BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zakat Saham

badai707

Fun Poster
Messages
579
Joined
Jul 28, 2009
Messages
579
Reaction score
12
Points
15
Zakat Saham

Dalil Wajib Zakat

Firman Allah s.w.t:

Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan.

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

.
Kaedah Kiraan Zakat Saham

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% daripada nilai semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada) dan sama atau melebihi nilai nisab semasa.

Jadual Kiraan Zakat Saham
PERINCIAN PELABURAN DI PASARAN MODAL RM


1. Nilai di hujung haul untuk portfolio saham (atau sebarang jenis pelaburan di pasaran modal ; BSKL atau luar negara)
2. Untung bersih yang ditunaikan (atau kerugian tunai) sepanjang haul (jika ada)


Nilai pelaburan wajib zakat ( No1 + No2 )


Zakat Wajib Dibayar (Nilai pelaburan Wajib Zakat x 2.5%

*Nota :

1. Kaedah
kiraan baru akan mengabaikan harga terendah sepanjang haul

2. Kos bayaran ansuran pinjaman yang dibayar dalam tahun taksiran
akan ditolak dari nilai pelaburan pada hujung haul
 
Back
Top
Log in Register