BTC USD 84,857.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zakat Simpanan

badai707

Fun Poster
Messages
579
Joined
Jul 28, 2009
Messages
579
Reaction score
12
Points
15
Kadar & syarat zakat simpanan
Kadar nisab zakat wang simpanan berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal @ 85gram. Menurut sumber terkini JAKIM, kadar minimum dalam RM adalah RM10,300.

Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat adalah 2.5% setahun. Sebagai contoh, jika wang simpanan adalah Rm12,000, maka zakatnya ialah RM300

Bolehkan zakat diberikan kepada Ibu/Bapa/isteri/anak?
Tidak boleh kerana itu adalah tanggunggan seorang lelaki. Walau bagaimanapun seorang ayah boleh memberi zakat kepada anaknya lelakinya yang mukalaf & anak perempuanya yang telah & masih berkahwin (sekiranya mereka termasuk dalam asnaf zakat)

Bolehkan anak memberikan zakat kepada ibu bapanya atas sebab asnaf selain fakir & miskin.
Sekiranya ibu/bapa merupakan asnaf selain dari fakir & miskin, anak boleh memberikan zakat kepada mereka

Bolehkah isteri memberi zakat pada suami?
Boleh kerana suami bukanlah tanggungan isteri.

Siapakah yang lebih utama dalam pemberian zakat?
kaum kerabat, sanak saudara yang berada dalam senarai asnaf.

BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

Sumber: Solusi, isu 36
 
Back
Top
Log in Register