BTC USD 84,630.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ziarah Malaikat maut

Duffayoi14

Legendary Member
gem
Messages
10,449
Joined
Jul 9, 2010
Messages
10,449
Reaction score
138
Points
123
Bismillahirrahmanirrahimm…

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit


1440 minit/70=20.571 minit


INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!

Kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yg Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI…
 
Dia intai/tengok setiap kita..ada tak dlm list hari ini utk dicabut nyawa kita.. ohh ada! waktu bila? petang nanti selepas asar... itulah pekerjaan malakul maut atau Izrail.. ttg mcmana dia boleh tgk setiap manusia dlm satu masa yg sama seluruh dunia..itu diluar pengetahuan manusia..itu kuasa Allah memberi kelebihan padanya...kerjanya mencabut nyawa..nyawa dicabut berperingkat bermula dr kaki ke pinggang..pinggang ke dada.. dan leher ke kepala..
hingga lah tiupan sengkakala pertama..dia mencabut nyawa/jiwanya sendiri.. Wallahu Taala A'lam..
 
semakin hari kematian semakin hampir menjemput kiter...tp ramai yg leka(termasuk aku ler) seolah2 akan hidup selama-lamanyer..
 
STATUS HADITH: MALAIKAT MAUT ZIARAH MANUSIA 70 KALI SEHARI

Hadith:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia) setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan malaikat tersebut kepadanya lalu berkata: Sangat menghairankan, aku telah diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa”. [Jami’ al-Kabir, 1:79454, no. hadith: 1741]

Status Hadith:

Riwayat ini telah dihukum sebagai palsu oleh Ibn Iraq al-Kinani dan beliau telah memasukkannya di dalam kitabnya iaitu “Tanzih al-Syariah al-Marfu'ah 'an al-Akhbar al-Syani'ah al-Maudhu'ah”. [Lihat: 2:375]

Tarjih

Setelah kami meneliti dan menekuni riwayat tersebut, riwayat ini juga terdapat di dalam kitab “al-Tazkirah” oleh Imam al-Qurthubi dan juga di dalam “Tarikh al-Baghdad” oleh Ibn al-Najjar. Walaubagaimanapun, kami cenderung dan sependapat dengan Ibn Iraq bahawa hukum riwayat atau hadith ini adalah palsu.

Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain.

Kesimpulan

Mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berkata-kata daripadaku akan sebuah hadith dan dia melihat bahawa ia adalah dusta maka dia adalah salah seorang daripada pendusta itu”.
(Riwayat Muslim, Tirmizi, Ibn Majah)


sumber ilmu:
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
www.muftiwp.gov.my
 
Back
Top
Log in Register