BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita

  • Author Author RuthlessFairy
  • Create date Create date
  • Last update Updated
  • Blog entry read time Blog entry read time 3 min read
bercinta.
bunyi macam best.
macam seronok.
dari kecik lagi orang membayangkan yang cinta dan love itu adalah sesuatu yang best.
indah.

dari kecik lagi kita melihat dan di ajar, mereka senyum kerana cinta.

cikgu2 kat sekolah pun kata cinta tu best.

oh. sungguh aku tertipu.

cinta itu sebenarnye sakit.
sakit yang tak tahu nak terangkan mcmne.
bukan mcm demam.
bukan mcm kene cubit.
tapi ia satu rasa yg berlaku di hati.
rasa mcm berat.

tapi kerana Cinta jugalah manusia gembira.
senyuman terukir di bibir.
kerana cinta itu sendiri adalah misteri.
hebatnya cinta.
racun dan penawar.

bila kita bercinta dengan orang, kita akan selalu mengharapkan dia akan menjadi milik kita.
aku bukan berharap.
tapi aku MAHU.
siyalnya bila aku sendiri tak tahu cerita akan datang itu bagaimana.
celakanya bila aku sendiri tak tahu apa lagi yang perlu aku tempuh.

cerita cinta setiap manusia itu tak sama.
lain.
jangan kau rasa kisah cinta kau sama mcm kisah cinta si Ahmad anak tok ketua kampung belakang.
sama sekali tidak.

kadang2 bila aku lepak di mall, tengok pasangan2 yang berjalan, ketawa, masam, dan pelbagai emosi, aku tertanya.
macamana kisah cinta mereka.
best ke tak? meriah ke tak?

hey! jangan tak tahu. ada yg bercinta tapi mcm takde perasaan. jumpa atau tidak, itu bukan kemestian,
kot rasa nak jumpa, jumpa lah.

kisah cinta aku juga lain.
aku bercinta tanpa ada satu "jaminan".
bila-bila masa aku boleh di kecewakan, tertiarap, merintih dan merana.

tak kisah lah aku menyintai dia mcmmana sekali pun, tetap takde jaminan.
walaupun dia memberi jaminan.
bukan senang menyintai seseorang yang telah diikat.

oh,satu dunia tahu.
menyintai suami orang adalah busyet.

walau apa pun sebab musabab, dunia memang menolak percintaan dengan suami orang.
ah busyet sekali bila aku terkene tepat di batang hidung.

kenapa kene dekat aku???

aku adalah seorang yang tak suka berkongsi.
tak suka.
mana mungkin aku merelakan lelaki yang aku sayang dan cintai pergi bermanja-manji dengan pompuan lain walaupun HALAL?.

a big hell NO.

tahu tak rasa betapa sakitnya bila kita sendiri terpaksa tanpa rela untuk MAKAN apa yang kita tak suka dan bukan diri kita.

tahu tak rasa bila apa yang kita juangkan selama ini iaitu hidup tanpa berkongsi kasih menjadi debu hama.

aku tak rasa pun yang dia akan menjadi single semula.
ini kata2 naluri aku.
walaupun dia kata dia akan single.

naluri aku menafikan.
keadaan menafikan.
persekitaran menafikan.
tingkah laku menafikan.

macamana aku nak percaya kata2 dari mulut dia kalau apa yang aku nampak, apa yang aku rasa, adalah satu penafian?

kenapa cerita tak selari dengan perbuatan?
sakit. hati sakit yang tak terbayangkan bila naluri aku menafikan segala apa cerita kau.

laju jantung aku berdegup bila aku memikirkan kau dan dia.
sakit. sakit hoi!

bilamana aku mahu lepas dr engkau, kenapa engkau menahan aku untuk pergi?
mengapa mesti engkau menjadi tamak untuk memiliki kedua-duanya?
kalau aku yang terbaik, tinggalkan dia.
kalau dia yang terbaik tinggalkan aku.

kenapa engkau mengajak aku untuk bermain api hingga terbakar sebegini?
untuk apa kau kembali jika akhirnya aku terpaksa sendiri kembali?

kenapa engkau bilang yang engkau masih perlukan setiap semangat dari aku sedangkan dalam masa yang sama sengkau membenam aku kedalam lumpur tanpa aku boleh bernafas?

jika aku yang terbaik untuk kau, mengapa engkau membiarkan aku menjadi manusia ***** yang terus mempunyai hubungan dengan engkau, wahai suami orang?.

kalau engkau mengharapkan kekuatan aku dalam menempuh segala ujian dan rasa dalam hubungan kita ini, mengapa engkau sendiri tidak cukup kuat untuk meleraikan ikatan yang tak pernah pun kau rela.

engkau lebih rela membiarkan aku, perempuan yang kau sayang dan perlu ini,
perempuan yang pernah kau kata sebagai paling memahami kau, paling membahagiakan kau ini,
berterusan menjadi manusia B0d00h yang selalu mengharapkan keajaiban dan berhempas pulas menahan setiap rasa berkecainya hati bila fikiran ini sedar engkau milik dia.

milik dia.
dia, perempuan yang tak pernah hormat engkau, yang tak pernah faham engkau, yang selalu menekan engkau, dan yang tak pernah menghargai engkau. -engkau yang cakap.

untuk apa engkau cari yang lain kalau kau sendiri tak rela dan tak sedia untuk lepas dari perempuan itu?

untuk apa engkau mengharapkan kebahagiaan dari orang lain kalau kau sendiri merelakan untuk terus terpenjara dan terseksa.?


cuma satu ayat untuk aku pujuk diri aku.

KERANA IA ADALAH PELENGKAP CERITA DALAM KISAH KEHIDUPAN KITA.

10458640_615132871927320_5167166144982731887_n.jpg

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
RuthlessFairy
Read time
3 min read
Views
1,035
Last update

More entries in Others

More entries from RuthlessFairy

  • Jika
    Jika aku tahu Sungguh. Tidak akan aku disini lagi Membiar diri diboddohi Di jalangi engkau...
  • Berat
    7/1/2018. Lagi. kau hilang dengan kata tipuan kau. meninggalkan aku sendiri mencari jawapan...
  • peluang
    untuk F. peluang.. semua orang dalam dunia harus tahu tentang PELUANG. jika tahu hati itu...
  • Sudahi-lah.
    masih lagi tentang sakit. Tuhan, rasa yg lahir ini adalah dari Kau. rasa yang kuat ini juga...
  • Bersepai
    bersepai - hati ini kau keje kan berdebu - perasaan ini kau tumbuk halus apakah kau mahu kan...
Back
Top
Log in Register