Iman_Sr
Banned

- Messages
- 29,961
- Joined
- Nov 24, 2010
- Messages
- 29,961
- Reaction score
- 408
- Points
- 131
Zakat Fitrah
Ketika hampir menjelangnya ‘Ied al-Fithri atau sebelum solat dilaksanakan, umat Islam yang berkemampuan wajib mengeluarkan zakat fitrah kepada orang-orang miskin. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, zakat fitrah ini dikeluarkan secara khusus untuk orang-orang miskin yang bergama Islam sahaja, berbeza dengan zakat-zakat yang lainnya yang dibahagikan kepada lapan asnaf.
Zakat fitrah dikeluarkan dengan kadar satu sha’ makanan asasi sesuatu negeri (bagi setiap satu kepala) seperti satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum, atau kismis, atau keju, atau selainnya seperti beras, jagung, barli, atau oat selagi mana ia merupakan makanan asasi bagi satu-satu masyarakat di suatu tempat tersebut.
Dalam bentuk tukaran unit masa kini, satu sha’ ini merujuk kepada empat kali sukatan menggunakan raupan dua telapak tangan lelaki dewasa. Atau juga menyamai kira-kira 2.5 hingga 3.0 kilogram bagi beras, kurma, atau gandum.
Waktu yang terbaik (sunnah) bagi mengeluarkan zakat fitrah adalah pada satu atau dua hari sebelum ‘Ied al-Fithri atau sebelum solat ‘Ied dilaksanakan sebagaimana dijelaskan oleh hadis-hadis yang sahih serta petunjuk dari kalangan sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in. Iaitu disunnahkan melewatkan sehingga ke penghujung Ramadhan atau ketika pagi hari raya sebelum solat. Ini bersesuaian dengan tujuan pengeluarannya iaitu memberi makan orang-orang miskin.
‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma menjelaskan:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan zakat fitrah dengan jumlah satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum bagi setiap hamba dan orang merdeka, lelaki dan wanita, tua dan muda, iaitu dari kalangan umat Islam. Dan beliau juga memerintahkan supaya zakat fitrah diserahkan sebelum masyarakat keluar melaksanakan solat (solat ‘Ied).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/370, no. 1407)
Bagi setiap umat Islam yang berkemampuan wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya, ahli keluarganya, isterinya, anak-anaknya serta orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma juga menjelaskan dengan katanya:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan zakat fitrah bagi menyucikan orang-orang berpuasa dari perbuatannya yang sia-sia dan perkataannya yang tidak baik, serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Sesiapa yang mengeluarkannya sebelum solat (solat ‘Ied) maka ia dikira sebagai zakat, dan sesiapa yang mengeluarkannya setelah solat, ia dikira sebagai sedekah biasa.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/413, no. 1371. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Orang yang miskin adalah orang-orang yang memiliki harta tetapi hartanya tersebut gagal menampung keperluannya kerana tidak mencukupi.
Para ulama menjelaskan bahawa zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi dan tidak boleh ditukarkan dalam bentuk nilai mata wang. Majoriti fuqaha’ menyatakan zakat yang dikeluarkan dengan wang atau nilai gantian lain adalah tidak sah. Manakala yang membolehkan dengan wang atau nilai yang lain adalah mazhab Abu Hanifah. (Rujuk: Syarah Shahih Muslim, 7/60)
Adapun yang menepati kebenaran sebagaimana dalam hadis-hadis Nabi serta amalan para sahabat adalah zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi dan tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang atau nilai yang lain. Sekiranya zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk wang kepada para petugas tertentu (perantara), maka pastikan para petugas tersebut menukarkannya dalam bentuk makanan asasi sebelum menyerahkannya kepada sasaran (orang miskin) pada waktu penghujung Ramadhan atau pada pagi hari raya sebelum solat ‘Ied didirikan.
Kerana pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi penggunaan mata wang untuk perjalanan urusniaga atau ganti nilai telah berlangsung. Tetapi Nabi tidak pernah memerintahkan mengeluarkan zakat fitrah dengan wang. Begitu juga dengan amalan para sahabat beliau ridhwanullah ‘alaihim ajma’in. Pastikan juga zakat yang dikeluarkan melalui wakil atau perantara tertentu disampaikan kepada sasaran (orang-orang miskin) pada waktu yang ditetapkan sebagaimana dalam hadis. Kerana bimbang mereka memeram dan menyimpannya untuk tempoh tertentu tanpa diserahkan kepada sasaran.
Sebagai contoh untuk difikirkan, di negara kita hari ini zakat fitrah biasa dibayar dalam bentuk wang melalui amil atau wakil yang dilantik oleh pemerintah atau jabatan-jabatan agama tertentu. Sekiranya wang tersebut dibayar ketika waktu pagi raya ketika hampir solat 'Ied didirikan, agak-agaknya bilakah wang tersebut akan ditukarkan ke dalam bentuk makanan dan diagihkan kepada sasaran (orang-orang miskin)?
Sedangkan kita telah maklum bahawa zakat fitrah dikeluarkan bukan untuk amil mahupun jabatan-jabatan agama tertentu. Bukan juga untuk stok simpanan dalam jangka masa tertentu. Tetapi untuk makanan orang-orang miskin ketika hari raya pada tahun tersebut.
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) menyebutkan:
قَالَ أَبُو دَاوُد قِيلَ لِأَحْمَدَ وَأَنَا أَسْمَعُ: أُعْطِي دَرَاهِمَ- يَعْنِي فِي صَدَقَةِ الْفِطْرِ - قَالَ: أَخَافُ أَنْ لَا يُجْزِئَهُ خِلَافُ سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقَالَ أَبُو طَالِبٍ، قَالَ لِي أَحْمَدُ لَا يُعْطِي قِيمَتَهُ، قِيلَ لَهُ: قَوْمٌ يَقُولُونَ، عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَانَ يَأْخُذُ بِالْقِيمَةِ، قَالَ يَدَعُونَ قَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَقُولُونَ قَالَ فُلَانٌ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ: فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى: { أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ } . وَقَالَ قَوْمٌ يَرُدُّونَ السُّنَنَ: قَالَ فُلَانٌ، قَالَ فُلَانٌ
“Abu Daud berkata, “Telah ditanyakan kepada Imam Ahmad dan aku mendengarnya, “Bolehkah aku mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk dirham (wang)?” Maka Imam Ahmad pun berkata, “Aku bimbang ianya tidak diterima kerana menyelisihi sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”.”
Abu Thalib berkata, “Ahmad pernah berkata kepadaku, “Zakat fitrah tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk nilai barang.” Kemudian ada yang mengatakan kepadanya, “Ada orang mengatakan bahawa ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz mengambil zakat fitrah dengan nilainya (jadi bagaimana).” Imam Ahmad pun menjawab:
“Mereka mendakwa telah mengambil sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetapi kemudian berhujjah dengan “berkata fulan...”. Bukankah Ibnu ‘Umar telah berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mewajibkan (zakat fitrah dikeluarkan dengan makanan).” Dan Allah Ta’ala telah berfirman, “Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya...”. (Surah an-Nisaa’, 4: 59)” (al-Mughni, 5/480 – Maktabah Syamilah)
Kemudian beliau (Ibnu Qudamah) menyatakan:
وَلِأَنَّ مُخْرِجَ الْقِيمَةِ قَدْ عَدَلَ عَنْ الْمَنْصُوصِ، فَلَمْ يُجْزِئْهُ، كَمَا لَوْ أَخْرَجَ الرَّدِيءَ مَكَانَ الْجَيِّدِ
“Dan orang yang mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk nilai sesuatu barangan, dia sebenarnya telah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya iaitu berpaling dari apa yang telah ditetapkan. Ini seperti seolah-olah mengeluarkan zakat dengan barang yang buruk sebagai ganti kepada barang yang baik (iaitu yang telah ditetapkan oleh nash).” (al-Mughni, 5/490)