BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zam saham Zam burger dah start scam pelabur?

Dari awal dulu saya tertanya2 mcm mana bisnes burger melayu boleh beli team bola Kelantan. Lps tu dengar pulak dia main saham, saya terus ada conclusion sendiri tak
lain bukan ialah guna dana pelabur dgn cara AMLA sembunyi2
 
kira ambil deposit org awam la klo mcm tu?....

Dia ambik duit orang ka untuk melabur? Setahu aku, ikut pembacaan dari apa yang dia bagitahu, dia start melabur kat BSKL sejak umur 19 tahun. Pernah jadi remiser. Jadi jutawan dan beli banglo yang dia duduk sekarang sebelum umur 30. Dah ada hotel dekat airport Senai dan rajin buat kelas kat situ. Rasanya sebelum ni dia fokus dengan pelaburan dan kelas saja.

Mutakhir ni saja gila2 diversify. Setiap sektor dia masuk. Nampak bagus. Dia cuba nak pecah monopoli Cina dalam peruncitan dan industri makanan. Sebab tu dia nak take over Syarikat Eka.

Nampak macam pembelian Team Bolasepak satu kesilapan. Bukan 1 tapi 2 pulak tu. Bolasepak di Malaysia tak mampu diindustrikan lagi. Pelaburan yang dilakukan boleh berakhir dengan peleburan. Kalau banyak duit beli jer kelab kat UK macam Vincent Tan dan Tony Fernandez
 
mngkin takeover bola punca die rugi kot...hmm..ntahle makcik..
 
Zamsaham, pulangkan wang hampir RM250,000 saya – Nita Sahari​

  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 14 Jun 2023, 11:35 am

WhatsApp-Image-2023-06-14-at-11.19.36-AM.jpeg

NITA menunjukkan surat mahkamah di pejabatnya di Pusat Perniagaan Uda, Johor Bahru. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang usahawan wanita mendesak pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham untuk memulangkan kembali baki wang tuntutannya sebelum ini yang berjumlah RM249,675.60.

Pengarah Nita Sahari Properties Sdn. Bhd., Nita Sahari memberitahu, Zamsaham telah diperintahkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk berbuat demikian dengan segera pada 8 Mei lalu.

Sehubungan itu katanya, Zamsaham telah melanggar perintah mahkamah kerana masih belum melunaskan hutang berkenaan.

“Tuntutan ini berkenaan pelaburan berjumlah RM999,675.60 yang saya buat ke dalam syarikat Uncle Zam Holdings miliknya pada April 2021 lalu.

Saya bersetuju melabur kerana dalam perjanjian terdapat klausa yang membenarkan saya menarik pelaburan dengan penalti 5 peratus.

“Saya juga tertarik untuk melabur kerana dijanjikan perniagaan itu bakal diberi tawaran awam permulaan (IPO), dengan jangkaan dalam tempoh enam bulan. Namun selepas tiada sebarang perkembangan terhadap pelaburan itu, saya buat keputusan untuk menarik diri.

“Dia kemudian berjanji untuk memulangkan wang pelaburan saya pada 24 Februari 2022, namun setakat ini, saya hanya menerima wang berjumlah RM750,000 dengan baki sebanyak RM249,675.60 masih belum dipulangkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Nita memberitahu, pihaknya telah membawa tuntutan berkenaan ke mahkamah sebelum keputusan akhir diterima pada 8 Mei lalu iaitu Zamsaham perlu memulangkan baki wang dengan segera.

“Semasa komunikasi berhubung perkara ini dibuat, dia (Zamsaham) maklumkan akan buat pembayaran, dia siap minta nombor akaun seperti akan lunaskan segera pembayaran wang berkenaan.

“Tetapi selepas itu, dia terus menyepikan diri dan masih belum langsaikan pembayaran baki yang masih tertunggak,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nita memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya bagi mendapatkan semula hak diri dan enggan terus menjadi mangsa dalam kes berkenaan.

“Saya akan lihat tindakan perundangan yang boleh dikenakan terhadap syarikat itu sekiranya mereka masih berdegil dan enggan membayar segera wang berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Back
Top
Log in Register