BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zed Zaidi Nak Jadi Rela

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,844
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,844
Reaction score
215
Points
128
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk artis-artis tempatan supaya segala aktiviti kebajikan yang dilakukan melalui agensi itu dihargai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, usul tersebut telah pun diberi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mac lalu dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan.

"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu.

"Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah," katanya pada sidang akhbar khas yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Jumaat.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi membetulkan usul yang menjadi kontroversi sebelum ini iaitu permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.

seniman%202.jpg


Zed mendakwa usul berkenan disalah lapor sehingga membuatkan dia menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati khususnya berkaitan permohonan cermin gelap kereta untuk artis.

Sebaliknya kata Zed, usul sebenar ialah permohonan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia selain penubuhan unit khas di bawah Rela.

"Saya terkejut apabila kenyataan saya disalah ertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap, saya tidak pernah menyatakannya.

"Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 5 Mac lalu, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

"Saya harap, menerusi sidang akhbar ini, ia dapat dijelaskan dengan betul," ujarnya.

Tambah Zed Zaidi, sidang akhbar yang diadakan bukan bertujuan ingin memanipulasikan keadaan memandangkan dia dikritik hebat sepanjang minggu lalu gara-gara tiga usul yang dikemukakan sebelum ini.

"Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar kerana jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana.

Pada sidang akhbar berkenaan, pihak Seniman turut menjemput pelakon baru, Melia Aimiellia, bagi membersihkan namanya gara-gara fitnah penyebaran isu video lucahnya yang tersebar menerusi blog hiburan.

Persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa.
 
1. Buat aktiviti kebajikan tapi mintak dana kerajaan?

2. Skim Rumah 1Malaysia untuk artis? Kenapa tak nak ikut syarat kelayakan biasa? Apa istimewanya artis?

3. Macam mana persatuan boleh sahkan dalam video itu bukan Melia? Apa kepakaran persatuan?



Kalau jadi artis tapi tak boleh cari makan, cari kerja lain.

Itu maknanya tak laku.

Nak mintak gomen tanggung buat apa.
 
1. Buat aktiviti kebajikan tapi mintak dana kerajaan?

2. Skim Rumah 1Malaysia untuk artis? Kenapa tak nak ikut syarat kelayakan biasa? Apa istimewanya artis?

3. Macam mana persatuan boleh sahkan dalam video itu bukan Melia? Apa kepakaran persatuan?



Kalau jadi artis tapi tak boleh cari makan, cari kerja lain.

Itu maknanya tak laku.

Nak mintak gomen tanggung buat apa.


JEK JEDI : DUTA UMNO

no wonder sume keje2 ngarut dia nak buat,kononnya utk kebajikan artis,kabel kuat la tu kononnya.
 
produk yg xde kualiti..
semak2 jer..
 
mcm2 cerita...lagi 10 tahun pon isu yg sama xsettle gak...errmmmmm
 
Menjadi artis bukanlah menjadikan mereka ni golongan menjawat jawatan tertentu sampai perlu diberikan insentif khas seperti yg dinyatakan. Kita yang bayar cukai pendapatan, layak ke artis pula yang diberi insentif dalam bentuk skim perumahan ?
 
biasalah OKU....

berlakon bnyaklah duit dpt pon...besar periuk besarlah kerak..
 
memandangkan dia nak masuk RELA,aku nk suh dia jaga lalulintas kt pasarmalam area rumah aku ptg2..
 
Back
Top
Log in Register