuat mulutku terkunci, tubuhku bergetar, lidahku kelu dan jiwaku seolah melayang-layang.

Cukupkah engkau memberikan cahaya yang akan menyinari hatiku? Aku ingin memberikan rindu kepadamu, tapi aku bimbang kerana engkau akan lenyap apabila pagi menjelang. Aku takut kerinduanku akan lenyap bersama-samamu.

Aku ingin bercerita kepada matahari tentang rinduku, tetapi aku takut engkau membakar kulitku kerana tidak sanggup menanggung rinduku

~~~>>> Baca sedikit ringkasan

Sriwiji wajahnya seperti seribu bulan, Nugroho pula seperti seribu langit. Kedua-duanya anak ketua desa yang dikagumi. Namun kerana desa mereka seperti langit dan bumi, mereka terpisah. Si gadis datangnya dari desa yang bercahaya amalan agamanya berbanding si jejaka dari desa yang gelap pekertinya. Namun irama kasidah-kasidah cinta tetap beralun merdu.

Saat si gadis rupawan cuba membimbing dan si jejaka cuba kembali ke jalan yang benar, mereka disalah sangka oleh penduduk kedua-dua desa. Hasilnya, pertelingkahan antara desa memuncak, berdarah. Si gadis dan si jejaka terpaksa membuat sesuatu demi keamanan. Sesuatu yang mampu menghentikan putaran matahari.

~~~>>> Baca sedikit rumusan

Novel ini dikategorikan kepada Novel Spiritual pembangunan Iman. Alam seolah berbicara memperlihatkan keindahan dan kehebatan ciptaan Tuhan. Alam dijadikan sandaran kepada setiap bidalan dan perumpamaan. Begitu teliti dan halus sekali. Bagaikan berada di dalam sebuah taman puisi yang harum dan segar. Ayat-ayat yang mudah difahami dan begitu dekat dengan hati. Sarat dengan makna yang tersirat, perhatikan :

Aku percaya Allah meninggikan gunung, menghamparkan bumi, membentangkan lautan, menegakkan pohon dan menaburkan bintang dengan cinta

Iman Ali bin Abu Talib berkata bahawa tindakan yang tergesa-gesa akan mendatangkan kehancuran.

Nasihat agama, hadis dan mutiara kata dimasukkan secara lembut, ringkas dan mudah. Sepotong peringatan sudah cukup memberikan pengertian yang mendalam.

Pengarang berjaya melukis latar yang sungguh indah. Seolah pepohon dan haiwan boleh bertutur melahirkan perasaan mereka. Mereka adalah sebahagian dari kehidupan di alam yang fana ini. Cuma manusia yang kurang peka akan kehadiran dan kewujudan makhluk ciptaan Allah yang lain selain dari diri sendiri. Manusia yang mencipta kemusnahan, malah manusialah yang merosakkan aliran kehidupan yang lain. Tangan manusialah yang mengubah dan meminda sehinggakan alam ini seakan tidak lagi selamat untuk dihuni.

Pertelingkahan sesama manusia dan kejahilan dalam beragama ada di mana-mana dewasa ini. Pertumpahan darah tidak dapat dielakkan kerana manusia itu tamak dan ingin berleluasa ke atas yang lemah. Manusia yang lupa dan engkar kepada perintah Allah semakin hari semakin banyak. Keruntuhan akhlak dan moral dibicarakan setiap hari di dada media. Akan adakah waktunya semua pertelingkahan itu berakhir? Akan tibakah masanya masyarakat hidup dalam keharmonian selepas ini?

Perdamaian hanya akan hadir bila ada kasih yang tertumpah juga kepatuhan kepada hukum Nya. Akan amankah bumi yang bergolak hanya kerana setitis kasih yang tumpah? Akan sentosakah kehidupan dengan hanya menekurkan kepala kepada yang berkuasa?

~~~>>> Pesan dan beli di sini:- Beli Buku Online! Mudah & Jimat!

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
zammie
Read time
3 min read
Views
416
Last update

More entries in Others

More entries from zammie

Back
Top
Log in Register