amayzz
Active+ Member
- Messages
- 3,119
- Joined
- Nov 22, 2008
- Messages
- 3,119
- Reaction score
- 26
- Points
- 30
Kajian sains tu bukan semuanya tak betul.Kalau tak betul pun mungkinlah si Darwin dgn Teori Evolusinya.Yang sebenarnya mmg betul manusia telah berusia ratusan ribu tahun atau mungkin lebih.Tapi manusia yg mana satu?(baca macam iklan BCB).Adam ada berapa banyak Adam?
Sains itu juga ilmu Allah,cuma perlukan perincian dan penyelarasan dgn alquran dan alhadis.Jika sekiranya mengikut perkiraan bahawa sejak dr Adam usia manusia mungkin sekitar 6ribu tahun lebih mungkin juga boleh dipertimbangkan.Tetapi itu adalah usia generasi Adam atau lebih tepat lagi Nabi Adam dan generasinya yg ada sekarang ini termasuklah kita semua ini.
Yang dikatakan usia manusia sehingga ratusan ribu tahun dgn penemuan tengkorak2 manusia purba itu adalah dr generasi 'Adam2' yg terdahulu yg telah pupus.'Adam' disini adalah jenis2 manusia yang pernah wujud dan kemudiannya pupus.Jika di dlm istilah sains dipanggil homo itu dan homo ini(saya tak berapa ingat jenis2 homo ini,tak termasuk homoseks ye ).
Cumanya kesilapan banyak ahli sains ini adalah apb menyangka bhw antara satu jenis manusia dgn yg lain wujud secara evolusi sedangkan sebenarnya mereka ini wujud dan pupus;dan kemudiannya digantikan dgn jenis yg lain pula.Ini kerana kebanyakan saintis Barat adalah atheis yg tidak mempercayai zat yang maha pencipta.Tidak ada istilah kun fayakun dalam diari ilmu mereka.
Generasi manusia sblm Nabi Adam adalah lebih bersifat kehaiwanan dan kurang akalnya.Fizikal mereka juga bersifat antara manusia Adam dan sedikit keberukan(boleh pakai ke istilah ini).Hal ini mungkin boleh dibuktikan dgn contoh2 species2 tengkorak manusia spt Pekingman,Javaman atau mungkin juga Perakman dll yg sedikit berlainan strukturnya drp tengkorak atau rangka manusia Adam(moden).
Sebab itulah malaikat agak kehairanan apbl Allah ingin melantik Adam(Nabi Adam) sebagai khalifah diawal penciptaannya,dgn mengaitkan manusia sbg golongan yg menumpahkan darah.Bagaimanakah malaikat boleh mengetahui perihal tabiat manusia yg belum pun dibuktikan?Melainkan sekiranya mereka telah menyaksikan perilaku species manusia jenis sebelumnya yg suka berbunuhan(Manusia sekarangpun apa kurangnya).Sehinggalah Allah mengatakan bahawa Dia lebih mengetahui apa yg Dia lakukan(Kalau ada sesiapa yg tahu surah apa dan ayat apa tolong kemukakan,tq).Sebab itu Allah menggelar manusia Adam sbg khalifah atau pengganti iaitu pengganti kpd jenis 'manusia' sblnya.
jumpa pun surah dia ni hah ada mmbr kite post...
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
