BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahrah de Tigris

  • Author Author zammie
  • Create date Create date
  • Last update Updated
  • Blog entry read time Blog entry read time 2 min read
Harga : RM20.00
Pengarang : Khairyn Othman
Halaman : 501 ms
Cetakan pertama : 2007
ISBN : 9789834321772
Penerbit : Jemari Publication


~~~>>> Baca sedikit petikan

Detapan bunyi tembakan masih lagi kedengaran di luar, persis bertih jagung yang dibakar. Khairunnisa melirik jam di bucu kanan monitor komputer riba. Sudah sejam lepas tengah malam dan Tentera Bersekutu dan Tentera Iraq masih lagi melancarkan serangan ke atas askar-askar militan sisa-sisa dari kumpulan Fadeyeen.

Aku sebenarnya suka dengar dia berbahasa Perancis. lembut. Manja. Kalau dia mengayat perempuan, fuh! cair weh! Kalau dia orang menyumpah seranah orang pun aku dengar bahasa tu macam sedap sangat! Tapi, aku tak akan mengaku depan dia yang aku suka dengar dia berbahasa Perancis, sebab dia ni jenis yang cepat perasan.

Dari tadi aku dok dengaq lagu tu aja! Naik pening dibuatnya. Kalau tak silap aku, itu lagu Perancis kan, Nisa? Khairunnisa tidak menjawab. Dia memandang ke luar masjid, mencari-cari suara halus yang menyanyikan lagu itu. Hatinya berkata; tak mungkin! Adakah ini satu kebetulan?


~~~>>> Baca sedikit ringkasan

Peperangan, perjuangan dan kehancuran satu kedaulatan hanyalah kerana kerakusan manusia, adalah tonggak cerita ini.

Khairunnisa menyertai kumpulan sukarelawan ke Baghdad, datang dari Glasgow setelah tamat pengajian, tidak pulang ke tanahair seperti mana yang sepatutnya. Dia degil dan keras kepala orangnya, tangisan ibu dan jerkahan ayah langsung tidak menginjakkan kemahuannya ke kota peperangan itu. Ingin membantu katanya. Bekerja sebagai guru berlandaskan ganjaran yang lumayan RM12,000 sebulan. Bila sekolah tempat menabur bakti ranap dibom, dia mencurahkan jasa sebagai jurubahasa dan jururawat pula di bumi yang malang itu.

Di tengah kehancuran Kota Baghdad, Nisa berkenalan dan mulai rapat dengan Doktor Patrick Devereux sukarelawan dari Perancis. Cinta mungkin berputik, Dr Patrick sering mengusik tapi sering dinafikan oleh Nisa dengan alasan diri lebih tua, dia berlainan agama. Bila Meryam dicolek dan Dr Patrick hilang dalam misi menyelamatkan Meryam, kecekalan Khairunnisa selama ini runtuh. Dia kembali ke Malaysia dengan beranggapan Dr Patrick sudah tiada lagi.

Jiwa yang sudah mulai sebati dengan kerja-kerja amal seperti itu membuatkan Nisa tidak boleh duduk diam. Dia memohon untuk ke Acheh pula. Dengan restu kedua ibubapa, dia melangkah ke Acheh untuk menaburkan baktinya. Di sana ada yang sedang menunggu Nisa.


~~~>>> Baca sedikit rumusan

Seronok dan berbekas di hati. Bergenra cinta ringan, bijak bermain kata, bersederhana dalam melukis fizikal watak. Pendedahan tentang watak dilakukan dengan perlahan-lahan, berkembang seiring dengan pergerakan cerita. Menggunakan medium blog untuk menulis catatan pengalamannya di Iraq.

Yang pasti, cerita duka dan penderitaan rakyat Iraq dilagukan dengan baik oleh penulis. Peperangan bukanlah kehendak mereka. Mereka terperangkap dan menghadapi hari-hari yang cukup malang dengan tabah. Melalui kaca mata Nisa, banyak perkara yang boleh dikutip dan dipelajari. Betapa kita sewajarnya mensyukuri nikmat dari Tuhan yang Maha Esa, bahawa negara kita tidak berada di dalam kancah peperangan seperti itu.

Fikirkan, adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan segala ketidaktentuan seperti itu? Nyawa melayang setiap detik, bedilan peluru dan mortar setiap masa, di sini ranap di sana musnah. Kematian, kecederaan dan kecacatan adalah cerita biasa setiap hari. Tidak ada apa yang selamat, tidak ada apa yang hendak diharapkan.Tegarkah kita?

Jika melangkah keluar dari rumah belum tentu akan selamat pulang ke rumah semula. Bayangkan.


~~~>>> Pesan dan beli di sini http://tinyurl.com/boutiquekaca

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
zammie
Read time
2 min read
Views
572
Last update

More entries in Others

More entries from zammie

Back
Top
Log in Register