Fatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.
Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
Kaedah Kiraan Zakat KWSP
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
Milik Sempurna
Bersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%.
Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%
(Catatan : Pusat Zakat Selangor mengambil pandangan ini dalam pengiraan zakat atas KWSP)
Milik Tidak Sempurna
Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah 2.5%.
Zakat KWSP wajib dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila wang caruman dikeluarkan melalui pelbagai Skim Pengeluaran KWSP atau mengeluarkan sebagian daripada caruman tersebut. Antara Skim Pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ialah :
Skim Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
Skim Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Skim Pengeluaran Pendidikan
Skim Pengeluaran Kesihatan
Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)
Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
Skim Pengeluaran Hilang Upaya
Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara
Skim Pengeluaran Kematian
Contoh Pengiraan Zakat KWSP:
Nisab Tahun 2008 : RM6 400.00
Encik Ali mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM10,000 X 2.5% = RM250.00