BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Komando diburu

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
IPOH: Seorang penipu dikenali Zul Komando kini diburu pihak berkuasa selepas dikesan mendalangi sindiket penipuan berprofil tinggi yang menawarkan tanah kerajaan untuk disewa.

Suspek berasal dari Teluk Intan, Perak dibantu empat lelaki lain dalam kes pencerobohan tanah seluas 400 hektar di Sungai Tumboh, Bandar Universiti, Seri Iskandar, di sini.


Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, sindiket itu licik memalsukan lesen pendudukan sementara (TOL) sebelum memajakkannya kepada 338 pengusaha dari luar Seri Iskandar dengan kadar sewaan RM135,000 bagi tiga tahun. “Untuk mengaburi mata kerajaan, sindiket ini menggunakan nama peserta yang didakwa orang tempatan bagi menyokong permohonan mendapatkan tanah.

Kes ini sedang disiasat sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya. Menurut, Zulkifli dan kumpulannya pernah mengemukakan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah Seri Iskandar pada September 2010 tetapi ditolak Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JPTD) pada Februari lalu.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tanah itu sudah pun diceroboh sebelum permohonan dibuat. Pencerobohan itu tetap diteruskan walaupun menyedari permohonan itu ditolak.

“Sebelum itu, sindiket itu bertindak membersihkan hutan dan mengeluarkan hasil balak bernilai jutaan ringgit tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri,” katanya.

Syed Mokhtar berkata, pencerobohan tanah haram milik kerajaan itu adalah yang terbesar dikesan di negeri Perak setakat ini dan melanggar peruntukan Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis lalu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri melaksanakan operasi bersepadu dianggotai 350 penguatkuasa pelbagai agensi termasuk RELA, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Pejabat Tanah Seri Iskandar.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa memusnahkan 52 hektar kebun pisang dan 112 hektar kebun sayur sebagai usaha memutihkan kawasan itu daripada aktiviti penerokaan tanah haram.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZulKomandodiburu/Article/artikelMA
 
sayangnya.. 52 hektar pokok pisang & 112 hektar tanaman sayur dimusnahkan macam tu je..? membazir le..xboleh ke tunggu ada hasil dulu..bukannya lama sgt pon..
 
takkan la bole tak tau....ni mesti tak bagi referral fees lebey ni...
 
Kat Kelantan kalau musnahkan tanaman pisang org gerenti masuk TV3suku & jadi paper headlines... "kerajaan Kelantan kejam!"
 
Kat Kelantan kalau musnahkan tanaman pisang org gerenti masuk TV3suku & jadi paper headlines... "kerajaan Kelantan kejam!"

bkn ke dh masuk smlm....kerajaan kelantan amik tanah org kampung..btol ke tue bro?....ce citer ckit....
 
cilako betul zul komando ni tapi yg pasti mesti ada usahasama dgn orang dalam lagi satu perkasa tak berminat nak tolong ka:))
 
sayangnya.. 52 hektar pokok pisang & 112 hektar tanaman sayur dimusnahkan macam tu je..? membazir le..xboleh ke tunggu ada hasil dulu..bukannya lama sgt pon..
pengarah ptg perak yg haru sket ni...labih sudu dari kuah...
orang lain dah ambil balak 15 tahun....zul komando cuci tanah buat org daerah tu 70% tanam pisang dan sayur baru setahun dikatanya macam macam...pisang dah bungkus palstik lak tu....diplomasi la sket...win win situation MDPT ni mmmg ada kureng sket...org dlm nak bolot tanah dan cuci la ni kot
 
takkan la bole tak tau....ni mesti tak bagi referral fees lebey ni...
PHD tinggi sangat...
biasa la manusia..
pehtu burukkan zul komando...diburu la...pajakkan tanah kerajaan laaa...zul komando ada..tak lari mana2...dia buat cuci tannah jer utk depa tanam sayur...alih2...dikatanya jual balak jutaan ringgit...bro zul komando...saman....dapat duit free juta lepas ni...senang sket...lu bela bangsa...lu pulak yg yg dikata macam2
 
bkn ke dh masuk smlm....kerajaan kelantan amik tanah org kampung..btol ke tue bro?....ce citer ckit....
kalau tanah terbiar ...apa salah nak diusahakan...
kalau kerajaan nak ambil balik siap bersih dah...
ni masalahnya...tak de projek apa2 pon....sakit hati jer yg lebih...
pesal sampai 350 org penguatkuasa datang nak musnahkan tanaman???
 
Back
Top
Log in Register